Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Rais pujuk Ainum jangan letak jawatan

KUALA LUMPUR: Sehubungan ura-ura Peguam Negara akan meletakkan jawatan tidak lama lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Rais Yatim, yang dipertanggungjawabkan dalam hal-ehwal undang-undang, telah menghubungi Peguam Negara Datuk Seri Ainum Mohd Saaid, Khamis, 15 Oktober.

Rais memohon kepada Ainum agar MENANGGUHKAN keputusannya untuk meletakkan jawatan dan beliau (Rais) sedang berusaha membincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri, Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad.

Oleh itu, saya percaya Dr. Rais dan PM tentu sedar perkembangan terbaru kes ini & kita boleh verify dengan dua tokoh politik hari ini.

Nota: Saya dimaklumkan juga beberapa media massa, seperti akhbar-akhbar harian, telah menghubungi Jabatan Peguam Negara untuk mengesahkan berita semalam.

Untuk rujukan sila baca analisis di bawah yang dipetik dari laman Detik.daily.com pada 18 Mac lalu, oleh Pena Suasa

.............................................

18hb Mac - GANI Patail sudah tahu dia disediakan untuk menjadi Peguam Negara, dalam tempoh setahun dua ini.

Ini adalah habuan. Bukan dia seorang sahaja yang menikmati habuan kerana berjaya memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebelum dia, Mohtar Abdullah diberikan habuan. Kini Mohtar sudah menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.

Di kalangan orang-orang politik, mereka yang mendapat habuan kerana berkonspirasi menjatuhkan Anwar ialah Aziz Shamsuddin, Daim Zainuddin, Hamzah Zainuddin, Azmi Khalid, Adnan Mansor (jangan sebut Tengku sebab dia bukan dari keturunan Tengku) dan ramai lagi.

Itulah sebabnya, Gani mencadangkan supaya Mohd Ezam Mohd Nor dikenakan ikat jamin RM 50,000 bagi menyedapkan hati Dr. Mahathir yang sudah menjanjikannya kerusi Peguam Negara.

Gani sudah menyusun strategi untuk menjatuhkan Peguam Negara sekarang bagi mempercepatkan lagi proses dia untuk ke kerusi Peguam Negara.

Kisah seorang yang menembak orang lain di Seremban boleh dijamin, ada kena mengena dengan usaha memalukan Ainom.

Rakyat tunggu, apakah saya menuduh tanpa asas atau benar-benar apa yang saya tuliskan ini.

Gani Patail disediakan untuk menjadi Peguam Negara dan Aseh Che Mat disediakan untuk menjadi KSN.

Dr. Mahathir mahu mencorakkan Malaysia ikut suka dia dan beri habuan sesiapa sahaja yang membantunya menjatuhkan Anwar.

Kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan Parti Keadilan Nasional (KeADILan), ia mesti ditekan, diselewengkan dan dimalukan. Nanti, dapat habuan kalau berjaya menekan.

Sekarang, sesiapa hendak jawatan, walaupun tidak ada kelulusan, buat kerja-kerja yang boleh melemahkan pembangkang dan ampu Umno. Gani Patail sedang memulakannya dan kalau ada kes menembak lagi, Gani boleh minta ia dijamin. Gani Patail bukan keturunan baik. Dia bangsa bangsat yang perlu diajar.

Tumbangkan kerajaan pimpinan Mahathir untuk menyekat segala keburukan ini.

Ramalan ini dibuat pada

18 Mac 2001. Peguam Negara yang baru Datuk Seri Ainum Mohd Saaid dilantik 1 Januari 2001 dan Datuk Aseh Che Mat dilantik sebagai ketua setiausaha KDN pada 1 Februari 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com