Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


TOYOL EDAR “MEMO 15”( PALSU)

Pada 23 November 2001 ,jemaah solat Jumaat dan solat Tarawikh di Selangor telah dikejutkan dengan akhbar tabloid “MEMO 15”(palsu).Memo palsu ini diedarkan secara percuma kepada jemaah yang sedang solat. “MEMO 15”(palsu) tidak dinyatakan penerbit dan pencetaknya sekali.Sebaliknya MEMO 15 keluaran Penerbitan Pemuda dan Angkatan Edaran telah berada dipasaran sejak 18 November dengan tajuk besar “Siapa Beri Maklumat”.Sedangkan “MEMO 15 “(palsu) bertajuk “Konspirasi + Wang + Tanah + Tender” yang ditujukan khas kepada MB Selangor ,Khir Toyo.

Motif memo palsu ini adalah untuk menaikan imej Umno Selangor khususnya Khir Toyo yang sudah haprak lagi busuk.Tabloid palsu lagi percuma ini banyak tertumpu kepada pembelaan terhadap Khir Toyo tetapi tidak menafikan segala aduan salah guna kuasa dan rasuah Khir Toyo kepada BPR.Pengarang hantu tabloid itu lebih banyak membodek (tradisi Umno haprak) Khir Toyo dan sedang tercari-cari siapa dia Mr.Green yang membocorkan rahsia mesyuarat exco.

Alhamdullillah pembaca yang cuba ditipu yang berfikiran waras dan matang dengan pantas mengetahui akan maksud “MEMO 15” (palsu) yang diberikan percuma .”MEMO 15 “ (palsu) pantas dikumpul kembali dan dibakar.Dipercayaai Memo palsu ini dicetak puluhan ribu oleh pembodek Khir Toyo dan diedar pecuma. Bayangkan berapa jumlah wang telah dibelanjakan untuk mencetak dan mengedarkan Memo palsu itu.Apa nak diherankan. Mereka punya wang yang banyak. Wang panas projek jalan RM 100 diSekincan belum habis lagi.

Pembaca yakin “MEMO 15 “ (palsu) telah diedarkan ketika jemaah sedang solat Jumaat atau sedang solat tarawikh.Pembaca juga yakin makhluk-makhluk yang mengedarkan itu bukan orang Umno ,bukan orang PAS ,bukan orang Keadilan dan bukan orang Islam. Adalah diyakini pengedar memo palsu adalah TOYOL-TOYOL yang telah diwujudkan oleh balaci-balaci Khir Toyo.Sebab orang Umno ke,orang PAS ke dan orang Keadilan yang Islam ke adalah sedang solat waktu itu. Hanya TOYOL sahaja yang tidak solat sebab ia adalah golongan setan.

Sekarang kerja toyol telah bertambah .Dulu-dulu kerja toyol hanyalah mencuri duit orang miskin. Sekarang toyol tidak hanya mencuri duit orang tetapi mencuri mengedarkan barang-barang palsu.

Kasihan sungguh toyol Selangor.Beban kerja telah bertambah tetapi ia tetap telanjang bulat dan berkepala botak.

Toyol ,toyol !!.

Dari:
Baca 2 Memo






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com