Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KHIR TOYO CONNECTION

MB Selangor ,Khir Toyo dalam melenium ini cukup sensasi. Selain namanya cukup antik,perangai dan tindakan-tindakannya juga mengatasi populariti dan unpopulariti MB Selangor yang lepas-lepas.Dari seorang anak petani yang daif kini menjadi doktor gigi dan terakhir menjawat MB Selangor. Anugerah yang dikurniakan Allah SWT tidak dipergunakan sebaiknya dan sewajarnya sebagai hamba Allah yang takwa.

Tidak dinafikan MB Selangor adalah MB Umno yang lebih sedikit pengetahuan Islamnya berbanding MB Umno yang lain.Kerana kelebihannya itu,Khir Toyo berani bercakap pasal nilai Islam termasuk konsep 6 M.Kuliahnya di radio Shah Alam tak ubah ibarat seorang ustaz.

Tetapi malang sekali pandangan dan ucapan Khir Toyo di corong radio tidak dapat dipertahankan. Cakap tak serupa bikin,kata orang sekarang .Menilai ucapan “al fadhil ustaz Khir Toyo” diradio boleh dianggap ia seorang yang berhemah tinggi dan tawadhuk sekali. Ia bagaikan tidak terpengaruh dengan kehidupan duniawi dan kemewahan seperti sumpahnya ketika baru-baru menjawat jawatan MB Selangor.Tetapi apabila mempengerusikan mesyuarat exco dan memberikan projek kepada kroni dan ahli keluarga ia ibarat sikudung dapat cincin.

Dua watak yang jelas berbeza ini dapat diibaratkan sebagai watak Clark dalam siri “Superman” yang menjadi kesukaan anak-anak.Apabila si Clark memakai pakaian tertib dan sopan ia tidak punya kuasa sama sekali dan tidak mampu berbuat apa-apa malah boleh dipulas telinganya. Tetapi apabila ia bercawat merah dipakai sebagai pakaian luar,maka ia berkuasa dan gagah perkasa. Siapa pun tadak mampu melawannya. Maka MB Selangor ,Khir Toyo bolehlah dianggap sebagai Clark dalam siri Superman. MB Selangor adalah sebagai “The Super Khirtoyo”.

Penganugerahan kawasan tanah ratusan ekar kepada beberapa orang yang sama dan kepada anak-anak berumur 20an serta penganugerahan projek pembinaan jalan bernilai RM 124 juta ringgit memang telah dirancang oleh “Super Khirtoyo” sebaik saja menjadi MB Selangor.

Beberapa bulan setelah menjadi MB Selangor,”Super Khirtoyo” telah mengarahkan ramai pertukaran pegawai-pegawai Pejabat Daerah dan Tanah. Pegawai yang banyak terlibat adalah pegawai pelukis pelan dan SO ( Pegawai Petempatan). Sebahagian besar pegawai ini telah bekerja puluhan tahu di satu-satu pejabat daerah. Tiba-tiba apabila “Super Khirtoyo” menjadi MB,mereka ditukarkan. Ada pegawai dari Pejabat Daerah Kelang ditukar ke Sabak Bernam, dari Petaling ke Kuala Selangor,dari Kuala Langat ke Kuala Kubu atau Petaling dan seterusnya. Adalah difahamkan bahawa tujuan “Super Khirtoyo” menukar pegawai tersebut supaya sesaorang pegawai tidak terlalu berkuasa dalam satu-satau kawasan jagaan mereka .Ini yang tersurat. Tersiratnya adalah “Super Khirtoyo” dan kroni mudah memperalatkan pegawai yang baru ditukarkan dalam satu-satu daerah.

Daripada laporan saudara Lutfi kepada BPR,banyak kawasan tanah yang diberikan kepada syarikat kroni Dr.Karim dan Khir Toyo adalah kawasan Daerah Petaling dan Kuala Langat. Setelah dianalisa pejabat-pejabat inilah paling ramai menerima pegawai baru dan menukarkan pegawai lama. Mengapa?.Sesungguhnya “Super Khirtoyo” telah merancang dengan teliti sekali.

Dalam kes pemberian projek jalan-jalan Sekincan dan Sg.Panjang juga terdapat maklumat yang boleh dihubung kait.Adalah dimaklumkan bahawa pada peringkat awal projek pembinaan jalan yang melebihi RM 124 juta sepanjang 30 kilometer telah diminta pejabat JKR Sabak Bernam untuk mengawasinya.Tetapi pihak yang akan dipertanggung jawabkan itu tidak sanggup mengawasai keran projek terlalu besar nilainya.Maka oleh kerana itu projek pembinaan jalan “Super Khirtoyo” diserahkan kembali ke JKR Shah Alam untuk mengawasinya. Hadiah dan akibatnya adalah Jurutera Kuala Selangor dinaikan pangkat kepada Penolong Pengarah Jalan,Jurutera yang junior di Shah Alam dinakkan pangkat dan menjadi Jurutera Sabak Bernam dan Jurutera JKR Sabak Bernam ditukarkan ke Kuala Selangor.Mengapa terdapat 2 orang jurutera dinaikan pangkat dan seorang ditukarkan kedaerah lain tanpa kenaikan pangkat?.Tentu ada yang tersurat dan tersirat.

Juga dimaklumkan sekarang ini kontraktor Cabaran Wangsa seolah-olah berfungsi mengatasi fungsi konsultan jalan . Nasihat dan pandangan konsultan jalan tidak diperindahkan.Segala-galanya Cabaran Wangsa.Sebab ia ada “Super Khirtoyo”.

Sesungguhnyalah penganugerahan ratusan ekar tanah kepada syarikat tertentu dan individu yang sama dan anak-anak muda serta pemberian dan pembinaan projek jalan bernilai RM 124 juta sepanjang 30 km bolehlah dianggap sebagai “KHIR TOYO CONNECTION” kerana ada “Super Khirtoyo” yang bercawat merah.

Al Qaeda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com