Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KHIR TOYO: BOOHOONG LAGI !!!

Persidang Dewan Undanga Negeri Selangor selama empat hari mulai 29 Oktober hingga 1 November 2001 telah mempertontonkan watak sebenar Khir Toyo,MB Selangor yang suka berbohong. Khir Toyo yang menjadi pilihan Mahafiraun ,Mahatir Mohamad jelas lagi ketara adalah seorang yang suka berbohong dan menipu sesama pemimpin Umno,menipu pegawai kerajaan, pembangkang,ahli Umno dan rakyat.

Berikut diperturunkan senarai pembohongan –pembohongan Khir Toyo selama menjawat MB Selangor mulai Ogos 2000.

1. Bulan Januari 2001,Khir Toyo menafikan tuduhan drngan membuat kenyataan bahawa bantuan Hari Raya sebanyak RM 154,000.00 kepada penduduk Sg.Panjang adalah disumbangkan oleh syarikat Lintang Bestari Sdn Bhd. Menurut Khir Toyo,Syarikat Lintang Bestari adalah syarikat penternak ayam terbesar di Sg.Panjang. Setelah disiasat ketapak ladang, ternyata syarikat ini tidak ada langsong memelihara ayam. Bahkan menurut YB Sg.Besar, ditapak projek hanya ada papan tanda dan pagar.Jangankan ayam,reban ayam dan tahi ayam pun tidak boleh ditemukan .

2. Ingin merobohkan Bangunan PKNS di Shah Alam dan akan mendirikan Triple Tower sebagai mercu tanda baru untuk Shah Alam dan Selangor. Setelah dikomen oleh YB Dr.Shafie ,Khir Toyo menafikannya.Bohong lagi dia.

3. Sanggup bermandi darah untuk mempertahankan Melayu. Tetapi yang nyata Khir Toyo hanya membantu buduk-budak Melayu berumur 20 tahun dan kroninya saja.

4. Menyatakan ia mengumpul duit RM 150,000.00 untuk bayar hutang rumah di Kajang hasil dari penat lelah bekerja dikliniknya selama 11 tahun. Alahai Khir Toyo,mengapa suka menipu?. Umur Khir Toyo sekarang 36 tahun.Mengikut lapuran,Khir Toyo lunaskan hutang rumah tahun lepas.Ertinya ketika itu ia berumur 35 tahun dan berniaga buka klinik 11 tahun. Ini bererti Khir Toyo ketika memulakan perniagaan klinik gigi berumur 24 tahun. Sesunggunya sebelum membuka klinik di Kajang,Khir Toyo telah berkhimat di Sabah sebagai doktor gigi kerajaan. Tentunya tempoh bekerja di Sabah itu sebagai tempoh masa kerja wajib dengan kerajaan yang biasanya selama 3 tahun. Jika diambil kira bekerja dengan kerajaan selama 3 tahun sebelum buka klinik persendirian , maka usia Khir Toyo lulus ijazah doktor gigi adalah 21 tahun. Menasabahkah Khir Toyo lulus doktor gigi pada usia 21 tahun?. Ini adalah mustahil sebab mengikut kebiasaan pendidikan universiti di Malaysia selepas SPM terus ke matrikulasi selama dua tahun. Pada umur 19 tahun paling awal Khir Toyo memasuki UM. Untuk mendapat ijazah doktor gigi biasanya memerlukan masa 5 tahun.Jika Khir Toyo seorang pelajar yang cukup pintar pun , maka umur Khir Toyo lulus doktor gigi adalah berumur 24 tahun.Aduhai Khir Toyo mengapa kamu kata kamu lulus sebagai doktor gigi pada usia 21 tahun?.Mau tipu ka?.

5. Khir Toyo menjelaskan bahawa dia membayar hutang rumah di Kajang RM 150,000.00 adalah hasil kerja klinik dan berniaga . Jika lalasan itu mahu diterima , maka dari mana pula Khir Toyo dapat duit untuk membeli tapak rumah dan membina rumah di Simpang Lima yang berharga lebih dari RM 500,000.00 dan bina rumah baru Hj. Toyo di Sg.Burung lebih dari RM 100,000.00?. Berniaga apa pulak?

6. Jawapan Khir Toyo di dewan terhadap laporan kepada BPR oleh sdr.Lutfi dan soalan Dato’Hasan Ali di persidangan DUN Selangor menambahkan lagi senarai pembohongan Khir Toyo. Tuduhan terhadap Khir Toyo dan Exco Selangor melulus dan menganugerahkan tanah di Bukit Cherakah kepada 4 (empat) syarikat adalah pada Disember 2000.(Baca : Aduan Rasuah Membabitkan MB Selangor).Tetapi jawapan Khir Toyo di dalam dewan mengatakan bahawa mesyuarat Exco pada 1994 meluluskan tanah di Bukit Cherakah kepada 6 (enam) syarikat yang dua syarikat daripadanya mampu membayar premium manakala 4 (empat) syarikat hanya membayar separuh kemudiannya dibeli oleh U Wood Holdings.

Beberapa persoalan timbul daripada jawapan tersebut:

a. Tahun 1994 ,MB Selangor adalah Mohamad bin Taib,bukan Khir bin Toyo.

b. Aduan/tuduhan rasuah dan salah guna kuasa MB Khir Toyo adalah menyatakan pemberian tanah kepada 4 (empat) syarikat bukan 6 (enam) seperti jawapan Khir Toyo.

c. Kelulusan pemberian tanah kepada 4 syarikat di Bukit Cherakah seperti tuduhan adalah bulan Disember 2000 bukan tahun 1994.

d. Mengapa kerajaan Selangor meluluskan 4 syarikat yang mendapat tanah di Bulkit Cherakah yang tidak mampu membayar premium tanah dijual kepada U Wood Holdings. Lazimnya mana-mana syarikat atau individu yang tidak mampu membayar premium tanah,maka kerajaan Negeri/Pejabat Tanah hendaklah merampas/mengambil kembali tanah tersebut dan tidak boleh dijual kepada syarikat atau orang lain.Apakah amalan ini dibolehkan sejak Mat Taib lagi?.

Kesimpulanya adalah bahawa kehidupan MB Selangor,Khir Toyo dalam melenium ini adalah tepu dengan penipuan dan pembohongan.

Al Qaeda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com