Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pemilihan Agung Parti KeADILan: Perwakilan membuat pilihan tepat.

Kesal apabila melihat tindakan empat tokoh "ABIM" yang tewas dalam pemilihan Agung Parti KeADILan Nasional yang berlangsung di Kemaman Terengganu.

Saya fikir, perwakilan membuat pilihan yang tepat. Ini adalah kerana kita dapat menilai keikhlasan empat tokok "ABIM" yang tewas. Walaupun pada mulanya saya merasa ralat juga apabila Saudara Ruslan Kassim, yang saya anggap antara orang kuat reformasi tewas. Tetapi setelah melihat tindakan mereka mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung melalui sidang media bukan secara terus kepada pucuk pimpinan Parti saya rasa kekalahan mereka amatlah wajar. Apakah mereka lupa suatu masa dulu merekalah yang kuat melaungkan kempen BOIKOT MEDIA KRONI?

Parti tidak memerlukan orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat terus memimpin parti. Orang-orang sebegini akan menjadi musuh parti dari dalam. Namun begitu secara peribadi saya masih menaruh harapan agar saudara Ruslan Kassim khasnya agar kembali kelandasan perjuangan yang asal. Lupakah Saudara Ruslan kepada orang-orang yang memberi bantuan samada dari segi material ataupun tenaga serta idea hanya demi untuk meneruskan Agenda Reformasi? Terima sahajalah jawatan yang ditawarkan oleh Presiden. Saya percaya Datin Seri Wan Aziziah juga terkilan dengan kekalahan saudara Ruslan. Dan tawaran yang diberikan oleh DSWA saya kira adalah ikhlas. Bukan masanya nak tunjuk ego atau anak jantan. Perjuangan kita masih jauh lagi. Buangkanlah saki baki sifat UMNO yang masih meninggalkan "karat biru dan merah" di hati. Selagi karat itu masih bersisa, kebinasaan akan bersama kita.

Ambilah iktbar dari kehancuran Semangat 46. Semuanya kerana tiada keiklasan dalam perjuangan. Kita tidak mahu sifat hasad dan balas dendam bersarang dalam parti kita. Bak kat pepatah, biduk berlalu kiambang bertaut, marilah kita bersama-sama membina semula kekuatan parti kita. Saya masih lagi menaruh harapan kepada Saudara Ruslan Kassim dan rakan-rakan bertiga. Insya Allah jika kita ikhlas akan ada tempat kita dihati rakyat, tetapi yang sebaik-baiknya adalah perjuangan Lillahi ta'ala yakni mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Teruskan Perjuangan.

AnakGanu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com