Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Piala Malaysia

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semua,

Terlebih dahulu Awedonde hendak khabarkan pada semua teman mungkin tidak terlambat untuk Awedonde ulaskan cerita bola kerana Awedonde tahu majoriti rakyat Malaysia "boleh" amat meminati sukan ini.Untuk pengetahuan semua sejak kebelakangan ini pc Awedonde kurang 'sihat' sebab itulah kelembapan Awedonde mengulas isu bola.

Apa yang Awedonde ingin sampaikan kebencian pemerintah terhadap Negeri Terengganu sehingga melarat kepada pasukan bola.Jika anda seorang prihatin pada percakapan pengulas sukan pada malam final tersebut banyak menyebelahi pada pasukan 'kejor yob kejor',tetapi itu bukan persoalannya tetapi cara sindiran pada Terengganu sebuah negeri yang di perintah oleh pembangkang.

Jika anda masih belum lupa,kerana orang Melayu mudah lupa kata pm pengulas tersebut membandingkan pasukan Perak telah dijanjikan berbagai habuan sekiranya menjadi juara manakala Terengganu sebuah pasukan miskin tiada apa-apa habuan sekiranya dapat mengatasi pasukan Perak. Awedonde nak tanya mai awat bodoh benar tu...hang punya gaji berapa juta sebulan hendak mengampu tidak masuk akal!Terengganu memanglah sebuah pasukan miskin kerana berhak pada duit royalti pun tidak diberi dengan sepatutnya.

Kedua,
Kebodohan RTM (radio tv mahathir) memfokus gambar penonton Terengganu secara jauh sahaja kerana ada seorang dua mengangkat bendera PAS.Mengikut cerita kawan Awedonde dari Perak yang berada pada malam tersebut di stadium Nasional Bukit Jalil bendera DACING berkarat dikibarkan terlebih dahulu.

Dikhabarkan oleh teman Awedonde dari Perak juga,ketika pengumuman masuk waktu maghrib penonton Terengganu diam seketika,tetapi pasukan Perak melalak-lalak tidak tentu pasal.Ini sudah menunjukkan perbezaan. Nah! sekarang sudah terbukti semenjak Amno yang kaya raya memerintah Terengganu,penyu asyik menangis tetapi kini mampu tersenyum sendirian kerana sudah kena 2-1, orang Amno sila berfikir sejenak.

Awedonde(minat sikit-sikit dengan bola)
--






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com