Kekeliruan
antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock
Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang
menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan
denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang
kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah
Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam
sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di
dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah
mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar
Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu
untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri
sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya.
Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar
sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan
antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya
Jauhari juga yang mengenal Manikam
Agenda
Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang
dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang
"Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist
tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa
dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di
dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula
yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai
dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya
tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah
mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab
dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan
diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana
sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan
gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat
memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya
terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan
gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa
mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa
amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan
rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara
kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan
sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Lain-lain gambar berkaitan:
|