Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bayangkan betapa GELABAH Umcino, di kampus IPTA

Bayangkan betapa GELABAH Umcino, di kampus IPTA reformasi propembangkang meledak bagai cendawan tumbuh

Calon proparti pembangkang dari Islam Penyelamat Ummah (IPU) menyapu bersih sembilan kerusi di Kawasan Umum dan menguasai 20 daripada 23 kerusi Kawasan Fakulti.

Calon TSB dan seorang calon bukan bumiputera dari kelompok proparti politik perkauman, masing-masing memenangi satu kerusi di Kawasan Fakulti.

Enam calon IPU menang tanpa bertanding di Kawasan Fakulti.

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM sesi 2000/2001, Abdullah Abdul Karim mengulangi kejayaannya dengan mengekalkan kemenangannya di Kawasan Umum kali ini.

Jurucakap itu berkata, Fakulti Pengajian Bahasa pula menyaksikan tidak ada pertandingan diadakan apabila kedua-dua kelompok tidak meletakkan calon mereka di kawasan berkenaan.

Sebanyak 68.3 peratus daripada 15,835 pelajar membuang undi di UKM semalam.

Tinjauan Utusan di UPM pula mendapati, kumpulan proaspirasi kerajaan hanya memenangi tiga daripada 39 kerusi.

Kelompok proparti pembangkang menyapu bersih kesemua 13 kerusi Kawasan Umum dan memenangi 22 daripada 26 kerusi Kawasan Fakulti yang dipertandingkan.

Pegawai Perhubungan Awam UPM, Mohd. Rusdy Hasan berkata, calon-calon yang berjaya dikehendaki menubuhkan MPPUPM sebelum 12 Disember ini kerana senarai lengkap pemegang jawatan perlu diserahkan kepada Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Zohadie Bardaie pada tarikh tersebut.

Beliau memberitahu, satu perbincangan antara calon dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr. Idris Abdol bagi pelantikan empat jawatan utama akan diadakan sebelum 12 Disember ini.

``Empat jawatan utama itu ialah Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari,'' jelasnya.

Menurutnya, hanya 41.5 peratus daripada 15,489 pelajar keluar mengundi di UPM semalam.

Di USM, kelompok proparti pembangkang memenangi 22 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan dengan calonnya, Ahmad Mahfuz Najhan Shahar Murshid dari pengajian Sains Pendidikan memperoleh undi tertinggi iaitu 4,019.

Kira-kira 55 peratus pelajar universiti tersebut keluar mengundi pada tahun ini iaitu meningkat tujuh peratus berbanding tahun lalu.

Selain itu, di UM, kumpulan proparti pembangkang berjaya menguasai 36 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Sebanyak 52.3 peratus pelajar keluar mengundi di universiti itu semalam.

Di UTM, kelompok proparti kerajaan hanya memenangi 13 daripada 45 kerusi Kawasan Umum dan fakulti.

Bagi Kawasan Umum, kelompok proparti kerajaan berjaya menguasai 10 daripada 15 kerusi manakala tiga daripada 30 kerusi Kawasan Fakulti.

Calon jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Ahmad Zaki Salikin memperoleh undi tertinggi iaitu 6,244 undi.

Hanya 37.8 peratus daripada keseluruhan pelajarnya yang berjumlah 28,917 orang keluar mengundi semalam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com