Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Amerika menambah wang demi untuk memuaskan nafsu jahat

Hadiah wang tunai AS$25 juta (RM95 juta) yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan membawa kepada penangkapan Osama bin Laden, kata ketua keselamatan Taliban di bandar sempadan Spin Boldak, Kandahar, Mohammed Saeed Haqqani hari ini.

Beliau mendakwa, serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington sebenarnya adalah angkara Yahudi yang cuba memburukkan agama Islam.

``AS sehingga ini tidak mengemukakan bukti mengenai pembabitan Osama dalam serangan itu,'' kata Haqqani.

``Dia tidak ada kemudahan komunikasi untuk menjalankan kegiatan sedemikian. Selaku tetamu kami, kami berkewajipan melindunginya dan tidak akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa AS.''

``Amerika telah menawarkan AS$25 juta untuk menangkap Osama. Kami akan memberi AS$50 juta kepada (Presiden AS, George W.) Bush sekalipun kami sebuah negara miskin.''

Setiausaha Negara AS, Colin Powell menambah hadiah wang tunai untuk menangkap Osama daripada AS$5 juta (RM19 juta) kepada AS$25 juta semalam.

Hadiah itu diiklankan dalam siaran radio ke Afghanistan dan risalah diedarkan di negara ini.

Jurucakap Jabatan Negara, Richard Boucher berkata, lebih 22,000 maklumat telah diterima mengenai Osama sejak 11 September tetapi tiada satu pun yang berhasil.

Semua orang Islam yang baik-baik akan menolak peluang untuk mengaut untung daripada penangkapan Osama, kata Haqqani.

``Sebagai orang Islam yang baik, kami mempunyai iman yang kukuh dan tidak akan tergoda dengan tawaran itu.''

Mengenai bukti pembabitan Yahudi dalam serangan 11 September itu, Haqqani berkata, 4,000 Yahudi tidak datang ke pejabat di WTC pada hari berkenaan.

``Dan mengapa jurukamera televisyen tahu di mana pesawat kedua akan merempuh bangunan?''

``Mereka cuba menghapuskan Afghanistan dan cuba memburukkan nama kami.''

Haqqani berkata, AS bersikap hipokrit dengan menuntut penyerahan Osama kerana pengarang British, Salman Rushdie dibenarkan tinggal di New York.

Fatwa Iran menjatuhkan hukuman mati ke atas Rushdie selepas penulis kelahiran India itu menghina agama Islam dalam bukunya The Satanic Verses pada 1988.

``Belum jelas Osama terlibat dalam jenayah tetapi kenyataannya Rushdie melakukan jenayah terhadap Islam. Mengapa dia diberi perlindungan di negara awak?'' kata Haqqani. - AFP






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com