Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Mahathir: Tolong bagi penjelesan..

Oleh: b_mogg

"MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM SEKULAR" itulah bait perkataan yang telah dikeluarkan oleh wakil DAP semasa perbahasan dalam Dewan Rakyat tempohari.

Alternatif bench hanya memerhatikan gelagat wakil pihak BN yang terkinjal-kinjal cuba mematah kan usul yang di bahaskan itu.

Kenapa sebegitu lantang wakil DAP ini mengatakan MALAYSIA NEGARA ISLAM SEKULAR"? Al kisah semasa berkempen pilihanraya Umum Sarawak tempohari juak-juak BN yang mewakili MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain parti yang kecil mewakili non muslim telah memulakan kempen dengan menjaja issue bagi memancing pengundi non muslim bahawa dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam sekular.

Ini lah penyakit yang telah lama ada didalam pemerintah kita, pada yang bukan Islam dia jajakan cerita Malaysia negara Islam sekular, pada yang umat Islam kita adalah negara Islam yang tebaik di muka bumi, telah menjadi 'role model' kepada umat Islam seluruh dunia dan umat Islam seluruh dunia mengatakan benar.

Persoalannya, kemana pergi nya Mahathir untuk memperjelaskan masalah negara 'Islam' kita kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam?

Dia perlu menjelaskan apa kah dia negara Islam yang Malaysia ada sekarang sebab dari mulut dia yang mengatakan Malaysia adalah negara Islam tanpa membuat sessi perbahasan, so jawab lah dengan rakyat..

Kenapa kepada bukan Islam pemerintah menyatakan Malaysia Islam sekular?

Adakah untuk mengambil hati kepada pengundi bukan Islam atau demi untuk kestabilan politik beliau? Pada dia ini kata lain, pada yang itu kata lain...

Bercabang nya lidah si Mahathir nih... "






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com