Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kisah khutbah sembahyang Jumaat tengahari tadi

Aku pi sembahyang Jumaat tadi kat sebuah masjid (rahsia...nanti SB munafik ambil tindakan pd imam tu pulak), dan aku puas hati dengan isi kandungan khutbahnya. Kata khatib tu apa yg dapat dilihat sekarang ni jelas dan nyata, yg mana satu pengikut Nasrani (serta kegemaran mereka) dan yg mana satu pengikut Islam yg taat.

Pengikut Nasrani perangainya banyak ikut cara Nasrani. Kata khatib, bila Nasrani bersikap anti Taliban kerana memusnahkan berhala, suruh wanita menutup berpurdah dan tutup aurat maka pemuja-pemuja Nasrani turut sama mengutuk Taliban mcm tak belajar agama.

Khatib membacakan ayat yg menyebut bahawa kaum Nasrani tidak akan duduk senang selagi orang Islam tidak mengikut cara mereka, adab mereka. Kata khatib lagi golongan Nasrani hanya akan senang bila melihat negara-negara Islam mengikut acuan 'Islam Progresif' tajaan mereka.

Khatib ada sebut tentang negara Islam yg berbangga dgn sukan2 menjolok mata seperti jimnastik dan acara renang berirama yg mendedahkan bahagian2 celah kangkang wanita dikhalayak ramai. Dan dlm masa yg sama mengutuk Taliban kerana menyuruh wanita mereka menutup aurat. Inilah dunia akhir zaman, yang batil menjadi betul, yg betul menjadi salah.

Media2 penyokong Nasrani baik di dalam dan luar negara semacam senada dan seirama dalam mentafsirkan 'Islam yg dibolehkan' atau 'Islam yg sederhana' menurut acuan media antarabangsa tajaan Amerika.

Aku pun makin gelisah dgn media tempatan ni terutamanya Utusan. Agaknya kalau sekarang Dajjal muncul dan kemudiannya Imam Mahadi pula muncul, dah tentu Utusan memilih Dajjal sebab dlm situasi sekarang ni Amerika ni seolah menjadi Dajjal yg membenci perlaksanaan hukum-hukum Islam dimuka bumi Allah ni. Pada 15 November baru2 ni , Utusan menyiarkan surat dari pembaca yg menasihatkan wanita UMNO jangan cuba ikut muslimat PAS yg menutup rambut dan bertudung. Pembaca tu rindu dengan suasana dulu-dulu yg mana wanita2 UMNO berebut-rebut ke salon mendandan rambut utk ditayangkan masa UMNO bersidang. MasyaAllah !! Surat munafiq macam ni pun Utusan boleh siarkan.

Taliban laksana hukum potong tangan kena kutuk. Taliban laksana hukum rejam utk kesalahan zina pun kena kritik. Hukum akal mereka puji, hukum Quran mereka hina. Ulama ulas isu Bollywood mereka hentam kiri kanan. So pihak mana yg munafik dan fasiq? Tepuk dada tanya iman.

Oleh : Anaksinimimos

.........................................

Cerita II

Org UMNO Sect.7 Shah Alam

Semalam, barulah aku nampak org UMNO terkinja-kinja pergi surau utk berbuka dan solat maghrib SEBAB ADUN S.ALAM datang . Lepas tu, tolong uruskan nasi berianidan lauk pauk... alahai org umno, kenapa tak nampak batang hidung sebelum ni. Aku langsung tak kebulur nasi tajaan umno tu...






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com