Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Khir Toyo membilang hari terakhirnya sebagai MB Selangor

SHAH ALAM: Khir Toyo kini boleh membilang hari-hari terakhirnya sebagai Menteri Besar Selangor. Dimaklumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telahpun menjalankan siasatan termasuk ke pejabat JKR dan mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Menurut sumber, antara maklumat yang diperolehi BPR sudah boleh untuk digunakan bagi mendakwa Khir menyalahgunakan kuasa. Isu Khir meluluskan projek membina jalanraya yang begitu mahal, iaitu RM3.5 juta untuk satu kilometer, kepada sebuah syarikat bermasalah, adalah antara sebab yang membuatkan Khir kepanasan sekarang.

Menurut akhbar CABARAN, Khir mungkin terpaksa meletakkan jawatan sebelum Aidilfitri ini, namun tiada sebab diberikan mengapa beliau perlu berhenti dalam tempoh sedekat itu.

"Tidak betul PM akan pertahankan Khir walaupun penemuan BPR membuktikan Khir menjadi beban kepada PM. Khir sudah tiada lagi masa depan politik," kata seorang pemerhati politik.

"Memang benar dalam pilihan raya akan datang mungkin PAS akan kehilangan semua empat kerusi yang dimilikinya sekarang, sepertyi dakwaan Khir dalam Mingguan Malaysia 18 November lalu. Tapi Khir harus mengerti, dengan isu rasuahnya, PAS mungkin akan menambah sekurang-kurangnya sekali ganda jumlah kerusi DUN yang dimenanginya nanti.

"Khir sememangnya menjadi beban buat Umno sekarang," tambah pemerhati itu lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com