Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


BPR mula jalan siasatan menyelongkar minit mesyuarat Exco

Oleh : Wartawan Detikdaily

SHAH ALAM: Anggota Badan Pencegah Rasuah telah mula memasuki Ibu Pejabat JKR Negeri di sini, serta menyelongkar minit-minit mesyuarat di Bangunan SUK berkaitan kelulusan tanah yang menjadi kontroversi baru-baru ini ekoran dakwaan rasuah dan salahguna kuasa ke atas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Difahamkan anggota BPR itu juga sudah menemuduga beberapa orang pengarah syarikat khususnya di Banting dan Sijangkang, yang mendapat tanah seluuas 50 ekar setiap syarikat di Kuala Langat dan Shah Alam.

Dalam pada itu, pejabat Meram Holding, kontraktor bermasalah yang mendapat projek membina jalan termahal di Sekinchan juga telah dikunjungi pegawai BPR bagi mendapat maklumat yang perlu sama ada kelulusan projek jalan Cross Ban B44 itu mengandungi unsur rasuah atau tidak.

Menurut sumber JKR di sini, mereka telah dipanggil oleh Menteri Besar dan Dr Khir Toyo dikatakan memberi amaran keras supaya sebarang maklumat dari jabatan itu, yang boleh mencetuskan kontroversi, tidak didedahkan kepada publik.

"Tapi semua orang di sini tahu, Dr Khir dan Setiausaha Politiknya, Dr Karim Mansor sentiasa memberi arahan dan nota bertulis supaya diberi projek yang menguntungkan kepada kroni mereka.

"Kami, di sini benar-benar terganggu dengan cara Khir membuat arahan itu. Sepatutnya beliau menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mencadangkan kontraktor yang dikira mampu dan layak diberikan projek, bukannya hanya pandai mengarah kami supaya diberikan projek bernilai tinggi itu kepada sesiapa saja yang dikehendakinya," kata sumber JKR yang tidak mahu dikenali itu.

Namun begitu masih ramai pihak yang sangsi BPR dapat bertindak dengan bebas bagi menyiasat tokoh kesayangan Perdana Menteri ini. "BPR mungkin boleh menyiasat sehingga ke akar umbi kalau mereka mahu, tapi apakah pihak seterusnya, iaitu Jabatan Peguam Negara, dengan restu Perdana Menteri boleh memulakan dakwaan kepada Khir jika ada bukti ditemui?" kata seorang pemerhati politik yang sejak sekian lama mengikuti perkembangan BPR menyiasat kes-kes penting membabitkan orang besar yang rapat dengan Umno.

"Tapi, kalau ditanya pandangan peribadi saya, semua siasatan yang dimulakan BPR itu hanya bertujuan kosmetik semata-mata, iaitu mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa BPR juga mampu menjalankan siasatan termasuk kepada orang-orang besar. Sedangkan akhirnya BPR akan tampil ke muka untuk membuat pengumuman bahawa Dr Khir bersih sebersihnya daripada sebarang tuduhan rasuah yang berniat jahat kepadanya," tambah pemerhati itu lagi.

Memang wajar, katanya, BPR mendapatkan keputusan Exco dan menemubual sendiri anggota Exco bagaimana keputusan itu diambil. Benarkah seperti dakwaan Khir bahawa semua keputusan meluluskan tanah bukan dibuatnya seorang, tetapi selepas diminta pandangan semua Exco?

BPR juga dicadangkan menemubual pengarah syarikat yang berjaya mendapat tanah tetapi sebenarnya langsung tidak tahu bahawa mereka pernah memohon tanah satu waktu dulu.

Dan jangan lupa antara tokoh yang dikira penting oleh BPR untuk menemubual ialah dua pengarah penting Cabaran Wangsa, syarikat yang sebenarnya membina jalan di Sekinchan dengan menggunakan nama Meram Holdings Sdn Bhd, iaitu Pua Kim An dan Ahmad Termizi Teujeurry. Ahmad Termizi dikatakan adalah proksi kepada Khir sendiri. Beliau juga dianugerahkan 100 ekar tanah di Kuala Langat dan Shah ALam.

Tentunya BPR tidak sukar untuk mendapat taksiran sebenar projek jalan itu sekaligus menolak dakwaan Khir bahawa kos sebanyak RM92.5 juta itu relevan untuk jalan sepanjang 20.5 kilometer.

Dan alangkah moleknya juga jika BPR dapat menyiasat sebenarnya yang memberi arahan kepada pihak polis Shah Alam supaya mengadakan rampasan ke atas semua akhbar Memo14, sebanyak 43,000 naskhah di Seksyen 19, Shah Alam, jam 6.00 petang, Ahad, 28 Oktober lalu.

Khir dikatakan telah menyalahgunakan kuasa, demi menyelamatkan kedudukannya, memperalatkan pihak polis bagi menghalang penyebaran maklumat tentang salahlaku rasuahnya yang cukup ketara itu, daripada diedarkan pada hari pertama persidangan DUN Selangor, 29 Oktober lalu.

Soal Khir cuba mempengaruhi pihak polis di Selangor akan didedahkan kemudian.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com