Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perangai buruk Umno ungkit pembahagian tanah bagaikan hasil kekayaan negara macam "harta bapak" mereka

Oleh : KAKEK

Sudah hampir sebulan sudah berlalu akan aduan oleh Sdr Ahmad Lutfi berkaitan perilaku salah guna kuasa dan rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Khir Toyo masih tidak mampu menangkis tuduhan-tuduhan tersebut. Cara dia menjawab dalam Mingguan Malaysia 18 Nov lalu jelas menggambarkan Khir sedang kepanasan. Malah dia dalam keadaan lemas, kata ADUN Sg.Burung, Dr Hassan Ali, yang juga Ketua Pembangkang di DUN Selangor.

Sesungguhnya Khir Toyo bukan sahaja lemas tetapi ia dalam keadaan desperado sekarang ini. Khir Toyo telah menggunakan semua jentera Umno untuk menangkis tuduhan rasuah termasuk buduk-budak sekolah yang dijadikan toyol oleh Khir Toyo.

Buduk-budak suruhan ini diupah untuk mengedarkan Memo 15 palsu dengan sedikit bayaran. Akhirnya budak-budak mentah itu tidak sembahyang Jumaat hanya kerana suruhan Khir Toyo. Dan ketika umat Islam lain khusyuk menunaikan solat Tarawikh, mengambil keberkatan Ramadhan al-Muabarak ini, budak-budak suruhan Khir Toyo berkeliaran ke sana sini menabur fitnah.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lepas, Khir Toyo mengatakan dia tidak boleh ingat semua nama pemohon tanah dan projek jalan. Khir Toyo mengatakan bahawa semua proses permohonan tanah telah melalui Pejabat Tanah, Pengarah Tanah dan Galian negeri, MTES dan anggota Exco.

Jika dakwaan Khir Toyo itu benar, maka kita minta BPR siasat Pejabat Tanah Petaling, Pejabat Tanah Kuala Langat, Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan MTES. Apakah pegawai-pegawai dijabatan tersebut tidak meneliti nama pemohon yang bertindih? Apakah pegawai jabatan berkaitan melonggokkan fail permohonan macam jual durian bakul?

Kita percaya apa yang berlaku, adalah, walaupun pegawai berkaitan tidak menyokong permohonan tanah daripada kroni Khir Toyo atau Setiausaha Politiknya Dr Karim Mansor, tetapi oleh kerana sokongan dan desakan Khir Toyo sendiri yang meminta fail-fail berkenaan dibawa ke atas, maka syarikat kroni Setpolnya dan MB sendiri diberikan keutamaan dan kelulusan.

Demikian juga pemberian projek jalan termahal di Sekincan dan Sg Panjang. Pembinaan jalan itu adalah cadangan Khir Toyo sendiri dan Dr.Karim telah mengenal pasti kontraktor yang boleh menolong mereka mencari wang panas. Tentulah lebih mudah dan senang apabila projek jalan RM4.5 juta untuk satu kilometer itu dibuat di kawasan Khir sendiri.

Sumber JKR di Shah Alam juga telah memberikan maklumat bahawa bekas Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang, Dato’ Aini Taib, sekarang Bendahari Umno Tanjong Karang akan diberikan projek jalan di Sungai Lang, Sabak Bernam bernilai RM40 juta.

Kita juga tahu bagaimana Menteri Pertanian sangat tidak senang dengan tindakan Khir Toyo mengagih-agihkan peruntukan daripada Persekutuan sebanyak RM4 juta kepada nelayan. Cerita ini akan menyusul nanti.

Khir Toyo dengan bangga mengungkit soal pemberian tanah kepada Dr Hasan Ali di Sungai Lui, Hulu Langat sejak hampir 10 tahun lepas. Yang jelas tanah tersebut masih diusahakan oleh Dr Hasan Ali hingga hari ini, demi kepentingan kecemerlangan anak bangsa.

Tetapi, percayalah, jika tanah diberikan kepada ahli-ahli Umno dan pemimpin-pemimpin Umno, baru saja dapat borang 5A tanah tersebut terus dijual kepada orang Cina. Mereka langsung tidak pernah terfikir untuk membangunkan tanah itu. Tanah hanyalah saluran pantas untuk mengaut sebanyak mungkin wang.

Penulis mempunyai senarai pemimpin Umno, sama ada yang sudah mati dan masih hidup yang dapat tanah dan terus dijual kepada taukeh Cina, sama ada Cina Malaysia, Singapura,Taiwan atau Hong Kong. Penulis mempunyai senarai kawasan-kawasan tanah yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno, dari Sepang ke Sabak Bernam hingga ke Ulu Bernam termasuk di Bukit Cherakah, Bukit Raja, Sg.Buluh, Rawang, Gombak dan lain-lain lagi.

Kalau bukan kerana menjual tanah yang diperolehi dengan harga murah, mana boleh orang Umno yang jadi wakil rakyat lulus darjah 6 atau jadi guru, atau pembantu makmal,jaga gate kereta api, boleh pakai kereta mewah Mercedes. Kalau bukan kerana jual tanah, bolehkah mereka bergaya dengan kereta-kereta mewah?

Awas kepada pemimpin Umno, jangan kerana memberikan tanah TOL kepada Hasan Ali seluas 6 ekar, kepada Ismail Kamus 4000 kaki persegi, dan untuk Dr Badrul Amin hanya ikut serta projek perumahan, itu semua kamu jadikan sebagai alasan untuk melepaskan geram. Sedangkan rekod kamu dengan menjual tanah kepada bangsa asing sudah cukup banyak.

Dan untuk bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, janganlah berlagak bersih dari amalan rasuah dan salahguna kuasa. Apakah kamu menganggap rakyat lupa bahawa kamu pernah membawa wang berjuta-juta seberat 19 kg ke Autralia dan kemudiannya ditangkap dio lapangan terbang? Dari mana kamu dapat wang beratus-ratus juta itu kalau bukan dengan menjual tanah menggunakan nama kroni. Jika tidak masakan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Azis Shah mengatakan habislah tanah negeri Selangor ini dijual oleh Mat Taib. Lupakan kita peringatan Almarhum baginda itu? Kami bukan Umno haprak yang mudah lupa.

Pemimpin Umno selalu berperangai buruk siku. Mengapa pemberian tanah kepada Dr Hasan Ali dan Ustaz Ismail Kamus diungkit? Apakah ini perangai dan budaya pemimpin Umno yang mudah lupa lagi haprak. Dr Mahathir Mohamad belajar di Singapura dan dapat jadi doktor kerana biasiswa kerajaan British. Tun Razak, Tunku Abdul Rahman belajar Undang-undang di England kerana dapat biasiswa kerajaan British. Ketika Tunku dan Tun Razak menuntut di London, Malaya dijadikan negara yang merdeka dan bebas dari kerajaan British, apakah Queen E mengungkit biasiswa yang telah diberikan itu kepada Tunku dan Tun Razak itu?

Ketika Mahathir menentang Malayan Union dan mengistiharkan dasar “buy British last” ketika baru saja menjadi Perdana Menteri, apakah Queen E minta balik Mahatir bayar biasiswa ketika belajar di Singapura sebab menentang British? Bukti menunjukkan British tak pernah mengungkit hal itu.

Nampaknya dari segi ini, budi bahasa mat saleh lebih mulia dari pemimpin Umno yang memang haprak itu.

Kelantan dan Terengganu sekarang diperintah oleh PAS. Kita yakin banyak tanah termasuk balak telah diberikan kepada orang Umno sebelum PAS memerintah. Pernahkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang ungkit balik tanah dan balak kepada mereka yang masih menentang kerajaan PAS di kedua-dua negeri tersebut?

Walaupun pemimpin PAS menganjurkan supaya ahli-ahli PAS berbaik-baik dengan Umno terutama dikampung-kampung tetapi ahli-ahli PAS sangat sukar menerima saranan tersebut melihatkan perangai busuk hati pemimpin Umno. Sehingga ada yang berkata, jika ada ular tedung selar dengan Umno, lebih baik beduk dulu Umno dengan buluh semambu.

Bagaimanapun kita tidaklah seperti pemimpin Umno yang berdendam dan bodoh-sombong itu. Segala tanah dan hasil kekayaan negara/ negeri bukanlah "harta bapak" mereka yang hanya boleh diwariskan kepada orang yang mereka sukai saja dan akan menyokong mereka sampai bila-bila.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com