Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Lantik Gani Patail untuk selamatkan Ali Abu Hassan, Rafidah Aziz, Khalil Yaakob, Khir Toyo

Oleh : MAHFUZ OMAR, Ketua Pemuda PAS

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan rasa yang kesal di atas tindakan kerajaan BN melantik Datuk Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara yang baru walaupun Gani Patail adalah seorang kakitangan awam yang dipertikaikan ketelusannya oleh seluruh rakyat terutama selepas isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. DPP Pusat berpandangan bahawa tindakan Kerajaan BN ini adalah bertujuan untuk menguatkan cengkaman mereka ke atas institusi keadilan terutama setelah beberapa pemimpin utama BN dipertikaikan oleh rakyat kerana beberapa penyelewengan.

DPP Pusat hairan bagaimana Kerajaan BN boleh melantik Gani Patail untuk satu jawatan tertinggi di Jabatan Peguam Negara sedangkan Gani Patail mempunyai kepentingan dalam kes Manjit Singh Dillon dan Datuk Nallakurappan dalam isu Datuk Seri Anwar. Gani Patail dikatakan menawarkan sesuatu imbuhan kepada Datuk Nalla untuk membuat pengakuan terhadap fitnah seks yang dilemparkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Kes ini menjadi asas yang penting mengapa Gani Patail tidak layak untuk menjadi Peguam Negara terutama setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak bersalah kepada Zainur Zakaria yang didakwa menghina mahkamah ketika perbicaraan Datuk Seri Anwar. Dan keputusan Mahkamah Persekutuan ini juga menjadi hujah kepada Datuk Seri Anwar dalam rayuan kesnya di Mahkamah Rayuan.

Penglibatan Gani Patail dalam salah laku perundangan ini sebenarnya suatu perkara yang amat berat dan tidak boleh dipandang remeh. Ia bukan sahaja mencemarkan imej Jabatan Peguam Negara, tetapi juga imej institusi kehakiman dan keadilan itu sendiri. Sebelum ini, Kerajaan BN telah melakukan kesilapan yang besar apabila melantik Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sedang dia mempunyai rekod yang buruk ketika berkhidmat sebagai Peguam Negara. Beberapa kes seperti isu Rafidah Aziz, Daim Zainuddin, Rahim Tamby Chik, Muhammad Mohd Taib, Ali Abul Hassan Sulaiman dan sebagainya tidak didakwa kerana factor politik.

DPP Pusat dapat merasakan bahawa perlantikan Datuk Gani Patail ini juga merupakan perlantikan politik yang bertujuan untuk menyelamatkan beberapa tokoh BN yang kini sedang didedahkan penyelewengan mereka. Isu terbaru seperti pengagihan saham oleh Rafidah Aziz, kes Khir Toyo, kes Khalil Yaakob dan kes salah guna kuasa Perdana Menteri dalam isu Ali Abul Hassan sudah tentu akan diusahakan oleh pemimpin BN melalui agen mereka di Pejabat Peguam Negara. Kejadian-kejadian sebelum ini menjadi asas bahawa perkara yang sama mungkin berulang.

Kerana itu, DPP Pusat menyimpulkan bahawa perlantikan Gani Patail ini adalah merupakan suatu tindakan undur kebelakang yang dilakukan oleh Kerajaan BN dalam usaha untuk memulihkan imej Pejabat Peguam Negara. Sebelum ini Ketua Hakim Negara mempertegaskan usahanya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi tersebut, tetapi bagaimana keyakinan rakyat boleh wujud jika Peguam Negara terus melakukan pendakwaan terpilih seperti yang diamalkan hari ini. Terbukti bahawa perlantikan Gani Patail ini adalah untuk menjaga kepentingan politik BN.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com