Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Jangan Naikkan Haga Susu/ Don't Raise Milk Price

Mengikut laporan media, syarikat F & N telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan harga susu pekat di pasaran dengan 10 peratus atau 20 sen satu tin. Alasannya ialah kerana kos bertambah dan oleh itu untung berkurang – dari RM26 juta pada tahun 2000 kepada 11.3 juta sehingga bulan September 2001.

PRM menggesa supaya pihak kerajaan tidak akan menerima permohonan ini. Pertama, jikalau permohonan ini diterima, banyak lagi syarikat yang sedang mengalami jumlah untung yang menurun akan memohon supaya harga kawalan bagi barang keluaran mereka dinaikkan juga. Kesannya buruk kepada rakyat ramai.

Kedua, sedikit hari lagi bulan puasa Ramadan bermula dan sebulan kemudian orang Islam menyambut hari raya pula. Susu bahan penting untuk membuat minuman dan kuih-muih. Kenaikan harganya akan menjadi beban, terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketiga, ada kemungkinan harga teh, kopi serta minuman lain yang dijual di kedai atau restoran akan dinaikkan tanpa kawalan. Apatah lagi dengan kenaikan harga minyak petrol serta diesel, inflasi pasti tidak akan mudah dikawal.

PRM berpendapat adalah lebih penting bagi pemerintah melindungi kebajikan rakyat ramai daripada menjaga laba bagi sebilangan kecil kapitalis.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
13hb November 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com