Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PRM UCAPKAN SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum wbt

PRM UCAPKAN SELAMAT BERPUASA

Bagi pihak Parti Rakyat Malaysia (PRM), saya dengan gembira mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam, khususnya yang menjadi anggota dan penyokong PRM. Kami bersyukur kerana sekali lagi, Insha Allah, kita akan dapat menunaikan ibadat wajib dalam bulan Ramadan tahun ini. Mudah-mudahan segala amal ibadat kita sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam bulan yang sangat mulia ini, akan direstui dan diterima Allah (SWT).

Puasa merupakan satu perjuangan. Ia mengajar kita mendisiplinkan diri. Kita berpuasa bukan semata-mata untuk menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi lebih penting lagi untuk melawan hawa nafsu. Semoga menahan diri daripada makan minum akan memberikan kita kesedaran tentang kepedihan hidup fakir miskin dan menggerakkan kita untuk berjuang bagi kepentingan mereka. Selain itu agama Islam mengajar kita bahawa melawan bawa nafsu merupakan satu jihad yang sangat besar serta penting.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM

1hb Ramadan 1422
17hb November 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com