Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PRM MENENTANG PERLANTIKAN GANI PATAIL SEBAGAI PN

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menganggap perlantikan Dato’ Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara jelas merupakan hadiah daripada PM Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kerana segala khidmat yang diberikannya dalam perbicaraan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang didorongkan oleh kepentingan politik itu.

Peranan Dato’ Gani dalam kes ini penuh kontroversi kerana melibatkan dirinya sendiri, sebab beliau dikatakan telah melakukan kesalahan jenayah dengan mengancam untuk mengenakan hukuman bunuh ke atas seorang bakal saksi, iaitu Dato’ Nallakaruppan, bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar Ibrahim. Dalam kebanyakan negara, seseorang kakitangan awam yang melakukan kesalahan seperti ini pasti akan dipenjarakan selama bertahun-tahun.

Tuduhan-tuduhan ini telah dibuat secara bersumpah oleh Anwar Ibrahim dan tidak pernah dicabar oleh Dato’ Gani dengan afidavit atau bukti lisan secara bersumpah. Kegagalannya mencabar tuduhan-tuduhan ini membuatkan Mahkamah Persekutuan, melalui Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Steven Shim menyatakan, “kita sekarang terletak pada kedudukan untuk menyoal tujuan atau tujuan-tujuan Dato’ Gani Patail” (Lihat Zainur Zakaria v P.P – 2001 – 3 CLJ 673).

Bagaimanakah Dr Mahathir boleh menganggap seorang seperti ini sesuai untuk memegang jawatan tinggi sebagai Peguam Negara, apabila terdapat tanda soal yang besar di atas tingkah laku profesional dan integriti beliau?

Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir mahukan seorang Peguam Negara yang tidak berwibawa dan boleh mengikut telunjuk, sebagaimana terbukti pada masa yang lalu dalam perbicaraan Anwar Ibrahim dan kes-kes pendakwaan lain yang didorong oleh kepentingan politik.

Perlantikan Dato’ Gani sebagai Peguam Negara, tidak lama selepas perlantikan Datuk Fairuz sebagai Ketua Hakim, menunjukkan bahawa Dr Mahathir sama sekali tidak bertujuan untuk memastikan sistem kehakiman di negeri ini bebas serta mempunyai integriti.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
21hb November 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com