Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ramadhan dan Reformasi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia kepada semua umat Islam dan para reformis sekalian. Semoga kedatangan bulan rahmat ini akan memberikan kekuatan dalaman kepada kita semua bagi meneruskan perjuangan. Mengimbau kembali kenangan ketika menjalankan ibadah berpuasa bersama-sama para pejuang reformasi pada tahun lepas.

Tentu masih segar dalam ingatan kita akan kemanisan berjuang di dalam bulan mulia seperti ini sebagaimana yang telah kita lalui bersama pada Ramadhan yang lepas. Suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat kita lupakan sempena Ramadhan yang lepas di mana perjuangan rakyat marhaen untuk menuntut perubahan menyeluruh telah membuktikan kemampuan memenangi Pilihanraya Kecil Lunas. Tentunya kemenangan yang telah kita rayakan sejurus selepas berbuka puasa itu merupakan satu hadiah yang paling berharga yang dianugerahkan oleh Allah swt di atas ketabahan dan kesabaran masing-masing, setelah beberapa hari bertarung dengan musuh yang ternyata telah menggunakan seribu macam helah dan tipu muslihat mereka. Ternyata kemenangan itu juga telah membuktikan keupayaan kita walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang gagah perkasa dengan segala kelengkapan jentera mereka.

Sesuatu yang amat manis, ketika menerima panggilan telefon tentang keputusan kemenangan itu saya bersama rakan-rakan reformis yang lain sedang berehat dan beramah mesra dengan Allahyarhamah Mak Yan (bonda DSAI) di rumah beliau selepas kami berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid Jamek Kg. Cheruk Tu' Kun. Kadangkala terasa pilu dan sedih bila mengingatkan itu merupakan kali terakhir saya dapat menemui "Bonda Reformasi" itu secara bersemuka.

Setelah meminta diri, seperti mendapat kekuatan 'ajaib' kami yang tadi keletihan dan lesu merasa segar dan bersemangat semula terus bergegas kembali ke Lunas yang yang kebetulan tidak jauh dari kampung kelahiran DSAI itu. Ketika sampai di pekan Kelang Lama, Lunas di mana tempat pengiraan undi dijalankan saya lihat orang ramai telah memenuhi jalanraya dengan kibaran bendera parti BA dan laungan takbir tanda kegembiraan di atas kemenangan manis itu.

Kemudian, kami terus ke Bilik Gerakan Utama parti keADILan yang terletak di Taman Mewah yang juga telah menjadi tempat tumpuan pada malam itu. Di Taman Mewah suasananya lebih meriah dengan laungan reformasi dan takbir silih berganti dan keadaan menjadi semakin sesak dengan para reformis yang datang dari seluruh pelusuk negara. Kami sempat mendengar ucapan daripada beberapa pimpinan BA yang menyifatkan kejayaan itu sebagai pembakar semangat buat pejuang reformasi sebelum kami membuat keputusan untuk meninggalkan Lunas kerana pada keesokan harinya kami harus meneruskan tugas seperti biasa.

Memang benar, kemenangan dalam Pilihanraya Lunas telah membakar semangat juang di kalangan pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran itu. Secara kebetulan, ketika para reformis berjuang dalam kempen di Lunas dahulu DSAI telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakang akibat dipukul oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. Apabila kembali semula ke Kuala Lumpur maka saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai 'Perhimpunan Berbuka Puasa' di HKL. Yang uniknya, siri perhimpunan tersebut tidak mempunyai penganjur seperti kebiasaannya.

Saban hari perhimpunan yang biasanya diadakan sejurus selepas solat Asar dan berakhir sehingga masuk waktu berbuka puasa itu semakin mendapat sambutan. Sampai pada satu peringkat, pihak tertentu terpaksa menghantar beberapa trak dan anggota Polis semata-mata untuk mengawal rakyat yang sedang berbuka puasa. Sesuatu yang melucukan. Sesuatu yang meragukan saya waktu itu ialah adakah anggota Polis yang setia berkawal itu berpuasa sebab saya tidak melihat ada tanda-tanda mereka berbuka puasa seperti kami. Sedangkan kebanyakan dari mereka itu berwajah Melayu yang 'kununnya' sudah tentu beragama Islam(?).

Sekadar imbauan tentang masa silam yang manis, begitulah lebih kurang apa yang saya lalui di dalam gelombang reformasi setahun lalu. Ramadhan tahun ini saya lalui seperti biasa juga. Sekali-sekala dapat bertemu para reformis di sekitar Kuala Lumpur sentiasa mengembalikan kenangan manis ini. Saya sering membayangkan betapa manisnya jika Ramadhan pada tahun ini juga kita dapat diadakan siri 'Perhimpunan Berbuka Puasa' seperti yang pernah kita lalui dahulu. Saya percaya, siri himpunan seperti ini juga sama penting seperti perlunya kita berkempen ketika sesuatu pilihanraya.

Sekian, wasalam.

Enot Sabah - 30.11.01






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com