Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Amerika ketua pengganas antarabangsa - resolusi

Oleh Nyza Ayob

SEPANG, 16 Nov (Hrkh) - Seminar Menangani Keganasan, anjuran Sekretariat Pemuda Islam Asean (Amsec) telah mengeluarkan enam resolusi penting sejajar dengan matlamatnya untuk memerangi keganasan.

Resolusi tersebut telah dibentangkan oleh Pengerusi Amsec, Hj Mahfuz Omar sebaik saja ucapan penutup seminar disampaikan oleh beliau.

Bertemakan Keganasan: Ancaman, Cabaran dan Penyelesaian, seminar yang berlangsung dua hari itu terdiri daripada lapan orang ahli panel yang membentangkan kertas kerja serta ulasan kertas kerja tersebut.

Antara ahli panel yang mengambil bahagian ialah Dato'Kamaruddin Jaffar(AJK Pas Pusat), Drs H Lukman Hakim Hasibuan(Naib Presiden Gerakan Pemuda Ka'bah Pusat, Indonesia) Faisal Malkatiri (Ketua Pemuda Bulan Bintang, Indonesia) Fan Yew Teng (NGO) Hj Mohamad Azmi Abdul Hamid (Koordinator Third World Network,) Nik Mohd Nasir Nik Abdullah (Young Muslim Association of Thailand) Shahran Kassim (Abim) dan Syed Ibrahim Syed Abd Rahman (AJK PAS Pusat).

Seminar tersebut mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku kerana ia merupakan ancaman kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dunia.

Selain itu, Amsec telah meletakkan takrif sebenar keganasan termasuk yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap rakyat di negara lain.

Seminar tersebut juga bersetuju bahawa Amerika dan sekutunya adalah ketua pengganas yang perlu ditentang dan dikecam oleh semua pihak.

Di samping itu, seluruh jawatankuasa Amsec melahirkan rasa kecewa terhadap Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di atas kegagalan memberi perlindungan terhadap umat Islam di Afghanistan dan Palestin serta menggesa kedua-dua badan dunia ini membawa Bush dan Aareal Sharon ke mahkamah jenayah antarabangsa.

Selain itu, Amsec menggesa masyarakat antarabangsa yang prihatin agar memboikot segala bentuk urusan termasuk perdagangan antara Amerika dan sekutu-sekutunya.

Amsec juga mencapai persetujuan akan bekerjasama dengan Pertubuhan NGO akan mengadakan sidang tergempar ulama nusantara bagi membincangkan persoalan keganasan dan persoalan lain yang menimpa umat Islam. Seterusnya menggembleng umat Islam nusantara yang menghadapi konspirasi Amerika dan sekutu-sekutunya.

Sementara itu, Haji Mahfuz dalam ucapan penutupnya berkata, takrifan keganasan pada masa kini adalah keganasan yang dilakukan oleh individu atau perkumpulan semata-mata, sedangkan keganasan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar memberi impak yang besar kepada mangsa keganasan, tetapi ia sering terselindung di sebalik tabir demokrasi pembasmian keganasan..

Menurutnya lagi, keganasan tidak hanya terikat dengan serangan fizikal semata-mata, ia meliputi segala serangan secara langsung seperti sekatan ekonomi dan politik.

Justeru, menyedari keganasan merupakan isu global yang kritikal dan terkutuk di kalangan masyarakat sejagat, menggangu kesejahteraan dan keharmonian serta bertentangan dengan Islam, Amsec akan mengadakan beberapa program bertindak pada masa akan datang.

Amsec dianggotai oleh pertubuhan dan parti politik Islam negara Asean iaitu, Malaysia, Myanmar, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Brunei.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com