Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ucapan belanjawan Kelantan di radio Sungai Padi

Oleh Mazlan Jusoh

NARATHIWAT, 15 Nov (Hrkh) - Kerajaan PAS Kelantan mencipta sejarah apabila rakaman ucapan pembentangan Belanjawan Kelantan 2002 disiarkan melalui radio RTA yang berpangkalan di Sungai Padi dekat sini, baru-baru ini.

Siaran itu boleh diikuti melalui gelombang 92.5 Mhz selama sejam, mulai jam 3 petang waktu Thailand (4 petang - waktu Malaysia) pada 10 November lalu.

Rakaman ucapan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ketika membentang belanjawan negeri 2002 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 31 Oktober lalu.

Ucapan penuh pembentangan belanjawan tersebut dibuat menggunakan VCD dan disiarkan kembali melalui stesen radio berkenaan.

Penyelaras bahasa Melayu stesen radio tersebut, Sidek Nik Mat berkata, siaran tersebut boleh diikuti dengan jelas di seluruh Kelantan, sebahagian Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.

Katanya, rakaman ucapan pembentangan Belanjawan Kelantan 2002 dibuat bagi membolehkan orang ramai mendapat gambaran jelas mengenai persidangan Dun Kelantan, baru-baru ini dan segala perancangan kerajaan negeri.

Sempena siaran rakaman ucapan belanjawan tersebut, stesen radio berkenaan turut mengadakan slot mengulas kembali isi kandung belanjawan itu.

Dua panel khas dijemput memperkatakan mengenai belanjawan tersebut iaitu anggota Exco kerajaan Kelantan, Ustaz Abdullah Ya'kob dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakhri Harun.

Bekas wartawan Harakah, Hanafi Yaakub bertindak sebagai pengerusi kepada slot ulasan berkenaan.

Persidangan Dun Kelantan berlangsung selama empat hari bermula 29 Oktober lalu.

Sebelum ini, stesen radio tersebut juga menyiarkan tazkirah Menteri Besar Kelantan setiap hari Ahad mulai jam 2.10 hingga 3 petang waktu tempatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sidek berkata, RTA Sungai Padi akan menyiarkan tazkirah Ramadhan Menteri Besar Kelantan setiap hari selama sebulan mulai awal Ramadhan ini.

Katanya, siaran rakaman kuliah tersebut akan keudarakan mulai jam 4.30 hingga 5 petang waktu Malaysia (3.30 hingga 4 petang waktu Thailand).

"Setakat bacian secara rambang yang diadakan sebelum ini, pendengar radio RTA kini sudah mencecah kepada angka empat juta orang.

"Malah kami sering kali menerima panggilan telefon daripada pendengar di Gua Musang, Kuala Krai dan tempat-tempat lain di Kelantan untuk meminta diputarkan lagu-lagu tertentu," katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan rakyat Kelantan kini semakin meminati siaran radio RTA Sungai Padi.

Stesen radio RTA diwujudkan sejak 10 tahun lalu yang dikendalikan di bawah pengawasan pasukan keselamatan Thailand. Pengarahnya sekarang Mejar Partria Kasseem.

Selain Sidek terdapat tujuh lagi kakitangan lain termasuk juruhebah dan juruteknik.

Harakahdaily difahamkan, stesen berkenaan dijangka berpindah ke lokasi yang lebih hampir dengan sempadan Kelantan tidak lama lagi.

Ekoran dengan perpindahan itu, orang ramai di Kelantan dan Terengganu boleh mengikuti siaran radio tersebut dengan lebih jelas lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com