Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Dakwa dalang di sebalik penyelewengan PPRT

KOTA BHARU, 19 Nov (Hrkh) - Orang ramai di negeri ini berharap pihak berkuasa terutamanya Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis lebih telus menjalankan siasatan berhubung penyelewengan membabitkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Kata mereka, penyelewengan wang rakyat sehingga RM40 juta bukan perkara kecil dan ia perlu dipandang serius.

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mustafa berkata, penyelewengan pelaksanaan PPRT boleh dikesan di Kelantan.

Katanya, banyak projek yang dijayakan di atas nama PPRT tidak mencapai sasarannya sehingga orang miskin yang hendak dibantu tetap berada di tahap lama.

"Sekiranya PPRT diwujudkan berjalan mengikut perancangan sebenar, manfaatnya begitu besar sekali memandangkan peruntukan yang disalur kerajaan begitu banyak.

"Namun malangnya, pihak yang dipertanggungjawab mengendalikan skim tersebut menyalahgunakan peruntukan bagi kepentingan tertentu," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Azmi Khalid membuat laporan polis dan BPR berhubung penyelewengan membabitkan PPRT yang bernilai RM40 juta.

Menurut laporan media, penyelewengan tersebut dikesan di Kelantan dan Terengganu.

Projek PPRT yang dipertanggungjawab di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebelum ini diketuai bekas menterinya, Dato' Annuar Musa.

Bagaimanapun bekas menteri terbabit gagal mendapat kembali jawatan di kementerian berkenaan selepas kecundang pada pilihan raya umum lalu di kawasan parlimen Peringat.

Haji Mustafa tidak menolak kemungkinan peruntukan PPRT di Kelantan melalui beberapa projek sebelum ini turut terbabit dengan penyelewengan tersebut.

Projek PPRT yang dijalan membabit peruntukan agak besar di Kelantan iaitu penentasan ayam di Gading Galoh Kok Lanas dan ternakan ikan hiasan serta tanaman orkid di Bukit Sireh, Kuala Krai.

Harakahdaily difahamkan dua projek berkenaan yang membabitkan kos hampir RM20 juta tidak berjalan mengikut perancangannya, malah pihak pengurusan terpaksa menanggung kerugian besar.

Projek tersebut difahamkan dikendalikan di bawah Risda yang juga berada di bawah pengawasan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Malah, kerugian besar projek di Bukit Sireh turut dibangkitkan di Parlimen oleh anggota parlimen dari Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun akhir Oktober lalu.

Menurut Haji Abdul Fatah, projek ternakan ikan hiasan dan tanaman orkid di Bukit Sireh membabitkan kos RM15 juta.

"Projek tersebut bertujuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat termiskin, tetapi ia disalahgunakan untuk kepentingan bekas seorang menteri," katanya.

Projek berkenaan mendapat kerjasama pengusaha dari Jepun, yang turut membabitkan seramai 149 peserta.

Mengikut maklumat dari Kuala Lumpur, pekerja di kalangan pendatang asing yang bekerja di projek berkenaan dibayar gaji lebih mahal berbanding penduduk tempatan yang menjadi peserta PPRT.

Katanya, banyak unsur-unsur penyelewengan berlaku terhadap projek tersebut yang sehingga kini ternyata gagal mencapai matlamatnya.

Sementara itu, projek ternakan ayam telur di Gading Galoh membabitkan kos sebanyak RM5.69 juta yang melibatkan seramai 450 peserta.

Bagaimanapun difahamkan projek tersebut juga sehingga kini gagal.

Adun Guchil, Ustaz Zulkefli Yaakob berkata, penyiasatan sehingga ke akar umbi perlu dilakukan terhadap penyelewengan yang berlaku membabitkan projek terbabit.

"Wang rakyat digunakan begitu besar dan tidak boleh disenyapkan begitu sahaja, mereka yang didapati bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, isu PPRT di Kelantan menjadi medan perdebatan di antara dua tokoh Umno di sini.

Annuar dan bekas Ketua Bahagian Umno Kok Lanas, Dato' Abdullah Ahmad kini membuka medan perdebatan di akhbar mengenai isu penyelewengan PPRT.

Bagaimanapun isu itu kini menjadi semakin hangat dan cukup menarik apabila Annuar secara terang-terangan mengungkitkan cerita lama mengenai Abdullah sehingga menggelarkannya sebagai Dollah Kok Lanas.

Beberapa pemimpin Umno tempatan yang ditemui turut meminta pihak berkuasa menyiasat kes penyelewengan tersebut kerana apa yang dilakukan segelintir pemimpin mereka mencemarkan imej Umno Kelantan.

"Bawa mereka yang disyaki terbabit dengan penyelewengan ke muka pengadilan bagi membersihkan imej Umno yang sudah tercemar dengan isu tersebut," kata mereka.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com