Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PAS Kuantan siap sedia kemungkinan pilihan raya kecil

Oleh Basiron Wahab

KUANTAN, 20 Nov (Hrkh) - PAS Kawasan Kuantan kini bersiap sedia kemungkinan pilihan raya kecil kawasan Beserah sekalipun ura-ura perletakan jawatan Ahli Dewan Beserah, Dato' Fauzi Abdul Rahman sudah reda.

Yang Dipetua PAS Kuantan, Mohd Hashim Yahya berkata, jentera pilihan raya masih diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dato' Fauzi menggemparkan politik Pahang apabila menghantar surat kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub menyatakan hasratnya melepaskan jawatan Adun Beserah tidak lama dulu dan mendedahkan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Mohamad Khalil Yaakub.

Bagaimanapun, menteri besar di katakan enggan penerima perletakan jawatan Dato' Fauzi dan Lembaga Displin Umno Pusat telah menggantung keahlian enam orang ahli bahagian Kuantan tidak lama selepas itu.

Menurut Hashim, PAS Kuantan mengambil pendirian tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya berlaku pilihan raya kecil.

"Kita tidak akan sekali-kali memberi kemenangan percuma kepada BN, kita tetap akan menentang mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Kemiskinan Harakah dekat sini.

Beliau berkata, Umno Kuantan nampak kelihatan tenang selepas penggantungan enam ahlinya tetapi mereka yang digantung itu bukanlah sasaran sebenar Dato' Fauzi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com