Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Terengganu sedia RM194,035 untuk hadiah pelajar cemerlang

KEMAMAN, 20 Nov(Hrkh) - Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM194,035 kepada 2,482 pelajar yang menerima hadiah kecemerlangan dengan seorang daripadanya menerima hadiah pingat emas.

Menteri Besar, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Terengganu dan badan-badan berwajib akan meneruskan kesinambungan program seperti itu walaupun berhadapan dengan masalah kewangan yang terhad.

"Ini adalah sebagai satu suntikan semangat dan motivasi khususnya untuk para pelajar sekalian dalam meneruskan kesinambungan kejayaan dalam bidang akademik pada peringkat yang lebih tinggi," ujarnya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Kepada Pelajar-Pelajar Terengganu di Dewan Berlian Utama, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Ustaz Husain Awang.

Hadir sama ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Yusoff Tahir dan Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohd Mukhtar Ismail.

Katanya, walaupun jumlah itu berkurangan daripada tahun sebelumnya tetapi kerajaan negeri mengharapkan agar prestasi anak-anak Terengganu dalam bidang akademik akan terus mencapai peningkatan dari tahun ke tahun.

Beliau juga berkata, walaupun kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan tetapi akan mempertingkatkan bantuan biasiswa dan pinjaman dengan menubuhkan dana khas pendidikan.

"Kita perlu memahami bahawa pelaburan dalam bidang pendidikan ini merupakan saru pelaburan yang bersifat jangka panjang di samping perbelanjaan yang diperlukan adalah sangat besar," katanya.

Oleh itu, katanya sokongan daripada semua pihak adalah penting bagi memastikan kejayaan itu di samping memerlukan kesabaran dalam menilai hasil daripada pelaburan itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com