Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Isu rasuah MB: Ahli Umno sendiri beri maklumat

Oleh Mat Zahari Ali

KUALA LUMPUR , 20 Nov (Hrkh) - Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo yang didakwa membuat keputusan sendiri berhubung pemberian projek dan tanah menyebabkan beliau tidak disenangi oleh kakitangannya termasuk para exco.

Penerbit dan penulis bebas Ahmad Lutfi Othman yang membuat lapuran kepada BPR berhubung kes rasuah dan salahguna kuasa yang didakwa melibatkan Menteri Besar Selangor, berkata bukti penyelewengan Khir Toyo kebanyakannya diterima dari pelbagai pihak termasuk ahli politik Umno sendiri.

Menurut Ahmad Lutfi berdasarkan maklumat yang diperolehinya, Khir Toyo yang dilantik Menteri Besar Selangor sejak Ogos tahun lalu cuba menguatkan cengkaman dan pengaruh politiknya dikalangan orang politik sehingga membelakangkan pandangan 'orang lama' terutama dikalangan exco negeri dalam membuat sesuatu keputusan.

"Khir Toyo cuba membuat pendekatan baru bagi menguasai politik Selangor dengan menguasai dua bidang utama yang dianggap mampu memperkukuhkan kuasanya sebagai Menteri Besar."

"Kuasa kelulusan projek yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan pemberian tanah kebanyakannya dibuat keputusan oleh beliau (Khir) kerana bagi beliau dua bidang kuasa ini mampu 'menundukkan' ahli politik supaya menghormati beliau.". kata Ahmad Lutfi.

Menurut Ahmad Lutfi lagi media tempatan juga menggambarkan Menteri Besar Selangor itu sebagai pengarah syarikat yang membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada pihak lain.

Katanya, Menteri Besar itu juga menyedari bahawa beliau mempunyai ramai musuh politik disebabkan lantikan beliau sebagai menteri besar bukan berdasarkan pengalaman dan senioriti dalam politik tetapi dipilih oleh Perdana Menteri.

Justeru itu menurut Ahmad Lutfi, Khir Toyo perlu mencari jalan supaya ahli politik termasuk para exconya tunduk menghormati beliau.Tetapi tindakan Khir itu akhirnya memakan dirinya sendiri apabila ia didakwa sanggup menyalahguna kuasanya demi kepentingan survival politiknya.

Pada 23 oktober dan 8 November lalu, Ahmad Lutfi telah membuat lapuran rasmi kepada BPR terhadap beberapa dakwaan rasuah dan salah gunakuasa Menteri Besar Selangor yang melibatkan lebih RM 100 juta.

Selain itu Dalam sidang Dewan Negeri Selangor selama empat hari yang bermula 29 Oktober lalu isu dakwaan rasuah Menteri Besar Selangor itu turut dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang DUN Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com