Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Masyarakat Cina terima positif perjuangan PAS: Dato' Fadzil

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Lebih 40 anggota Dewan Perhimpunan Cina Selangor mengadakan perbincangan bersama Ketua Pembangkang, Dato' Fadzil Mohd Noor dan ahli parlimen Barisan Alternatif (BA) di Bangunan Parlimen, semalam.

Perbincangan lebih sejam itu berjalan dalam suasana mesra telah membangkitkan beberapa persoalan penting khususnya isu Negara Islam, pelajaran Cina dan penambahan sekolah rendah Cina serta kedudukan masyarakat bukan Islam dalam sesebuah negara Islam.

Dato' Fadzil ketika menjawab soalan salah seorang perwakilan berkata, PAS sebagai sebuah organisasi politik mempunyai cita-cita politiknya dan akan terus berjuang untuk mencapai cita-cita tersebut melalui demokrasi dan pilihan raya.

Katanya, rekod PAS sejak 1955 lagi terus menerus menyertai pilihan raya walaupun dalam penyertaan itu adakalanya PAS menang dan begitu disebaliknya.

"Dalam keadaan provokasi Umno dan BN seperti pengisytiharan Darurat di Kelantan pada tahun 1978 pun PAS masih lagi menyertai pilihan raya walaupun kemudiannya PAS kecundang selepas pengisytiharan Darurat yang sengaja diadakan untuk membolehkan Umno mengambil alih kuasa di Kelantan," katanya dalam pertemuan itu.

Mengenai Negara Islam, Dato Fadzil menegaskan, negara Islam yang dicita-citakan oleh PAS merangkumi nilai-nilai positif untuk menegakkan keadilan, telus, menentang kezaliman, rasuah, kronisme dan nepotisme.

Tambah beliau, rakyat bukan Islam juga diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka, tidak seperti gambaran buruk dengan melalui propaganda Umno untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap PAS.

"PAS memahami dalam masyarakat majmuk di Malaysia, undi bukan Islam sama pentingnya untuk membolehkan PAS berkuasa.

"Sama juga dengan DAP yang menganggap undi orang Islam penting bagi parti itu. Kita tidak mengabaikan para pengundi bukan Islam apabila kita menyertai pilihan raya untuk memerintah. Kita akan terus menerus menggunakan saluran demokrasi dan pilihan raya," katanya.

Tambah beliau seterusnya, para pengundi bukan Islam boleh membuat ukuran melalui perlaksananan kebebasan dan hak asasi manusia seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Jelasnya, dua negeri berkenaan di bawah pemerintahan PAS tidak pernah mendiskriminasikan rakyat, sama ada Islam atau bukan Islam.

"Negara Islam yang kita mahu ialah berasaskan keadilan bukan kezaliman.

"Persoalan sama ada model negara Islam seperti Taliban atau Iran, kita ingin menegaskan, situasi kedua-dua negara berkenaan berbeza sama sekali dengan Malaysia.

"Kita akan terus menyertai pilihan raya dan berada di bawah sistem demokrasi dan negara Islam yang kita cita-citakan berasaskan keadilan dan memperjuangkan hak asasi manusia," tambahnya.

Tegasnya, PAS tidak akan berundur untuk mendapat kuasa melalui demokrasi dan pilihan raya.

Menjawab persoalan sama ada PAS akan menjadi lebih radikal jika melalui gagal berkuasa melalui pilihan raya PAS, Dato' Fadzil menjelaskan, saluran yang diguna pakai oleh PAS melalui pilihan raya, demokrasi dan bukan cara lain.

"Dengan itu PAS akan terus berjuang untuk mencapai cita-cita politiknya. Rekod PAS mengenai perkara itu bercakap lebih nyaring dari segala-galanya," katanya.

Seorang anggota perwakilan diakhir perbincangan itu memberi komen positif tentang penjelasan Dato' Fadzil terutama mengenai Negara Islam dan mengatakan penjelasan PAS memuaskan dan memadai.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com