Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ramadhan: Kakitangan kerajaan negeri pulang awal

KOTA BHARU, 21 Nov (Hrkh) - Kakitangan kerajaan Kelantan berpeluang pulang lebih awal sempena bulan Ramadhan sekarang. Mereka balik jam 3.45 petang iaitu sejam lebih awal berbanding waktu kerja pada bulan lain.

Hari Khamis pula waktu kerja setakat jam 3.30 petang. Ini bermakna mereka pulang lebih awal berbanding kakitangan kerajaan Pusat pada hari Ahad hingga Rabu.

Kesempatan pulang awal diberi kerajaan negeri sejak PAS mentadbir Kelantan 10 tahun lalu bagi membolehkan mereka membuat persediaan untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan berpeluang meningkatkan amalan harian.

Manakala pada waktu tengahari mereka meneruskan kerja seperti biasa kecuali bagi menunaikan solat.

Seorang pegawai di unit penerbitan kerajaan negeri, Wan Abdul Aziz Wan Mahmud berkata, peluang pulang awal dari pejabat membolehkan kakitangan kerajaan negeri melakukan banyak aktiviti lain.

Katanya, bagi kakitangan perempuan mereka berpeluang untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan membeli segala keperluan harian lebih awal.

Penyediaan juadah berbuka dengan memasak sendiri untuk keluarga secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan dapur. Lebih-lebih lagi kenaikan harga barangan keperluan yang semakin meningkat sekarang.

Manakala kakitangan lelaki berkesempatan untuk menunaikan solat Asar di masjid atau surau berdekatan rumah masing-masing. "Malah peluang untuk meningkatkan amal ibadat dengan bertadarus pun boleh dilakukan dan tidak timbul lagi masalah kesuntukan masa," katanya.

Menurutnya, usaha yang dilakukan kerajaan Kelantan sepatutnya menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain, kerana ia ternyata memberi banyak manfaat kepada kakitangannya.

Beliau juga percaya lambat laun, usaha yang dirintiskan kerajaan Kelantan akan menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain selepas ini.

Menurutnya, sebelum ini, keputusan kerajaan negeri memberi cuti bersalin 60 hari dan cuti dua hari seminggu menjadi ikutan kepada kerajaan Pusat.

Bagaimanapun cuti dua hari seminggu tidak dikuatkuasa sepenuhnya. Kerajaan Pusat setakat ini hanya memberi cuti dua hari seminggu dua kali sebulan iaitu minggu pertama dan ketiga.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com