Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pemain, jurulatih dihadiah lot tapak rumah

KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Terengganu menghadiahkan satu lot tanah tapak rumah kediaman kepada pemain-pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Piala Malaysia negeri yang telah memenangi piala itu pada 3 November lalu.

Menteri Besar, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang berkata, keputusan menghadiahkan tanah di daerah Kuala Terengganu itu dibuat dalam mesyuarat Exco.

Beliau menyatakan demikian kepada para pemberita selepas mesyuarat Exco, semalam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Haji Muhyidin Abdul Rashid menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri itu.

Katanya, pemberian tanah adalah kekal kepada mereka berbanding ganjaran wang ringgit yang hanya bersifat sementara.

"Kami berharap dengan pemberian tanah ini tidak akan timbul lagi berbagai andaian negatif berikutan kejayaan pasukan bola sepak negeri memenangi Piala Malaysia, baru-baru ini," ujarnya ketika dihubungi di Parlimen, petang ini.

Sebelum ini, beliau pernah mencadangkan kepada kerajaan negeri agar mengurniakan tanah tempat kediaman dan pertanian kepada para pemain bola sepak berikutan kejayaan tersebut.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com