Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Burqa tetap pilihan wanita Afghanistan

PESHAWAR, 23 Nov (Hrkh) - Sebahagian besar wanita Afghanistan dan Pakistan tetap memakai burqa (pakaian menutup muka) ketika berada di luar, berlawanan daripada dakwaan media Barat kononnya semakin ramai wanita mendedahkan aurat.

Menurut penduduk di sini, perkara itu (tidak memakai burqa) bukanlah suatu isu tetapi sengaja digembar-gemburkan untuk memburukkan imej Islam.

Menurut mereka soal aurat sudah jelas dalam al-Quran dan hadis, manakala pihak yang sengaja mahu menarik perhatian dunia dalam permasalahan itu membabitkan segelintir saja rakyat Afghanistan.

Mereka turut menyelar Persatuan Revolusi Wanita Afghanistan (Rawa) yang memperjuangkan apa yang mereka dakwa 'pembebasan wanita'.

Menurut mereka Rawa adalah sebuah pertubuhan membabitkan golongan elit dan disertai segelintir wanita Afghanistan yang 'hati mereka terpesona dengan budaya Barat'.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Luar Jamaat-e-Islami, M Ayub Munir, berkata mendedahkan aurat bukan bermakna pembebasan wanita.

Pandangan beliau turut dikongsi seorang pegawai kerajaan, Salahud-Din, 40. Beliau berkata kuasa Barat (terutama media) sudah bertindak terlalu angkuh mengkotak-katikkan umat dan negara Islam.

Salahud-Din berkata sudah sampai masanya umat Islam muhasabah diri bagi menghadapi cabaran lebih hebat pada masa depan.

Tinjauan di kem-kem pelarian seperti di Jalozai menunjukkan wanita Afghanistan tetap memakai burqa walaupun ada antara burqa berkenaan kelihatan terlalu buruk.

Berdasarkan tinjauan pendapat dan senario di kem pelarian di sini, pelarian Afghanistan kelihatan tidak berminat dengan pakaian terpakai yang dihantar dari luar.

Pelarian lebih selesa dengan pakaian kebangsaan mereka.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com