Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pelajar pro Islam menang di kampus utama

Oleh Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 27 Nov (hrkh)- Pilihanraya kampus yang berlangsung semalam telah memperlihatkan kepimpinan mahasiswa di kampues-kampus utama negara terus di tangan para pelajar pro-Islam.

Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya mengekalkan kepimpinan mahasiswa sedia ada untuk terus kekal di kampus masing-masing.

Dimaklumkan juga, pelajar pro Islam juga menang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tetapi ianya belum disahkan.

Hanya pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dikawal ketat oleh pemimpin pro-kerajaan dimenangi oleh pelajar pro-BN.

Pilihan raya kampus tahun ini berjalan dalam suasana penuh kawalan ketat dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Kementerian Pendidikan.

Pelbagai syarat baru dikenakan ke atas pelajar dalam pilihan raya kampus kali ini kononnya untuk mengurangkan penglibatan pelajar dalam politik kampus bagi membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam kenyataan akhbarnya menyifatkan peraturan yang dibuat itu untuk kepentingn golongan tertentu yang merasakan kehilangan golongan pelajar kepada mereka.

Ia dibuat setelah merasai kedudukan mereka telah tergugat, kata Mohd Zaidi Awang Presiden PKPIM.

Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM Abdullah Karim, pula berkata, pihak universiti mengeluarkan syarat-syarat baru untuk pilihanraya kali ini.

Ini termasuklah bilangan kerusi dibuat mengikut pelajar iaitu jumlah pelajar lebih seribu satu fakulti hendaklah mewakilkan tiga kerusi, 500 hingga 1000 kerusi diwakili 3 kerusi manakala 500 pelajar ke bawah diwakilkan satu kerusi sahaja.

Katanya juga bagi kerusi yang ada hendaklah ditandingi dengan pelajar tahun satu sahaja dan pengundi juga di kalangan tahun satu juga.

Bagi peringkat umum pula katanya, mana-mana pelajar tanpa mengira tahun pengajian dibolehkan bertanding bagi setiap pengundi dan hanya boleh memangkah sembilan calon sahaja.

Ujarnya juga, pada tahun ini berlaku perubahan ketara kerusi tetap sembilan tetapi dipecahkan mengikut tahun pengajian.

"Alhamdulillah walaupun pihak universiti buat banyak syarat untuk pilihanraya kali ini, namun kita berjaya mengekalkan kepimpinan sekarang," katanya yang turut menang dalam pilihanraya tersebut.

Menurutnya, mahasiswa Islam berjaya memenangi 31 kerusi daripada 33 kerusi yang dipertandingkan malah enam di antaranya menang tanpa bertanding.

Sementara itu, menurut pelajar UPM, Rushdan Rusli pilihanraya di UPM berjalan lancar namun terdapat ura-ura mengatakan keputusan pilihanraya kali ini tidak telus.

"Mungkin ada bantahan pada hari ini dengan pihak Hal Ehwal Pelajar, malah hari ini sahaja dibuka untuk bantahan," katanya.

Menurutnya juga, pada kali ini memperlihatkan pelajar perempuan lebih ramai turun mengundi dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelajar berbanding pelajar lelaki.

"Pada pilihanraya ini pelajar diarahkan membuang undi di fakulti masing-masing tidak seperti tahun-tahun sudah yang mana pelajar mengundi di dewan besar," terangnya.

Kata Rushdan lagi, calon wanita paling banyak menang dalam pilihanraya ini. Kerslinda Muslimin iaitu calon bebas dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menjadi pelajar yang banyak mendapat undi kali ini.

Menurut salah seorang lagi pelajar dari USM, Faisal Ismail, pilihanraya peringkat umum dimenangi oleh mahasiswa yang pro-Islam. Hanya lima kerusi yang kalah iaitu di bahagian fakulti.

Namun, ujarnya keseluruhan pilihanraya ini dimenangi oleh kepimpinan yang lama iaitu di kalangan mahasiswa pro-Islam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com