Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


JKKK kutip tol jalan kampung

Oleh Mohd Sabri Said

PERAI, 29 Nov (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di tiga buah kampung iaitu Kampung Jawa, Kampung Telok dan Kampung Setol, di sini, bertanggungjawab mengenakan tol kepada pengguna jalan pintas dari kampung berkenaan ke Taman Perai sebagaimana yang di catatkan dalam minit mesyuarat JKKK pada 30 Oktober lepas yang diadakan di Dewan Kelas Fardhu Ain, Kampung Jawa.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Abdul Rahman Kadir, ketika meminta penjelasan daripada Timbalan Ketua Menteri, Dato' Dr Helmi Yahaya, menambah, tidak guna Pengerusi JKKK meminta Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah Seberang Tengah (SPT) supaya menjalankan siasatan.

Minit tersebut menyebut dalam agenda ke enam bahawa pengerusi mencadangkan supaya kutipan derma daripada pengguna motosikal dikenakan RM10.00 untuk seumur hidup, RM5.00 setahun (akan dikutip kali kedua) dan RM3.00 untuk enam bulan (akan dikutip kali kedua).

Kutipan itu dikatakan dibuat bagi mengisi tabung aktiviti JKKK. Menurut Abdul Rahman lagi, tidak lojik mereka mengenakan tol di jalan kampung yang digunakan oleh semua penduduk sebagai jalan utama dan pintas bagi mereka dari Kampung Jawa ke Taman Perai.

"Mana boleh jalan yang digunakan oleh masyarakat dijadikan aset untuk kepentingan JKKK, " tegasnya. Bukan sahaja pihak pembangkang membangkitkan isu ini bahkan Adun BN Seberang Jaya, Dr Radin Muhd Amin Radin Haji Hadi Munir, turut membantah.

Beliau bersetuju jalan itu diperbaiki untuk kemudahan orang ramai yang lalu lalang. "Saya sendiri tidak bersetuju JKKK di kawasan terbabit mengenakan tol kepada motosikal, sebaliknya jalan itu hendaklah diperbaiki untuk keselesaan umum, " ujarnya.

Isu tersebut menjadi hangat apabila pengguna jalan berkenaan hairan dengan rancangan JKKK yang mengutip tol menerusi satu risalah yang diedarkan kepada semua penunggang motosikal yang melalui jalan itu baru-baru ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com