Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pak Lah enggan jawab soalan 'geran Kelantan'

PENGKALAN CHEPA, 29 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengelakkan menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan mengenai pembayaran geran kepada kerajaan Kelantan ketika berkunjung ke sini, iaitu pada petang 27 November.

Soalan tersebut diajukan wartawan ketika sidang akhbar di Masjid Taman Uda Murni selepas beliau menyampaikan bantuan zakat kepada penyokong Umno dari beberapa bahagian Umno di Kelantan.

Kerajaan Kelantan sehingga akhir Oktober lalu hanya menerima sebanyak RM20.8 juta geran keseimbangan 2001 daripada kerajaan Pusat sedangkan jumlah keseluruhannya yang perlu dibayar kepada kerajaan Kelantan tahun ini adalah sebanyak RM120 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Wilayah, Saudara Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata bahawa tahun ini akan berakhir sebulan sahaja lagi, sedangkan geran keseimbangan yang menjadi milik kerajaan negeri belum diterima sepenuhnya," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar kerajaan Pusat tidak mempolitikkan perkara yang berkait dengan keperluan rakyat.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam sidang akhbar yang mengambil masa beberapa minit itu, dijawab sambil lewa oleh Timbalan Perdana Menteri tanpa memberikan ulasan lanjut.

Hal yang demikian menyebabkab para wartawan yang hadir kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut kerana jawapan yang diberikan lebih merupakan ulangan kepada perkara yang pernah disebutkan di tempat-tempat lain sebelum ini.

Isu yang menjadi fokus pada sidang akhbar tersebut hanya berkaitan dengan penghantaran pulang bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao, iaitu Nur Misuari.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com