Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Wartawan Harakah dikepung di sempadan Afghanistan

TORKHAM (Sempadan Pakistan-Afghanistan), 29 Nov (Hrkh) - Selepas dua hari berhempas-pulas berusaha mendapatkan dokumen selayaknya, akhirnya wartawan dan jurugambar Harakah, berjaya memasuki Khyber Agency (wilayah suku kaum) seterusnya untuk ke Afghanistan.

Dokumen untuk memasuki Khyber Agency diperlukan daripada Pejabat Penerangan Wilayah, Jabatan Penerangan Akhbar seterusnya Jabatan Hal Ehwal Suku Kaum dan Kementerian Dalam Negeri di Peshawar.

Dalam perjalanan dari bandar Jamrud di sempadan Peshawar/Khyber Agency ke Torkham, wartawan Harakah dikehendaki menggunakan seorang juruiring bersenjata.

Terdapat banyak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pemuda suku kaum yang bersenjata malah pada suatu ketika mereka merintangkan sebuah lori besar di tengah-tengah jalan bagi menghalang perjalanan kenderaan.

Di Torkham, jurugambar dilarang merakam keadaan di sana. Kelihatan beratus-ratus rakyat Afghanistan memegang pagar, merayu untuk memasuki wilayah Pakistan.

Bagaimanapun, pegawai Pakistan tidak menghiraukan mereka dan hanya membenarkan lori kosong dari Afghanistan melepasi pintu masuk sempadan.

Kelihatan banyak lori penuh muatan bergerak di Kyber Pass untuk ke Afghanistan. Harakah difahamkan lori berkenaan membawa bahan makanan untuk dibawa ke Kabul.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang disewa wartawan Harakah dikepung oleh sekumpulan kira-kira 10 orang pemuda suku kaum sebaik saja meninggalkan pintu sempadan Torkham.

Mereka mengugut pemandu dan juruiring tetapi selepas diberikan sejumlah wang barulah mereka beredar.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com