Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Misuari

Entah mengapa, ambo merasakan bahawa isu di sekitar Misuari ini merupakan satu konspirasi oleh puak Aroyyo.

Pertama, tampak seperti media tidak begitu berminat untuk mengupas punca secara mendalam dan terperinci mengapa boleh terjadi serangan dan pembunuhan di Mindanao sana. Dikatakan bahawa Misuari memulakan serangan ke atas pos tentera Filipina kerana tidak puas hati dengan Aroyyo yang mengenepikan beliau dari senarai calon pilihanraya. Aroyyo pula lebih sukakan saingan Misuari untuk jawatan Gabenor itu.

Kalau begitu, Aroyyolah yang bersalah. Mengapa pula hendak menyibuk menentukan siapakah calon yang layak jadi Gabenor di kawasan autonomi orang Islam?

Walaubagaimanapun, dan siapa yang bersalah dalam isu ini tidaklah penting. Kerana yang lebih penting ialah survival puak MILF pimpinan Ustaz Hashim Salamat. Inilah puak yang tetap bertegas memperjuangkan kemerdekaan penuh Mindanao yang telah dikhianati oleh Misuari yang lebih rela dengan satu pemerintahan autonomi.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Aroyyo telah mula memainkan jarum halusnya untuk memusnahkan kekuatan sebenar umat Islam di Filipina iaitulah MILF dan bukannya MNLF. Mengapa isu ini hanya meletus setelah USA menghantar gerombolan penasihat mereka ke Filipina selepas 11 September dengan alasan hendak membantu Filipina menghancurkan terorisme?

Aroyyo dengan berpandukan nasihat pakar USA itu cuba untuk memperalatkan MNLF untuk sampai kepada MILF. Lalu dicetuskan sedikit peristiwa kecil yang tiba-tiba boleh membuatkan Misuari lari lintang-pukang ke Malaysia. Eh..kata terror sangat, bagaimana dengan perkara sekecil ini seorang General boleh cabut lari ke luar negara...pelik juga.

Misuari boleh diperalatkan sebagaimana Arafat untuk sampai kepada Hamas dan Jihad Islami. Mereka mengharapkan dengan isu ini, MILF mungkin akan bersimpati dengan Misuari dan melibatkan diri secara langsung dalam peperangan dengan Manila. Dengan cara itu, Manila akan mempunyai justifikasi untuk menghancurkan MILF sebagaimana USA menghancurkan umat Islam di Afghanistan.

Apa yang menjadikan peristiwa ini agak pelik ialah 'timing' kesemua ini boleh berlaku. Mula-mula kehadiran penasihat tentera USA di Manila, kemudian selepas beberapa hari berlaku kacau-bilau sehingga membuatkan Misuari cabut lari. Dan kini sudah ada ura-ura MILF pula mahu diprovok untuk mempertahankan 'saudara' mereka yang sebenarnya adalah pengkhianat perjuangan kemerdekaan umat Islam Mindanao.

Mengenai tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak memberikan suaka politik untuk Misuari bahkan menghantarnya pulang ke pangkuan Manila memang sudah boleh diduga... standardlah tu dengan tahap mentaliti berpolitik dan maruah sebuah Negara Islam Mahathir ini. Pejuang Polo masuk ke sini, dihantarnya pulang. Pejuang Aceh masuk ke sini, dihantarnya pulang juga sehingga dibunuh oleh kerajaan Indonesia. Apa nak diharap sangat dengan kehadiran dan penghantaran pulang Misuari ini. Nasib engkaulah Misuari oi. Siapa suruh lari ke Malaysia ni. Dah tau UMNO punya cara macam tu, kau datang juga.

Sebuah Negara Islam seharusnya mementingkan keselamatan umat Islam tidak kira dari mana ia datang. Kalau dia cuba melarikan diri dari penindasan sebuah kerajaan kafir, kamu kenalah melindungi dia, bangang oi! Ini tidak...terus sahaja mahu diserahkan kepada si kafir itu untuk disembelihkan... kononnya setia dengan perjanjian entah apa nama. Dan sekarang bertungkus-lumus mengarang artikel dalam media untuk menjustifikasikan perbuatan khianat kamu kepada sesama Muslim, takut dikatakan rakyat bahawa kamu itu sebagai tidak bersimpati kepada sesama saudara.

Bab khianat UMNO ini kepada saudara seagama sudah malas lah nak disebut lagi. Tak pelik lagi dah.

Salam,

HC






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com