Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PASTI : PAS Bukan "above the law"

- UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA -

ISU PENUTUPAN PASTI : PAS BUKAN “ABOVE THE LAW”

Arahan untuk menutup PASTI oleh JAIS sememangnya satu tindakan politik yang bertujuan untuk menyekat pengaruh PAS.

Walau bagaimanapun PAS sepatutnya lebih bijak dengan mencium bahawa JAIS akan melakukan sesuatu sebelum mereka benar-benar bertindak.

Sejak bulan Oktober lagi bangunan-bangunan baru bagi tadika-tadika KEMAS telah mula dibina di seluruh negeri Selangor. Padang-padang permainan dan kawasan-kawasan lanskap telah dikorbankan untuk membina bangunan-bangunan itu.

Jelas sekali kerajaan BN berhasrat untuk menutup PASTI dan menarik masyarakat kepada tadika-tadika mereka. Persoalannya mengapakah pihak yang bertanggung-jawab tidak dapat membaca akan perancangan BN ini ?

Tetapi undang-undang di Malaysia adalah buatan manusia dan boleh dielak tanpa dilanggar.

Kenapa tidak didaftarkan sahaja seperti tadika-tadika swasta yang beribu-ribu wujud di negara kita ? Kenapa tidak dilakukan sebelum arahan dari JAIS itu ?

Ribuan pengusaha tadika-tadika swasta telah terpaksa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh sama ada penguasa tempatan atau pihak-pihak yang berwajib agar tadika-tadika mereka dapat beroperasi.

Mereka terpaksa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak bomba dan penguasa-penguasa tempatan agar tadika mereka diklasifikasikan sebagai selamat.

Mereka terpaksa membeli pemadam-pemadam api untuk digantung di tadika-tadika mereka. Malah terdapat yang melakukan pengubahsuaian seperti menambah pintu dan tangga tambahan.

Kesemua ini bukan di atas sebab-sebab politik tetapi di atas sebab-sebab keselamatan.

Maka natijahnya tidak ada pihak yang mempunyai sebab untuk menutup tadika-tadika ini.

Jika tadika-tadika swasta perlu mematuhi peraturan maka mengapakah PASTI-PASTI perlu dikecualikan ?

Hanyalah jika segala peraturan dan undang-undang telah dipatuhi tetapi masih ditolak pendaftarannya maka barulah boleh dikatakan kezaliman dan penindasan telah berlaku sepertimana ceramah-ceramah PAS di mana segala peraturan telah dipatuhi tetapi tetap tidak berikan permit.

Malang sekali terdapat di dalam PAS mereka yang menganggap kesemua undang-undang dan peraturan di Malaysia ini sebagai undang-undang taghut dan tidak perlu dipatuhi. Malah ada yang begitu “extreme” sehingga berpendapat tidak perlu membayar cukai jalan.

Oleh itu adakah kerana ianya program Parti maka PASTI itu terkecuali dari undang-undang ? Adakah PAS “above the law” ?

Kalau begitu oleh kerana program-program ekonomi itu sebahagian dari program Parti maka tidak perlu lesen jika PAS hendak memulakan perniagaan.

Atau oleh kerana berdakwah itu sebahagian dari program Parti maka tidak perlu lesen memandu untuk memandu ke mana-mana untuk pergi berdakwah.

Bunyinya macam lawak jenaka bukan ? Tetapi itulah pandangan umum terutamanya “orang-orang atas pagar” apabila PAS berkata mereka berhak membuka PASTI tanpa mematuhi arahan pihak berkuasa oleh kerana ianya salah satu dari program Parti.

Mungkin saya dangkal berpolitik tetapi saya rasa ianya bukan satu imej yang baik bagi sebuah Parti yang berhasrat untuk memerintah dalam tahun 2004.

ISKANDAR A. SAMAD
iskandar_samad@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com