Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Serangan Media Cetak dan Internet Terhadap keADILan

Perancangan musuh keADILan begitu tersohor hari ini. Dengan mengeluarkan lapuran fitnah dalam Malaysiakini yang menyatakan Sdr.Roslan Kasim memberikan kenyataan bahawa Prof.Chandra akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden adalah fitnah semata-mata. Dan beberapa artikel adu-domba dalam laman Malaysiakini serta laman pro-reformasi telah menyerlahkan lagi niat buruk musuh keADILan agar ahli-ahli parti bercakaran sesama sendiri. Sehingga hari ini rumour mengatakan YB Azmin Ali akan menentang YB Datin Seri Dr. Wan Azizah untuk jawatan Presiden, dan beberapa perancangan menjatuhkan maruah beberapa orang pemimpin keADILan. Hasil siasatan unit psywar keADILan, Orang dari Parti UMNO dan Kompenan BN adalah dalang utama dalam segala konflik ini. Dasar politik adu-domba amalan UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.

Malaysiakini juga dijadikan mangsa oleh UMNO, mereka telah diberi kata dua…. Untuk terus beroperasi, mereka perlu mengikut segala arahan UMNO dan KDN. UMNO-ONLINE berpura-pura tidak tahu dan lansung tidak menyiarkan artikel melaga-lagakan ahli keADILan.

Utusan Meloya dan Berita Hairan juga memainkan peranan penting untuk memastikan rakyat dipengaruhi, supaya menilai dan melebelkan keADILan bakal menjadi S46. Budaya UMNO akan terus diserap dalam keADILan supaya ia terus berkecamuk dan berantakkan.

Musuh-musuh politik keADILan sudah tidak tahan dengan kekuatan keADILan yang berjaya mencorakkan suasana politik di Malaysia….dengan corak yang lebih versatile dan penuh harmoni dengan pendekatan baru serta cara berpolitik lebih professional dalam memberikan pendidikan ilmu serta celik politik kepada rakyat marhaen. Kita lihat macam mana isu Mohd. Sudin budak hingus proxy UMNO dalam Pemuda keADILan memainkan peranannya merosakkan keADILan dari peringkat dalaman, dia sentiasa membocorkan rahsia gerakan pemuda keADILan dan Pusat serta menjadi dalang adu-domba untuk melaga-laga pimpinan pemuda.

Beberapa ahli keADILan juga kini telah termakan budi sogokan proxy UMNO ini, dan ahli keADILan jenis ini juga telah menjadi duri dalam daging terhadap YB Datin Seri Dr. Wan Azizah …. Mereka-mereka ini begitu lemah lembut dihadapan YB Presiden, tapi yang sebenarnya agenda UMNO sedang mereka rancangkan didalam keADILan. Telah ramai pendokong keADILan terkorban akibat permainan kotor ahli keADILan yang ditaja oleh UMNO ini.

Buat seluruh pendokong keADILan dan BA, kalian perlu berhati-hati dengan musang berbulu ayam…..musang-musang ini sentiasa berhampiran dengan anda, mereka akan menjadi kawan makan kawan…percayalah keikhlasan serta kebijaksanaan ahli keADILan dan BA segala permasalahan ini akan dapat di atasi.

Percayalah pengorbanan serta keimanan akan mengatasi segala-galanya. Kemenangan yang penuh bermaruah akan dikecapi oleh keADILan. Biarkan musuh-musuh BA terjun dengan labu-labunya….mereka kini berada diambang kiamat…tunggulah hukum karma dari Allah swt.

Reformasi…Reformasi….Reformasi….Allah Hu Akbar….Allah Hu Akbar…..Allah Hu Akbar.

Rakyat Di Jajah UMCINO@BN (RDJU) - 30/10/2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com