Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Masalah pilihan raya 5 tahun sekali

assalamualaikum,

Saya telah mendengar jawapan mengenai hukum pilihanraya dan didalam buku fatwa masakini jilid 7&8 Prof Dr Yusof Qardawi pun ada menyatakan tentang pilihanraya dan berparti politik. Daripada penelitian saya untuk membentuk negara islam di malaysia secara aman maka kita perlu melalui sistem pilihanraya. Maka kita sebagai orang islam perlu menyokong parti yang mahu melaksanakan syariat islam. Apa yang menjadi persoalan kepada saya apakah benar dan betul kaedah pilihanraya yang diamalkan oleh kerajaan malaysia hari ini iaitu kita terpaksa menunggu 5 tahun sekali. Ini bermakna untuk menubuhkan kerajaan islam pada hari ini peluangnya terbuka 5 tahun sekali. Dan kerajaan islam itu juga boleh tumbang dengan mudahnya hanya melalui suara majoriti. Maka untuk membentuk satu tamadun islam di Malaysia peluangnya hanya ada 5 tahun sekali. Jika kerajaan yang ada sekarang mengubah kepada 10 tahun sekali maka adalah terlalu lambat sekali untuk menunggu menubuhkan kerajaan islam dimalaysia.! Apa yang saya katakan ini semuanya boleh berlaku jika dilihat pada situasi semasa akhir2 ini. Soalan saya:

1. Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam perlu kepada suara majoriti?

2. Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun iaitu pilihanraya maka jika diubah waktu kepada 10 tahun peluang menubuhkan kerajaan islam di Msia nampaknya begitu sukar? sekian terima kasih

Kapt Tudm

-------------------------------------------------------

Jawab

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Pemerintahan adalah urusan yang paling besar umat Islam. Suatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh dan enteng.

Kata Ibnu Taimiyah:
"Wajib diketahui bahawa urusan kekuasan manusia adalah kewajipan agama yang paling besar, malahan tidak dapat tertegak agama melainkan dengannya. Maka sesungguhnya anak Adam itu tidak akan sempurna maslahatnya kecuali dengan bermasyarakat kerana sebahagian memerlukan sebahagian yang lain. Ketika bermasyarakat itu, tidak boleh tidak mestilah mempunyai ketua. Sehingga Nabi s.a.w. telah bersabda: "Apabila kamu keluar tiga orang bermusafir, kamu lantiklah salah seorang sebagai ketua." (HR Abu Daud dari Hadis Abu Sa'fid dan Abu Hurairah).

Manakala imam al-Ghazali berkata:
"Agama itu sendir. Penguasa itu pengawal. Sesuatu yang tidak bersendi akan hancur dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan sia-sia."

Ibnu Hazmin berkata:
"Telah muafakat seluruh Sunni, semua Murji'fah, semua Syiah, semua Khawarij atas wajib adanya imamah. Dan bahawa umat Islam wajib berada di bawah pimpinan imam yang adil yang akan ditegakkan hukum-hakam Allah di dalamnya serta mengatur mereka dengan hukum-hakam berkenaan dengan apa yang telah didatangkan oleh Nabi s.a.w. Yang terkecuali dari kemuafakatan ini ialah golongan Najdah'c."

Amat dikesalkan sekali kerana masih ramai umat Islam di negara kita yang masih keliru dengan persoalan menegakkan negara Islam. Sebahagiannya masih berfikir ia hanyalah soal-soal dunia yang tidak ada kena mengena dengan kehidupan beragama mereka. Sebahagiannya enggan turun mengundi kerana katanya `tidak sunnah'. Sebahagian yang lain, pergi mengundi tetapi masih tidak dapat melakukan pilihan yang tepat siapakah yang layak dipilih untuk dijadikan pemimpin menguruskan permasalahan umat Islam.

Para ulamak dan umat Islam yang insaf akan perkara ini perlu bekerja lebih kuat lagi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruhnya.

-----------------

Jumhur ulamak Islam mengharamkan langkah kekerasan (spt. revolusi dsbnya) sekalipun terhadap pemerintah yang zalim dan fasiq. Kerana ia akan berakibat jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika berjaya tindakan itu, akan memakan korban, jika gagal, memang sudah semestinya lebih banyak korban lagi.

Terbabit dalam pilihanraya ala barat oleh parti Islam bukan bermakna mereka beriman dengan demokrasi secara total. Ia hanya digunakan sebagai wasilah untuk menegakkan negara Islam. Dan, ia bukannya satu- satu wasilah ke arah itu, namun dalam keadaan umat Islam dihimpit dari seluruh pihak oleh sistem sekular, maka terbabit dalam pilihanraya adalah antara jalan yang terbaik. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam Malaysia khususnya untuk memberikan dokongan kepada parti Islam. Paling lekehpun, `lebih baik daripada mendokong parti sekular..if (Hukumnya telahpun dibahas oleh para ulamak kini termasuk al-Qardhawi)

Pada zaman ini, sebuah parti Islam tidaklah bergerak hanya semata- mata sebagai sebuah parti politik sahaja. Bahkan ia mestilah bergerak sebagai sebuah harakah islamiyah. Jika hanya semata-mata sebuah parti politik sahaja (lebih-lebih lagi jika pembangkang), maka tumpuannya hanyalah 5 tahun sekali pilihanraya. Aspek-aspek lain diabaikan, seperti pendidikan, tarbiyah, ekonomi, dakwah, kebajikan umat dll.

Tidak selamanya parti Islam dibenarkan untuk menyertai pilihanraya oleh rejim yang berkuasa. Adakalanya ia disekat. Dan, apakah ketika itu sudah terhenti segala usaha dan harapan untuk menegakkan negara Islam? Sudah tentu tidak, kerana kerja pendaulatan syariah Islam adalah satu usaha yang mesti berjalan secara berterusan, sesuai dengan semangat amar makruf nahi munkar. Terlalu banyak lagi usaha- usaha dan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan (walaupun ia bukan yang terbaik). Jika pilihanraya dihalang, maka itu bermakna salah satu dari wasilah telah hilang, bukan segala-galanya telah hilang.

Contoh lain, jika setiap kali pilihanraya yang dijalankan secara tidak adil dan terdapat unsur-unsur penipuan, para ulamak ketika itu bolehlah berijtihad untuk menentukan apakah perlu terbabit dalam pilihanraya? Masalah ini bukan melibatkan soal halal dan haram, tetapi masalah yang baik dan yang terbaik. Apabila ulamak mengeluarkan kenyataan tertentu, umat Islam wajar mematuhinya.

----------

Soal: Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun iaitu pilihanraya maka jika diubah waktu kepada 10 tahun peluang menubuhkan kerajaan islam di Msia nampaknya begitu sukar?

Jawab: Apabila kita mengubah hala fikir kita dengan berpegang kepada prinsip:

1 . Parti Islam bukan semata-mata parti politik, tetapi ia adalah sebuah gerakan Islam.

2 . Pilihanraya adalah satu wasilah yang terbaik dalam keadaan yang melanda umat Islam sekarang ini ke arah menegakkan negara Islam.

3 . Usaha menegakkan negara Islam adalah satu usaha yang berterusan. -> maka kecelaruan ini akan selesai.

Baiklah.. Jika kita terima bahawa pilihanraya sebagai salah satu dari wasilah, dan terpaksa menunggu 5 tahun sekalic Untuk menunggu tempoh berkenaan, terlalu banyak kerja yang mesti dilakukan. Untuk membolehkan rakyat memilih parti islam sebagai pemerintah mereka, bukan dapat dilakukan secara tiba-tiba. Lihat sahaja latarbelakang sejarah umat Islam modern, bermula dari era sekularisasi Ataturk. Rakyat perlu ditarbiyah, dihilangkan pemikiran-pemikiran pro-sekular dan kejahilan mereka.

--------------

Soal: Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun? Jawab: Kalaulah kita boleh melakukannya dalam tempoh beberapa jamc

Soal: Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam perlu kepada suara majoriti?

Jawab: Kalaulah kita boleh menubuhkannya dengan suara seorang dua sahajac.

---------------

Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. dapat mendirikan kerajaan Islam Madinah jika tiada dokongan dari penduduknya terhadap usaha dakwah baginda? Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. dapat menakluk kota Mekah jika tiada satu kekuatan dan strategi di belakangnya? Melainkanc Jika berlaku sesuatu perkara yang mencarik adat dengan berlakunya mukjizat ataupun keramat ataupun bantuan dari Allah tanpa disertai sebab.

Sebenarnya bukan suara majoriti, tetapi kekuatan dan strategi. Ia dapat menundukkan kekuatan dan mempengaruhi suara majoriti.

----------

Masalah:
Al-Marhum Syeikh Syafrawi pernah ditanya:"Mengapa hingga kini negara Mesir masih belum melaksanakan syariat Islam?"

Beliau menjawab: "Tanya kepada rakyat Mesir sendiri. Kerana merekalah yang memilih wakil-wakil dalam dewan perwakilan. Seterusnya tanyakan kepada mereka, apakah orang yang dipilih itu ada janji seperti itu (melaksanakan syariat)?"

-----------

Masalah (tambahan):
Kami pernah bertanya kepada seorang teman pada pilihanraya yang lalu: Kata kami: "Kamu undi siapa?"

Dia menjawab: "Undi parti ini (parti sekular yang tidak mendokong syariah Islam)".

Kami bertanya: "Kamu fikir, pilihanraya ini apa?"

Dia menjawab: "Pangkah pilihan yang kita mahukan, selesai..."

Kami berkata: "Apa kamu fikir.. Islam itu hanya sekadar sembahyang, puasa, zakat sahaja..? Apakah Tuhan di akhirat nanti hanya akan bertanya kepada kamu tentang itu sahaja..? Apakah Tuhan akan melupakan undi yang kamu lakukan? Apakah penentangan terhadap Islam dan dokongan terhadap kekufuran oleh orang atau parti yang kamu pilih itu, kamu akan terlepas begitu sahaja? Kamu memilihnya, bermakna kamu redha terhadap dasar yang telah dan akan dilaksanakanc Kerana: Al-Ridha bis-syaif ridhan bima yatawalladu minhu (Redha terhadap sesuatu, bermakna redha terhadap apa yang dilahirkan). Dia bertanya: "Bagaimana aku ini sekarang..? Sebelum ini mana aku tahu.."

Kami menjawab: "Kamu tunggulah lima tahun lagi, di samping itu jangan lupa berdoalah kepada Tuhan agar orang atau parti yang kamu pilih itu akan segera mengubah dasar sekularnya."

Wallhu aflam.

Rujukan:
Feqhus Sirah, Syeikh Muhamad al-Ghazali
Anta Tasfal Wa Islam Yujib, Syeikh Syafrawi
Al-Siyasah al-Syarfiyah Fi Ishlahir RafI War Rafiyah, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah

http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab157.htm






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com