Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Di Tangan Siapakah Letaknya 'Survival' UMNO?

Oleh: Keris Melayu

UMNO sendiri mungkin sedang rancak bergolak. Namun pergolakan bukan bermakna UMNO sedang bercakaran antara sesama dalam usaha mencorak politik baru dalam UMNO. Kepimpinan senior mula di tegur tetapi teguran di buat sekadar berbisik antara sesama. Namun untuk bangkit dengan isu ramai kepimpinan generasi baru dalam UMNO masih takut-takut. Takut kehilangan jawatan, takut kehilangan pangkat dan kuasa dan takut terbantut dalam usaha menaiki tangga UMNO.

Suara-suara yang dahulunya rancak kini menjadi bisu kerana tidak mahu terlibat dalam kontravesi dalam UMNO. Masing-masing mencari jalan selamat. Masing-masing tidak mahu bertegas kerana ketegasan mungkin menyusahkan dan ketegasan mungkin tidak akan memberi sebarang loncatan politik.

Nama seperti Datuk Shahrir Samad dan Datuk Aziz Sheikh Fadzir sahaja yang kedengaran secara terbuka pernah mengkritik UMNO.

Sungguhpun pun kritikan mereka tidak menyalurkan sebarang perubahan kerana ianya seperti kereta kepupusan minyak terbantut di tengah jalan. Saya sering melihat perkembangan mereka yang bersuara lantang dalam UMNO.

Kita ambil Datuk Shahrir Samad. Kritikan bernas dan lantang beliau tidak disusuli dengan gerakan untuk menekan agar sesuatu dapat dilakukan hasil dari pandangan beliau dan kritikannya.

Satu lagi contoh adalah Datuk Aziz Sheikh Fadzir. Selepas kekalahan Lunas beliau bangkit dan mengkritik kepimpinan senior UMNO termasuk Dr Mahathir sendiri.

Malangnya sehingga hari ini TIDAK ADA lanjutan dari apa yang dikatakan beliau lantas suara mereka hanya adalah suara untuk memecah kesunyian UMNO tetapi senyap membisu selepas itu.

Di tangan siapakah "survival" UMNO. Kalangan kepimpinan senior hanya ada untuk mengiakan segala keputusan Dr Mahathir walaupun saya percaya ada kalanya ianya tidak disetujui. Kelompok senior dalam UMNO hanya mahu mempertahankan apa yang telah ada dan berharap apa yang ada berkekalan.

Kelompok Pemuda pula terlalu takut untuk bersuara kerana sebarang suara bangkangan hanya akan menjarakkan mereka dari menjawat sesuatu jawatan penting dalam kerajaan.

Kelompok lain yang wujud dalam UMNO adalah kelompok yang sanggup melakukan apa sahaja untuk Dr Mahathir bagi tujuan membersihkan kedurhakaan lalu. Kita ambil contoh Datuk Rais Yatim.

Apabila Dr Mahathir dan orang-orang nya mencadangkan supaya surat akujanji ditandatangani oleh pegawai kerajaan, pensyarah dan mungkin semua penduduk dalam Malaysia beliau bertungkus lumus kononnya mahu menyediakan derap perjanjian akujanji tersebut.

Beliau sendiri tahu surat aku janji ini adalah terlamapau "childish" kerana apakah mereka yang menandatangai surat aku janji itu pasti akan memberi undi kepada kerajaan atau hanya akan menampakkan kesingkatan idea kerajaan di bawah pengurusan UMNO.

Habis pada siapa bergantungnya "survival UMNO"? Pemuda UMNO yang diterajui oleh Datuk Hishammuddin juga sedang sebok menentukan siapa yang akan mengantikan beliau kelak.

General-general dalam Pemuda seperti Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Azimi Daim, Dr Khir Toyo dan beberapa yang lain sedang membina kekuatan demi untuk menjejakkan kaki ke jawatan tertinggi dalam Pemuda.

Sungguhpun begitu ahli-ahli Pemuda UMNO masih lagi tercari-cari kepimpinan Pemuda yang lebih aggresif dan lebih berani mempertengahkan isu demi membela rakyat dan Melayu khususnya.

Pada siapa letaknya "survival umno"? Datuk Najib Tun Abdul Razak yang kian lama kian tergelam,Datuk Rais Yatim yang banyak lagi perlu menebus dosanya pada UMNO, Datuk Kadir Sheikh Fadzir yang senantiasa gagal menjemput rakyat pergi "shopping" dan beberapa mereka yang senior tetapi tidak berdaya lagi. Pelbagai nama lagi tersenarai dalam poket UMNO.

Tengku Razaleigh misalnya. Nama beliau sudah berkumandang tetapi apakah beliau diterima oleh pendokong UMNO lain selain dari pendokong beliau di Kelantan. Andai Kelantan yang masih gagal ditawan oleh beliau menjadi ukuran maka Tengku Razaleigh sepatutnya tersingkir dari larian menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Sebenarnya persoalan mengenai siapa yang dapat memastikan survival umno terletak kepada kepimpinan yang lebih aggresif menentukan keselesaan dan hak rakyat Malaysia.

Survival UMNO terletak kepada sejauh mana UMNO sanggup berubah dengan mengikis UMNO dari calaran-calaran yang sedia ada.

Sanggup mengambil risiko dengan melakukan perubahan secara drastik demi kejayaan rakyat dan bukan kejayaan segelintir orang yang sama yang rapat dengan kepimpinan UMNO. TAPI SIAPA?






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com