Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Apakah UMNO Semakin Tersisih?

Oleh : KerisMelayu

KerisMelayu menulis " Mungkin sudah sampai saat dan ketikanya untuk kita menerima hakikat sebenarnya. Mungkinkah benar andaian yang dibuat oleh pembangkang bahawa hanya kematian UMNO sahaja yang akan menjadi pengubah buat UMNO. Gerak dan perlaksanaan untuk perubahan masih samar dan UMNO masih khayal dengan seutas kuasa yang bakal putus bila-bila masa. Hakikat Kelantan dan Terengganu akan sampai ke Kedah, Perlis dan Pahang. Pergerakkan mereka disokong oleh rakyat Melayu dan UMNO setakat ini hanya mampu mengalisnya dengan fakta lampau, pegangan sejarah kegemilangan dan kuasa yang dipinjamkan oleh rakyat yang mungkin akan di tarik balik. Pelbagai isu tidak di terangkan dengan sempurna lantas hanya menunjukkan bahawa pemusatan keputusan yang begitu ketat membisukan kepimpinan lain.

Suara-suara lain dalam UMNO ibarat gemaan suara dari kepimpinan tertinggi sahaja. Saya nampak kepimpinan lain dalam UMNO hanya bersuara menyokong Perdana Menteri Malaysia menimbulkan sesuatu isu. Suara yang lain hanya gemaan atau sebagai penyokong yang hanya menampakkan sekatan terhadap pegangan dan prinsipal mereka.

Bagaimanakah perubahan mahu dijanakan sedangkan asas segala-galanya tertakluk kepada pemusatan kuasa yang begitu ketat dan menakutkan. Apakah ini mampu membawa perubahan kepada UMNO atau sudah memang tersurat bahawa perubahan terakhir UMNO adalah dengan kematian parti itu. Saya melihat senario UMNO semenjak kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang. Saya kaji perjalanan mereka sehingga hampir kesemua laman-laman web reformasi saya baca bagi menelitikan senario perkembangannya. Apa yang saya perhatikan ialah kalau dahaulu penolakkan adalah terhadap beberapa kepimpinan UMNO tetapi sekarang sudah melewati kepada UMNO itu sendiri. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat. UMNO sendiri sudah ditolak mereka lantas sebarang perubahan yang mahu dijanakan di tolak biarpun perubahan itu mempunyai cita-cita dan hasrat murni.

UMNO tidak menjawab malah apa yang saya perhatikan ialah mereka lari dari berdepan dengan isu-isu yang perlu penerangan. Kenapa Pemuda UMNO enggan menjawab atau menerangkan isu-isu yang menjadi persoalan dan penekanan pembangkang? Hanya beberapa sebab boleh saya fikirkan.

1. Kerana kebenaran isu yang di bawa oleh pembangkang.

2. Kerana takut penerangan akan bertentangan dengan agenda kepimpinan yang terbabit dalam isu itu.

3. Terlampau menjaga ketua sehinggakan kebenaran disorokkan atas nama imej parti.

4. Membiarkan kepimpinan tertinggi bertanggung jawab atas perbuatan mereka.

5. Atau membuat apa sahaja untuk "security" diri andai UMNO kecundang kelak.

Apakah sipnosis yang boleh kita buat? Kita tidak langsung sayangkan UMNO dan budaya ini melibatkan sokongan bersyarat terhadap UMNO. Ahli UMNO yang benar-benar jujur harus bangkit dan meletakkan isu menjaga imej ketepi dan bergerak menolak kepimpinan yang sebenarnya racun kepada nama UMNO itu sendiri. Sokongan bersyarat membawa erti sokongan selagi UMNO dapat memberi kemewahan material dan keselesaan hidup individu dan ini adalah "silent death" buat UMNO.

Ahli Akar Umbi Umno...fikirkanlah






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com