Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MEMORENDUM NEGARA ISLAM

Akhirnya PAS bersetuju untuk menghantar deraf memorendum negara Islam kepada kerajaan Barisan Nasional setelah berkali-kali diminta berbuat demikian.Apakah PAS sudah tewas lalu bersedia untuk menyerahkannya kepada BN dalam isu negara Islam ini? Sebelum itu telah terjadi polemik atas isu negara Islam di mana akhirnya dirancanglah pertemuan di antara PAS dan Ulama-ulama Umno untuk membincangkannya.Namun pertemuan itu akhirnya tinggal nama sahaja,dan hanya di atas kertas sahaja.Pertemuan yang sebenarnya tidak pernah menjadi kenyataan.Ia samalah seperti isu pertemuan Melayu yang berlaku sedikit masa dahulu.

Oleh kerana pertemuan mengenai perbincangan atas isu negara Islam tidak menjadi kenyataan, maka PM telah pun mengambil kesempatan dengan mengisytiharkan bahawa negara ini adalah negara Islam di hadapan sebuah parti kompenan Barisan Nasional yang ahli-ahlinya bukan beragama Islam. Apakah tujuannya berbuat demikian hanya dia danTuhan sahaja yang tahu. Namun permintaan PAS agar perisytiharan itu dibuat di Parlimen agar ahli-ahli Parlimen boleh membahaskannya tidak diendahkan oleh PM. Sebaliknya terjadilah kutuk-mengutuk yang panjang di antara kedua parti terbesar itu di mana akhirnya PAS bersetuju untuk menyerahkan memorendun negara Islam berkenaan pada bulan Disember ini.

Baru-baru ini pula Dato'Presiden PAS yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen meminta deraf itu dibentangkan di Parlimen sebelum diserahkan kepada kerajaan.Ini katanya adalah untuk mengelakkan ianya dijadikan putarbelit oleh media massa terutamanya akhbar-akhbar nasional yang rata-rata menyokong kerajaan BN. Apakah kerajaan BN membenarkan ianya dbentangkan di Parlimen belumlah dapat dipastikan lagi. Tetapi apa yang dapat diduga adalah kerajaan tidak akan membenarkan Dato'Fadhil berbuat demikian kerana ia akan menguntungkan politik PAS. Sekiranya pembentangan itu dilakukan juga kerajaan tidak akan berpeluang untuk memutar-belitkan deraf negara Islam yang bakal dikemukakan oleh PAS itu.

Dato' Fadhil telah pun memberikan kata duanya kepada kerajaan BN,bahawa sekiranya deraf berkenaan tidak dapat dibentangkan, ia tidak akan diserahkan kepada pihak kerajaan. Apabila kerajaan tidak bersetuju dan tidak membenarkan ianya dibentangkan oleh PAS di Parlimen seperti yang diduga, akhirnya isu deraf negara Islam ini akan menjadi samalah seperti isu pertemuan Melayu dahulu. Ianya tenggelam begitu sahaja. Sekiranya PAS menyerahkannya tanpa pembentangan di Parlimen ia akan merugikan politik dan masa depan PAS sendiri. Kerajaan pastinya akan memtutar-belitkan deraf itu,dan ia tidak mungkin akan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang semmangnya berasaskan sekularisme itu.Oleh itu apakah perlunya PAS menyerahkan memorendum itu?

AlKundangi,
31.10.2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com