Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM

Oleh kerana kontroversi mengenai Malaysia adakah sebuah negara Islam atau bukan terus berlanjutan sehingga kini dan diterbitkan pula dalam Suara Masjid Negara pada hari ini maka berikut adalah fakta-fakta yang menjelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara Islam:-

1-Undang-undang tertinggi negara bukan undang-undang Islam,sebaliknya adalah Perlembagaan Persekutuan yang dicipta oleh penjajah. Perkara 4 (1) Perlembagaan Malaysia menjelaskan kedudukan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi bagi negara ini.

2-Malaysia tidak ditadbir secara Islam.tetapi Islam itu sendiri ditadbir oleh Kerajaan Malaysia seperti dengan mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam,Jabatan Agama Negeri- Negeri dan sebagainya.

3-Peguam Negara bukan seorang mufti,sebaliknya ia hanyalah manusia biasa yang memahami undang-undang warisan penjajah yang digunapakai dalam urusan hariannya.

4-Malaysia masih mengekalkan undang-undang Inggeris yang banyak bercanggah dengan undang-undang Islam seperti Panel Code,Criminal Procedure Code,Akta Keterangan,Kastam,Cukai dan sebagainya termasuk Inner Security Act yang amat bercanggah dengan hak asasi manusia.

5-Pemimpin Utama Malaysia bukan orang yang memahami Islam dengan baik,bahkan di satu pihak mencerca Islam dan nabinya seperti isu nabi tidak bercukur sedikit masa lalu,menyamakan ucapsalam sama dengan selamat pagi dan sebagainya.

6-Parlimen Malaysia bukan majlis syura.Sebuah negara Islam mesti ditadbir secara syura. Ahli majlis syura pula mesti terdiri dari orang yang memahami Alquran dan Hadith, kalau pun tidak sampai pada peringkat mujtahid. Dalam majlis syura tidak ada orang yang bernama Liong Sik atau Samy Vellu. Apa yang dia tahu tentang Islam?

7-Undang-undang Islam hanya digunapakai dalam hal-hal perkahwinan,kekeluargaan, harta pesaka,lahir dan mati.Ia tidak dipakai dalam urusan pentadbiran negara. Urusan negara Islam sepatutnya ditadbir dengan undang-undang Islam dan undang-undang yang selari dengan semangat syariah Islamiah,seperti undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan Islam.

8-Negara Islam menyanjung tinggi ulama-ulama dan para pendakwah,bukan menangkap dan memenjara mereka seperti apa yang berlaku terhadap Ustaz Badrul Amin, atau Ustaz Ghazali Hasbullah suatu ketika dahulu.

9-Negara Islam tidak mengamalkan dasar pilih kasih dan unsur kronisme seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN sekarang.

10-Negara Islam tidakmelindungi perasuah dan perogol seperti Khir Toyo dan Abd.Rahim Thamby Cik, sebaliknya mengambil tindakan terhadap mereka jika terbukti bersalah.

11-Negara Islam tidak memenjara seseorang tanpa kesalahan yang jelas dan tidak dapat dibuktikan bersalah atau ada keraguan dalam hal pembuktian dan keterangan seperti apa yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim. Dalam proses pengadilan negara Islam cenderung untuk tidak menghukum pesalah,atas pertimbangan tidak menghukum pesalah jauh lebih baik dari menghukum seseorang yang belum tentu bersalah.

12-Negara Islam tidak ada Bukit Judi Negara seperti di Genting Highland,yang dihalalkan oleh undang-undang negara bahkan diberikan lesen untuk beroperasi.

13-Di Negara Islam tidak ada pusat-pusat maksiat seperti pelacuran di Bukit Bintang,atau di Chow Kit,pusat-pusat urut yang menggunakan wanita sebagai tukang urutnya.

14-Negara Islam tidak menjual minuman keras,terkecuali jika dalam agama seseorang warganegara yang bukan muslim ada kebenaran untuk meminumnya,dan tidak menjualnya secara berleluasa seperti sekarang ini,khususnya kepada umat Islam.

15-Di Negara Islam tidak pusat-pusat empat nombor ekor seperti yang bertaburan di seluruh pelusuk negara.

Dan banyak lagi bukti-bukti dan alasan yang menunjukkan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam seperti yang diisytiharkan oleh PM tidak berapa lama dahulu.

Sekian.

AlKundangi, 9.11.2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com