Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kemangkatan Agong, Kemelut Politik Malaysia dan Pencabulan Afghanistan

Maka mangkatlah sudah Yang Di Pertuan Agong bagi Malaysia Darul Muslimin yang diriwayatkan pernah berpesan agar orangramai menyokong UMNO. Almarhum berusia setahun lebih muda dari memanda Mamak Perdana menteri yang kini begitu bangga dengan popularitinya yang kunonnya meningkat sejenak lantaran peristiwa 11 September di New York. Adapun, dikaca TV semasa dipersaksikan kepada rakyat marhain upacara pengkebumian Almarhum, jelas kelihatan kesugulan mamak Perdana Menteri – samada beliau kini insaf bahawa beliau juga akan turut satu hari nanti akan ke liang lahad atau pun beliau sedih kerana kehilangan satu-satunya Sultan yg dapat dirasuah beliau agar tidak mencampuri hal-ehwal pemerintahan negara ini, hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Mamak Perdana menteri kini kurang sebulan sebelum menyambut harijadinya yg ke 76. Namun, tiada tanda-tanda jelas bahawa beliau akan berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda yang lebih memahami kehendak rakyat marhain semasa, yg rata-rata inginkan pembaharuan. Seorang tua berusia 75 tahun tidak mungkin dapat memahami arus perubahan sebagaimana seorang tua yg kini menjadi Editor-in-chief akhbar the New Shit Times – Pak Lah Kok Lanas. Kalau kita lihat saban hari di kedai-kedai yg menjual akhbar, dapatlah kita membuat perbandingan antara akhbar Star milik Cina dan akhbar New Shit Times milik Melayu – yg satu begitu laku sekali, dengan naskhah-naskhahnya disusun dipagi hari 2 kaki lebih tinggi dari yg satu lagi, yg hanya dijual dalam jumlah ala kadar. Menjelang petang, susunan akhbar yg pagi tadi lebih tinggi itu, akan menjadi lebih rendah dari susunan akhbar yang rendah diwaktu pagi.

Demikianlah nasib akhbar New Shit Times yg kini dinakhodai seorang pengarang tua yang hanya Allah swt yg tahu apakah dia masih berkiblatkan Karl Marx yg tidak percaya akan dia kewujudan ilahi ‘azza wajalla. Orang yg pernah ‘dibuang negeri’ seketika untuk mendiami New York dan London – jauh lebih mewah hidupnya dari kehidupan di Kok Lanas. Namun, cara hidupnya memang sentiasa mewah sehingga pernah menekan Syarikat Permodalan Kebangsaan untuk membayar gajinya sebanyak RM60,000 sebulan di suatu ketika. Kini SPK begitu sukar bernafas.

Apakah seorang tua seperti beliau dapat memahami kehendak dan citarasa pembaca masakini? Apakah pemikiran beliau, melalui penulisan beliau – samada dalam The New Shit Times dan Mingguan Meloya – merupakan pemikiran mainstream rakyat marhain masakini? Apakah beliau tidak fikir bahawa rakyat sudah jelek dengan kehaprakan dan kebobrokan kepimpinan Mamak memanda Perdana menteri?

Maka demikianlah tanah air tercinta ini, yang kini masih dinakhodai seorang ahli politik tua yang sudah melampaui tempoh ‘baik sebelum’ yg tercatat dipelekat kulitnya yang tebal dan tidak tahu malu itu. Mampukah seorang yg berusia 76 tahun memahami kehendak rakyat marhain negara ini yg mempunyai usia pukul rata setengah dari usia beliau? Cuba bayangkan sejenak – andainya pilihanraya yg akan datang diadakan dalam tahun 2004, Barisan Najis (BN) akan tetap dipimpin oleh mamak memanda yg akan menjangkau usia 79 tahun! Kalau kita amati kaca TV kita berhati-hati setiap kali pemimpin besar kita Ben Kutty berucap, dapatlah kita perhatikan lehernya yg sudah berkedut. Bahawa, bawah dari raut wajahnya yg kita tatapi saban hari, terdapat sebuah tubuh seorang insan yg sedang bergelut dengan usia tua yg lazimnya mengakibatkan pelbagai keuzuran.

Hakikatnya, Ben Kutty terpaksa menjalani Hormone Replacement Therapy saban tahun untuk mengekalkan perawakan beliau sekarang yg jelas tidak mencerminkan seseorang yg kini berusia 76 tahun. Cuba bayangkan Cek Det yg sudah tidak bersemayam di Putrajaya lagi. Sudah tentu jauh dari apa yg kita lihat sbg seorang yg segak dan mampu memakai jeans biru dan kemeja merah yg berjalan-jalan di Jalan Raja Alang, kunonnya membeli juadah untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Jelas langkah-langkahnya kini mempamirkan seorang yg semakin hari semakin hampir mendapat kad jemputan malaikat Izrail.

Apakah tidak ada pemimpin lain yg dapat dipertanggungjawabkan untuk memegang panji-panji BN selain dari Abu Mirzan? Setakat ini, memang tiada tokoh dari kalangan parti lembu UMNO yg berkaliber dan berkarisma untuk mengisi tempat Abu Mirzan yg penuh dengan kontroversi itu. Ada yg kata Pak Lah. Pak lah Bedawi? Jauh panggang dari api. Maka, mamak bendahara jugalah yang akan dipertanggungjawabkan oleh manusia-manusia seperti Aziz Samsuddin, Tengku (?) Adnan Mansor, Brigadier Hamid, Kayveas, Nor Mohamed Yakcob, Ali Abul, ‘Mufti Besar’ Ismail Ibrahim, Wartawan sensasi Dolah Kok Lanas, dan pemimpin-pemimpin lain yg di’lantik’ agar terus menerajui negara ini merangkap meneruskan Dasar Membaham Khazanah Negara (National Policy on State Pilfering).

Untuk memberi alasan kukuh mengapa mamak bendara Ben Kutty perlu dipertahankan sbg pemimpin, akan disediakan penulis-penulis laksana pelacur yg mengambil upah seperti Ben Maidin @ Zam, Astora Jamban dan kemungkinan juga penulis yg tidak kompeten seperti Ben Jasin dan Ahmad Talib yg penguasaan bahasa Inggeris masing-masing amat memalukan pelajar Tahun 6 sekolah rendah. Sudah pasti alasan utama adalah – “perjuangan belum selesai”. Umur kini sudah 76 tahun, masih ada muka untuk menyatakan bhw “perjuangan belum selesai”. Andainya yg mati dihidupkan kembali, tetap dikatakan bhw “perjuangan belum selesai”.

Dalam kita menyaksikan kemelut peperangan – istilah peperangan adalah misnomer, ia perlu diganti dengan pencabulan – di Afghanistan, jangan kita sekali-kali lupa bahawa tanah air yg tercinta ini masih dinodai oleh pemimpin rakus yg bernama Mahathir Mohamed. Semenjak peristiwa 11 Sep di New York, saban hari di media kita dihidangkan dengan cerita ‘war on terror’, ‘strike against terror’ dan pelbagai manipulasi yg di ada-adakan oleh media milik Yahudi agar kita umat islam terutamanya, dipesongkan sebentar dari isu utama yg perlu diselesaikan, sambil mencapai matlamat atau agenda sebenar puak Zionis yg bertopengkan iltizam untuk memerangi ‘pengganas’. Maka laman-laman web yg selama ini mendokong gerakan reformasi dan menuntut keadilan dari pihak pemerintah, tiba-tiba penuh dengan artikel-artikel yg menyokong Taliban.

Alhamdulillah, berkat dan hidayah Allah swt membenarkan kita membezakan yg haq dan yg batil. Kebanyakan artikel-artikel yg disiarkan dalam Laman seperti MindaRakyat, Laman Reformasi dsb, rata-rata menunjukkan simpati terhadap kerajaan pimpinan Taliban di Afghanistan. Ini merupakan perkembangan yg sihat kerana ianya dapat membantu menyanggah pendirian TV3 dan RTM, dan tidak kurang juga NTV7 yg dengan jijiknya menghina Taliban seolah-olah kerajaan Taliban itu adalah pelopor ajaran sesat Islam dan Malaysia akan menerima nasib yg sama andainya PAS diberi peluang memerintah negara ini.

Apakah benar Taliban menindas kaum wanita? Tidakkah Saudi Arabia menindas wanita? Mengapa tidak TV3 membikin satu dokumentari sensasi untuk mendedahkan perkara ini? Saudi Arabialah satu-satunya negara yg mengiktiraf kerajaan Taliban dan oleh yg demikian seharusnya Amerika turut menghantar pesawat-pesawat B-52 mereka untuk melepaskan bom-bom berangkai dan ‘daisy cutter’ di misalnya, Riyadh, Taif, Tabuk, Jeddah dsb kerana Arab Saudilah yg melahirkan fahaman yg menjadi ikutan kaum Pashtun yg membentuk puak Taliban di Afghanistan.

Kalau benar Amerika ikhlas untuk menangani ‘pengganas’ bagai dilaung-laungkan, maka haruslah mereka turut melakukan pengeboman terhadap sarang-sarang pengganas di Ireland Utara dimana puak Ulster sentiasa bertelagah dgn Irish Republican Army dan Parti politik Sinn Fein. Demikian juga di Sepanyol di mana ‘pengganas’ ETA sentiasa membikin kacau untuk membentuk kerajaan merdeka di wilayah Basque di bhg timor laut Sepanyol. Bagaimana pula dengan kepala pengganas Israel, Ariel sharon? Tergamakkah Amerika mengebom wilayah-wilayah yg melindungi pengganas sbg mana mereka telah mengebom Afghanistan yg dikatakan melindungi pengganas?

Hakikatnya, Amerikalah pengganas antarabangsa yg ulung. Mereka akan hanya bertindak kiranya Islam berkembang. Kiranya Islam tidak terlibat dalam mana-mana konflik, maka insyaAllah pentadbiran Amerika akan ‘buat bodoh’ sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan. Amerika adalah kuasa besar angkuh yg ingin menjadi ‘pak sibuk’ dan anjing global yg berkuasa di semua pelusok dunia. Amerika ingin membelasah Afghanistan kerana ‘kunonnya’ ingin membebaskan rakyat Afghanistan dari belenggu Taliban. Demikian juga Amerika berperang dengan Nicaragua kerana tidak setuju dengan kerajaan Sandinista pimpinan Noriega yang ‘kunonnya’ akan menggugat kestabilan Amerika tengah.

Amerika juga ingin berada di Saudi ‘kunonnya’ untuk mencegah Iraq dari menyerang Saudi sehingga ada sebuah bandar di saudi dipanggil ‘Little America’ – bandar ini adalah satu-satunya bandar dimana arak dapat dijual beli dengan mudah dan rakyat Saudi sendiri ditindas oleh askar-askar Amerika yg biadap. Apakah berdosa Osama bin Ladin yg mengisytiharkan bahawa adalah menjadi azam beliau untuk mengusir Amerika dari tanah semenanjung Arab tempat kelahiran Rasulullah saw?

Benarlah janji Allah swt sbg mana firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 120 yg mafhumnya berbunyi “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” dan juga ayat 111 yg mafhumnya berbunyi “dan mereka (kaum yahudi dan nasrani) berkata : ‘sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang Yahudi dan Nasrani’ “. Maka tidakkah benar apa yg berlaku di Afghanistan sekarang ini adalah perang terhadap Islam?

Malangnya, ada pemimpin-pemimpin bacul seperti Raja Abdullah dari Jordan dan Presiden (?) Musharraf dari Pakistan yg sanggup melacurkan diri demi kekayaan material dalam rupa pinjaman Bank Dunia sambil menekan bahawa perang ini bukannya perang terhadap Islam! Yang terkini, dua pemimpin wanita islam masing-masing dari Bangladesh dan Indonesia, telah pun menawarkan khidmat tentera negara masing-masing untuk turut serta dalam ketumbukan tentera untuk menangani pengganas di Afghanistan – sbg janjibalas terhadap bantuan kewangan untuk pemulihan ekonomi. Orang-orang sebegini akan turut serta dalam majlis iftar di bulan Ramadhan bersama-sama Presiden Bush di White House – kononnya akur bahawa Bush ikhlas berperang menentang keganasan, bukannya terhadap Islam.

Alangkah sedihnya melihat negara-negara yg dihuni majoritinya oleh penduduk Islam dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yg bacul sebegini? Apakah perlu mereka bergantung kepada Amerika untuk survival mereka? Tidakkah mereka merujuk kepada Al Quran yg mengajar bahawa “dan kiranya kamu khuatir menjadi miskin, maka Allah swt nanti akan memberikan kepadamu kekayaan daripada kurniaNya jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui lagi maha bijaksana” (mafhum ayat 28 Surah At Taubah)? Ayat ini telah diturunkan setelah Mekah dibebaskan oleh Rasulullah saw dari tangan kaum musyrikin. Yang demikian, Allah swt telah mengharamkan kaum musyrikin dari memasuki mahu pun mendiami kota Mekah selepas dari tahun pembebasan tersebut. Maka ada diantara orang mukmin yg gusar dan khuatir kerana ekonomi Mekah selama ini dikuasai oleh kaum musyrikin yg berdagang dan berniaga di situ. Benarlah janji Allah swt – kemakmuran Kota Mekah dapat kita lihat sehingga hari ini dengan ekonominya dikuasai 100% oleh orang Islam.

Allah swt yg maha berkuasa, telah menjemput pulang Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz untuk mengadapNya dan kita sebagai warga Malaysia Darul Muslimin dengan tidak semena-mena dihidangkan di kaca TV kita kedhaifan kita sebagai umat Islam menghayati ajaran Islam yg dibawa oleh Rasulullah saw. Jelas, negara Islam pimpinan Mahathir Kutty masih cetek penghayatan Islam tatkala mengendalikan pengkebumian Almarhum. Islam menganjurkan agar pengurusan jenazah dipercepatkan. Namun, pangkat Yang Di Pertuan Agong masih di agong-agongkan lagi biar pun sudah mangkat sehingga terpaksa diutamakan adat istiadat daripada anjuran agama. Jelas juga tontonan bahawa keranda YDP Agong masih diselubungi kain di Raja yg berwarna kuning – bukannya putih sbg mana yg dituntut oleh Islam.

Apakah Islam negara ini apabila dibenarkan kaum wanita ke kubur mengiringi jenazah? Apakah dibenarkan di dalam Islam untuk ‘bersalaman’ antara bukan muhrim lelaki dan wanita ketika menziarahi jenazah? Keadaan begitu mengelirukan apabila pembesar-pembesar negara yg beragama Islam namun begitu jahil menghulurkan tangan ‘kunonnya’ untuk mengucapkan takziah kepada balu almarhum. Namun, budaya seperti ini telah diterimapakai dalam negara Islam pimpinan Ben Kutty – di mana lelaki dan wanita bersalam-salaman ‘kunonnya’ untuk mengeratkan silaturrohim sesama mereka! MasyaAllah! Ini begitu menyerlah di majlis-majlis seperti Perhimpunan Agong Parti Lembu UMNO, hatta di majlis-majlis seperti Ma’al Hijrah dan Tilawah Al Quran sekalipun; di mana Cek Det dengan selamba masuk ke dalam dewan dan bersalam-salaman dengan kebanyakan perwakilan wanita.

Yang menyedihkan lagi ialah apabila kita melihat wanita-wanita itu sendiri beria-ia menghulurkan tangan masing-masing agar dapat bersalaman dengan ‘Al Rais Kabir’ yg disanjung itu. Pemimpin wanita Islam seperti Rafidah dan Bibi Shahrizat pula bersalam erat dengan lelaki bagaikan anak-anak memohon duit Raya di pagi Eidil Fitri! Di manakah pandangan penasihat agama PM? Apakah pandangan Pengerusi Majlis Fatwa dalam hal ini? Apa pula pandangan Brigadier Menteri di JPM yg bertanggungjawab di atas hal-ehwal Islam?

Dan bersegeralah pula pengacara dan pembaca berita wanita di kesemua saluran TV Malaysia mengenakan selendang untuk ‘melitupi sedikit’ rambut ketika membaca berita atau membuat liputan pengkebumian Almarhum YDP Agong. Hatta, yg tidak beragama Islam seperti Anne Edwards (NTV7) dan Mary Anne (RTM 1) pun mungkin disalah anggap sebagai wanita UMNO lantaran bertudong yg masih menonjolkan sejemput rambut di atas dahi sbg mana yg dipelopori oleh Hendon Pak Lah Bedawi, Masnah Rais Yatim, Rosmah Najib dan rakan-rakan seperjuangan yg lain dalam BAKTI. Hendak disebut Kak Mah, namun tudong Kak Mah bukan meliputi rambut! Maka kita dipertontonkan juga pembaca seperti Yusanani (TV3) dan Norashikin (RTM 1) yg memakai tudung sekadar cukup syarat sebagai ‘menghormati kemangkatan YDP Agong’.

Demikianlah Malaysia, negara islam pimpinan Imam Mahathir Al Kutty yg menggesa agar Islam yg sederhana (moderate islam) dipraktikkan dalam negara yg berbilang kaum ini. Pakaian tudung sbg mana yg diperagakan oleh pengacara2 tersebut didaulatkan sebagai pakaian de facto wanita islam dalam negara Islam ala Imam Besar Mahathir. Walhal telah jelas dan nyata bahawa sebahagian besar dari wanita di afghanistan sememangnya lebih suka berpakaian secara burqa dan hijab – jauh sekali dari manipulasi media barat yg menggembar gemburkan berita segelintir wanita yg telah membuka atau pun mencabut purdah/burqa sebaik saja tentera Pakatan Utara menguasai bandar-bandar tertentu di Afghanistan. Hakikatnya, tentera pakatan utara yg kebanyakannya terdiri dari keturunan Tajikistan dan Uzbekistan yg masih cetek dalam penghayatan Islam sebagai ad-deen, belum tentu akan dapat memberikan haq wanita sbg mana yg diingini oleh puak-puak seperti Sisters In Islam.

Demikianlah Allah swt dalam perancanganNya, memperlihatkan kepada orang-orang beriman dan yang mahu berfikir, kebesaranNya melalui rentetan peristiwa yg masing-masing saling kait-mengait antara satu sama lain. Jelaslah juga betapa perlunya kita memilih seorang pemimpin yg berjiwa Islam dan menghayati Islam serta bertaqwa terhadap Allah swt. Bagai malam dan siang, kian jelas bahawa Mahathir bukanlah orangnya. Laungannya sebagai pemimpin Islam dikalangan ‘negara-negara Islam’ tidak lebih dari retorik politik untuk mendapatkan sedikit publicity murahan yg dapat membantunya menerima sokongan berterusan dari kalangan rakyat yg jahil.

Kehadiran beliau tanpa malu sbg pemimpin hanyalah untuk memastikan diri beliau tidak akan didakwa andainya beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Beliau sudah tidak upaya lagi memimpin sebagaimana beliau terus menafikan keadaan fizikal beliau yg sudah hampir mencecah usia 76 tahun. Apakah seorang pemimpin islam sanggup berkokok bagai ayam jantan berdegar-degar? Namun darah menitis ditangannya dan tahi bergelumang di ekornya lantaran perbuatan beliau membazirkan wang rakyat demi kepentingan peribadi; mengurung insan-insan yg tidak dibuktikan mahupun disabitkan kesalahan masing-masing di dalam penjara; mengekang kemaraan lawan politiknya melalui salahguna institusi kehakiman, polis dan media.

Di bulan Ramadhan al Mubarak yg mulia ini, dan dengan gambaran liang lahad almarhum YDP Agong di makam Kelang masih segar dalam ingatan, eloklah Ben Kutty berhenti sejenak dan berfikir – lama mana lagi kamu mahu jadi Perdana menteri? Hatta, lama mana lagi kamu boleh bernyawa di bumi yg fana ini. Kerana keinginan untuk menyirami air kencing di pusara mu……..masih belum pudar.

-marhain muda-
24 November 2001/8 Ramadhan 1422

..................................................................
Artikal terakhir Sdr Marhainmuda sebelum ini di laman ini ialah 29 Mac 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com