Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PERINGATAN UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA 1/2001

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Dikasihi !

Wahai…seluruh rakyat Malaysia dari semua golongan ( dari pelbagai Parti….UMNO, KeADILan, PAS, PRM, DAP @ tidak berparti )..Ketahuilah kita semua masih tidak memiliki fakta & hujah yang jelas dalam isu isu semasa…. dgn sebab itu lah kita senang diperbodohkan oleh org yang berkepentingan diri, sesungguhnya dgn memahami tiap tiap perkara secara jelas akan membuatkan kita lebih berilmu dan ini akan mengelakan diri kita dari diTIPU dgn mudah…..satu kelemahan kebanyakan rakyat Malaysia adalah tidak suka baca mengkaji meneliti dari pelbagai sumber..dan inilah yg amat disukai oleh orang yg ingin memperbodohkan kita !

Banyak Perkara yg cuba dikelirukan samaada disedari atau tidak adalah dari hal isu2 semasa yang kerap diperkatakan….mari kita fikirkan dan renungkan secara mendalam berdasarkan ilmu & hujah hujah yg jelas setiap isu2 tersebut…saya ingin berbincang /berhujah dgn sesiapa aje dari semua golongan tanpa mengira parti….kalau anda tidak bersetuju nyatakan hujah anda dgn jelas berdasarkan ilmu/hujah bukan berdasarkan emosi yang melulu.

Disini saya cuba berhujah dgn menggunakan gaya bahasa logikal yg paling2 mudah difahami oleh org awam / kebanyakan…( bahasa yg dipakai ahli akademik @ elit @ golongan intelek dgn rujukan yg canggih manggih yg nampak “ilmiah”….saya tak pakai…. Sorry ! saya lebih selesa guna bahasa simple..tapi tak lari dr maksud asal yg ingin saya sampaikan !… hakikat kebenaran itu jelas..dan dia bukan hak mana2 golongan…ia adalah dari yang maha kuasa ..diberi kpd sesiapa yg dikehendakiNYA! ).. .dgn membawa bandingan/kiasan/sindiran/contoh2 dsb serta diulang2 supaya …agar sesuatu isu itu diingat & senang difahami …..moga2 apa yg ingin saya perkatakan ini nanti akan membuka minda kita semua untuk menerima kebenaran, kebanyakan isu2 yang dibangkitkan oleh sesetengah kita selama ini banyak yang telah dikelirukan sama ada dilakukan secara sedar @ tidak.

Andaikata ada diantara hujah hujah/pandangan yang selari dgn sesuatu kelompok/golongan jangan cepat2 menuduh saya dari golongan tersebut kerana saya sebenarya hanyalah menyatakan realiti & kebenaran dgn mengutarakan hujah2 yang jelas dan anda sepatutnya menerima kebenaran setelah jelas kebenaran tersebut tanpa mengira dari mana datangnya kebenaran tersebut…mungkin kebenaran itu dari ANDA @ saya !, setiap pejuang kebenaran yg berjuang diatas dasar kebenaran / keadilan natijahnya akan bergabung juga akhirnya !

INGATAN SAYA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA…DAPATKAN GAMBARAN SEBENAR DGN MEMBACA KESELURUHNYA…KALAU RASA BORING RELAX KEJAP SAMBUNG KEMUDIAN…& KEPADA SESIAPA YANG MENDAKWA ADA APA2 UNSUR FITNAH HENDAKLAH DIA NYATAKAN DIMANA DAN BUKTIKAN DGN HUJAH YG JELAS !!!…..BUKAN DGN. CARA MENYAMBUNG LIDAH DILUAR SANA….ASIK2 DGN FITNAHHHHH…FITNAHHHHH…FITNAHHHHHH……BILA DITANYA APA YG FITNAH TU……LIDAH DIA KELU SERTA MERTA….KALAU FITNAH DAKWA AJE LAH @ KEMUKAN HUJAH YG BENAR !..…SIAPAKAH PUNCA SEGALA FITNAH YG BERLAKU KINI.?!…SEBENARNYA .ORANG YANG MENDAKWA FITNAH TANPA MEMBAWA HUJAH YG BENAR..ADALAH PEMFITNAH YG. SEBENARNYA....!.

“ Saya menyokong semua penegak kebenaran dari semua golongan disemua tempat pada setiap masa “

Disini saya cuba jelaskan sedaya upaya beberapa isu semasa yg sering diperkatakan yg merupakan asas yg perlu kita fahami dgn benar & betul dgn. ini akan mengelakkan kita dari dikelirukan oleh mereka2 yg tidak bertanggungjawab, antara isunya adalah :

1 ) ISU WAKIL RAKYAT & PEMBANGUNAN

Terus saja kpd..persoalan…apakah makna wakil rakyat yg .sebenarnya ????…secara bahasa yg mudah difahami oleh kita ….WAKIL RAKYAT !….jelas ertinya…Wakil yg dilantik rakyat !….iaitu rakyat melantik seseorang dari kalangan nya ( dari rakyat sendiri )…untuk mewakilinya bagi menlaksanakan sesuatu tugas/amanah ….ertinya ia adalah WAKIL SAHAJA !!…BUKAN TUAN !! kpd rakyat….INGATAN PADA SETIAP WAKIL RAKYAT …JANGAN CUBA 2 BERLAGAK MACAM TUAN PULAK !..lihat pada BEKAS2 WAKIL rakyat..skrg…yg tak jadi wakil lagi (tiada apa2.kuasa.!!!!)…apa yg anda dpt buat sekarang ni..???....TAK DAPAT BUAT APA2 ??!!….dan setiap WAKIL2 ini akan dibayar gaji oleh wang rakyat ( dari Pembendaharan Negara - hasil cukai dsb)…INGAT !! Gaji Wakil Rakyat tidak dibayar oleh duit parti mana2, baik PAS, UMNO dsb…Contoh… wakil rakyat PAS, tidak dibayar gaji melalui yuran ahli PAS yg beratus ratus ribu tu..banyak mana sangatlah yg boleh dibuat oleh yuran ahli PAS tu…?,..begitu juga Wakil rakyat BN/BA/UMNO/DAP/PBS dll ianya sama aje…....… ini FAKTA tidak boleh dinafikan. Saya rasa semua jelas…

Sekarang kita buka minda kita lagi pada..APAKAH TUGAS WAKIL RAKYAT SEBENARNYA…….setiap wakil rakyat..ada amanah / kerja / tugas yg diberi oleh rakyat kawasannya utk dilaksanakan…SEBAB ITULAH DIA DIPILIH/UNDI…SEBAGAI MEWAKILI RAKYAT KAWASANNYA…..”DIA DIWAKILKAN SESUATU TUGAS/AMANAH UTK DISAMPAI PADA PARLIMEN & DILAKSANAKAN !!”…atau dgn bahasa yang mudah..dia KENA LAKSANANKAN AMANAH / BUAT KERJA YG. DIAMANAH @ DISURUH @ DIARAHKAN RAKYAT..BUKAN BUAT KERJA DEMI KEPENTINGAN PERIBADI..…..LEPAS TU RAKYAT AKAN BAYAR GAJI PADA TIAP2 WAKIL..INI…...MAKNANYA…SETIAP KERJA YG DIBUAT OLEH WAKIL2 RAKYAT INI BUKAN LAH DIBUAT KERANA BELAS KESIAN / IHSAN WAKIL KEPADA RAKYAT TAPI KERANA MELAKSANAKAN AMANAH RAKYAT YG TELAH MELANTIKNYA...kan mudah dan jelas tu !

Apakah amanah/kerja/tugas Wakil rakyat..?,…..mudah aje..!….iaitu BANGUNKAN RAKYAT KAWASANYA / BUAT PEMBANGUNAN (ROHANI + JASMANI/FIZIKAL)…biar seimbang ( istilah PEMBANGUNAN selalu sangat cuba disalahgunakan insyaallah..akan jelas nanti )….walaupun satu ayat aje iaitu…..”PEMBANGUNAN”….tapi ianya mengandungi erti yang mendalam & menyeluruh meliputi semua bidang kehidupan…… apakah pula erti “PEMBANGUNAN”…..Buat bangunan besar2 ! …itu aje ke …! ….kalau begitu anda tidak faham lagi !…….dalam bahasa mudah….”BANGUNKAN KAWASAN YG DIWAKILI MAKA TERBANGUNLAH…NEGARA SELURUHNYA”…..caranya…..bekalkan kemudahan awam…..buat Jalanraya, balairaya, sekolah, pusat kesihatan, tempat2 ibadat, bekalan air/elektrik, rancang program2 utk kepentingan rakyat/bangunkan minda rakyat dan lagi dan lagi….anda/sdra. semua tahu sendiri !!!! tak larat nak cerita….Maka jelaslah kepada kita BUAT PEMBANGUNAN adalah KERJA YG DIARAHKAN RAKYAT KEPADA WAKIL2 RAKYAT UNTUK DILAKSANAKAN & DIA DIBAYAR GAJI @ UPAH OLEH RAKYAT (Upah dia berfikir/merancang untuk buat pembangunan)…BUKAN WAKIL RAKYAT BUAT ATAS DASAR SUKA2 DIA AJE @ BELAS IHSAN UNTUK RAKYAT….seolah2 rakyat yg telah melantiknya itu adalah “PENGEMIS PEMBANGUNAN”..TERBALIK PULAK JADINYA…. lucu betul..!!!.. manakala dia pulak berlagak macam TUAN, rakyat yg telah melantik dia seolah2 mengharapkan belas ihsan dr. dia…… ”.JANGAN HARAP RAKYAT AKAN SENANG KALAU AKU TAK BUAT PEMBANGUNAN…..!!!”….Kata wakil rakyat yang tak sedar diri siapa dia yg sebenarnya..!...SEGALA KEMUDAHAN @ PEMBANGUNAN ITU DIBUAT DGN DUIT RAKYAT TIDAK ADA SATU SEN PUN DARI DUIT SAKUNYA @ DUIT PARTI ( YURAN AHLI PARTI ) MALAH UPAH@GAJI (UPAH RANCANG @ BUAT PEMBANGUNAN) DIA PUN RAKYAT YG BAYAR !…..ini adalah fakta dan telah jelas kepada kita semua berani ke anda menafikannya !…

Kalau parti mana2 yang memerintah kerajaan (Rakyat) maka perkara yang sama akan dilakukannya…Contoh : bangunan sekolah…dimana mana negara pun ada dibina…samaada dinegara2 mundur/maju….ada sekolah ada hospital dll …cuba tanya parti mana yg memerintah dinegara tersebut ? sudah tentu bukan BN/UMNO dsbnya !….maknanya kalau dinegara kita skrg…BN/UMNO yg memerintah kerajaan Malaysia …adalah salah samasekali kalau dia mendakwa hanya ia aje yang buat PEMBANGUNAN kalu parti lain yg memerintah BELUM TENTU BOLEH BUAT MACAM KAMI BUAT !……PAPAN TANDA PROJEK PEMBANGUNAN DIMANA2 … PUN..DGN JELAS TERPAPAR….”SEBUAH PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN”…ORANG/PARTI LAIN TAK AKAN DPT BUAT …..KAMI AJE YG BOLEH BUAT PEMBANGUNAN !! ! dakwaan ini tak masuk akal langsung…….cuba anda tanya rakyat di negara2 Amerika (Negara Maju)/Singapura/Indonesia/Afrika (negara mundur) ada tak sekolah/bangunan2 tinggi dll …..apakah disana BN/UMNO yang memerintah…tentu bukan…tapi pasal apa disana ada macam2….PEMBANGUNAN…bezanya pembangunan yg dibuat tersebut dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan negara masing2..…ada yg lebih hebat dr kita pun! …jgn pula kita hendak bandingkan dgn pembangunan dinegara Afrika…..kalu UMNO ditakdirkan memerintah disana pun sama jugak jadinya…..pasal apa tu ???…negara dia tak ada hasil mashul cam kita..!!…kita ni nasib baik…ada minyak dsbnya …cukup2 kaya…sebab tu la…kita rakus….kita rasa seolah2 macam hak mak bapak kita yg punya !!....cuba bandingkan dgn Amerika/Singapura/Brunei…AMACAM !...boleh lawan ker ??….jawabnya terduduk laa kita !!!!!…. cuma maklumat berhubung dgn pembangunan dr negara lain tidak sampai kepada kita akibat kurangnya pendedahan oleh media tempatan & tiadanya inisiatif sendiri bagi membuat kajian…. ..ada negara tu.. sampai kos pengajian hingga ke peringkat Universiti pun ditanggung oleh kerajaan ....tak mahu tanya ke… di negara mana ??….tu laaa… malas menkaji /membaca mana nak tahu.?? !!!…..saya tak akan jawab melainkan anda sendiri mengkaji, mencari dgn cara membaca bahan pelbagai sumber… lebih baik lagi, pergi mengembara serta melihat sendiri…. jgn asik dengar org cakap aje@TV@AKBAR …anda akan terpegun dgn kemajuan dinegara2 tersebut tak lah jadi macam OTAK KATAK BAWAH TEMPURUNG !!!

Begitu jugak kalau PAS yg perintah dia tak boleh buat dakwaan hanya dia yg boleh buat PEMBANGUNAN ( pasal pd masa tu sumber kekayaan Negara dibawah kawalan PAS spenuhnya bukan lagi dibawah BN ), manakala parti2 lain tidak boleh buat….!…kerana apa ?…..setiap wakil rakyat/ketua wakil rakyat (PM)…dia kena buat kerja untuk @ yg diarah oleh rakyat yg melantik dia (kena Buat Pembangunan) lepas tu barulah gaji akan dibayar @ kalau malas laksanakan amanah rakyat…letak jawatan ..orang lain pula akan naik & buat ! ..habis cerita…sekali lagi ini adalah Fakta yg tak boleh dinafi…minda anda jelas sekarang. Saya harap anda tak ditipu lagi !!!…AWAS !….

Contoh yg paling2 nyata….yg berlaku…untuk menjelaskan lagi bukti ini adalah……PENARIKAN BALIK ROYALITI MINYAK TRG ….apa hakikat disebalik kejadian ini….SAYA MENYERU .WAHAI..RAKYAT MALAYSIA…. …..mari kita lihat YG SEBENARNYA TERSIRAT disebalik isu ini….yg ada kaitan dgn isu pembangunaan @ Perlaksanaan projek2 pembangunaan oleh pihak lain.. sebagaimana yg telah saya terangkan sebelum ini !….tapi kebanyakan pimpinan kerajaan negeri Trg/PAS mungkin tidak nampak….!….SEBAB ITULAH.. IA SELALU tekankan dlm setiap ceramahnya diseluruh negara…..asik2 dgn dendam parti yg kalah…dendam pd rakyat Trg…entah apa2 lagi…….tak tepat untuk di”hightlight”kan tu…!!!! Sebenarnya…kita tahu…..kalau hasil royaliti minyak…itu diberi kepada kerajaan PAS Trg…..nak tahu apa akan jadi ???…AGAK2…APA ??….TERLINGKUP KE…TRG…@….EXCO2 / PIMPINAN PAS TRG. TENGOK AJE KE DUIT YG BERJUTA2 TU…TERPUKAU TERPAKU LAGI TERKEBIL2…MATI AKAL….TAK TAHU NAK BUAT APA2 KE DGN DUIT YG BERJUTA2 TU…???...@ IA BAHAGI2KAN DUIT ROYALITI ITU ANTARA PIMPINAN2 PAS TRG…TIAP SEORANG DAPAT 4 @ 5 JUTA LEPAS TU. BUAT MAHLIGAI CAM DI PUTRAJAYA ….GITU KE WAHAI RAKYAT MALAYSIA…MUDAHNYAAAA…??!!…….disini peri penting kejernihan hati utk melihat perkara sebenarnya sebab2 mengapa royaliti ditarik balik oleh kerajaan Pusat.. yg mana saling kait mengait dgn isu perbangunan / perlaksanan pembangunan oleh orang /golongan /parti lain..! Sebenarnya…akan berlakulah apa yang saya katakan sebelum ini…kerajaan Negeri Trg. tidak ada cukup wang untuk buat pembangunan maka pembangunan tidak dapat dibuat dgn lancar & seterusnya didakwalah kerajaan Trg tak reti buat pembangunan…yg reti adalah Pusat aje !....cam mana nak buat pembangunan duit royaliti yg berjuta2 yg sepatutnya disalurkan kpd kerajaan Negeri Trg telah diPUTARBELITkan menjadi wang IHSAN dan .disalurkan terus oleh kerajaan Pusat ke Rakyat Trg !!!!….JADI NAMPAKLAH JELAS KEPADA RAKYAT..YG BOLEH BERI DUIT/PEMBANGUAN ADALAH PUSAT !!!!!!!!!!!...SIKIT2 PUSAT PUSATTTTTT..Kerajaan Negeri Trg….tak dapat buat apa2 terkebil2 matanya….Kalau duit royaliti terus disalurkan kpd Kerajaan Trg…dan kerajaan Trg…pula akan salurkan kepada rakyat…MAKA TERBONGKARLAH…SEGALA2 !!!....rupa2 kerajaan Trg juga boleh beri “duit” ( buat pembangunan ) kpd rakyat !!......ini sebenarnya untuk…memberikan tahu rakyat bahawa “tangan” yg memberi wang/pembangunan itu adalah PUSAT bukan Kerajaan Trg….betapa baiknya PUSAT !!....beri “duit” pada rakyat !

Ketahuilah Setiap Wakil rakyat yg diamanahkan rakyat untuk mentadbir kerajaan/rakyat akan @ malah WAJIB MEMBUAT PEMBANGUNAN…sesuai dgn kemampuan kewangan negara / negeri yg ada.….INI LAH YG SANGAT2 DITAKUTI OLEH PIHAK YG BERKENAAN…MAKA RAKYAT AKAN SEDAR…..RUPA2NYA PEMBANGUNAN AKAN DIBUAT JUGA OLEH PAS @ SEMUA PARTI YG MENTADBIR KERAJAAN……TERBONGKARLAH KEPALSUAN SELAMA INI…KUNUUUUNNYA KAMI AJE YG BOLEH BUAT PEMBANGUNAN MANAKALA…PARTI2 LAIN JANGAN HARAPLAH..….MAKA DGN SEBAB ITU SEBELUM RAKYAT SEDAR AKAN KEUPAYAAN PIHAK LAIN DALAM MEMBUAT PEMBANGUNAN…….JALAN MUDAHNYA IALAH TARIK BALIK ROYALITI @ SUMBER KEWANGAN NEGERI !…..PAPAKEDANAKAN KERAJAAN NEGERI TRG !….BIAR DIA TAK ADA DUIT DAN TAK DPT BUAT PEMBANGUNAN…..DGN HARAPAN RAKYAT AKAN BANGKIT. MEMBERONTAK DAN MENUDUH PAS TAK PANDAI BUAT PEMBANGUNAN YG PANDAI ADALAH AKU AJE…!!!…...INILAH HAKIKAT DISEBALIK PENARIKAN TERSEBUT!….INI YG WAJIB DIHEBAHKAN KESELURUH NEGARA !......begitu juga dgn. janji kerajaan persekutuan utk memberi kerajaan negeri TRG…sejumlah wang “Ihsan ( wang belas-kesian !)”…jangan haraplah ia nak bagi…..lagikan perjanjian “ROYALITI” dgn PETRONAS boleh dilanggari, boleh bertukar dari ROYALITI (wajib beri) jadi “WANG IHSAN” (ikut suka aku..nak bagi ke tak nak bagi .!!... wang kesian katakan )…lagi pun…spt yg saya jelaskan sebelum ini…kalau bagi wang ihsan tersebut kerajaan Trg. Tentu akan buat pembangunan utk rakyat…maka .nampak dan terbongkarlah. PENIPUAN & PEMBOHONGAN DIA TU…kununnnnnnnya kerajaan persekutuan saja yg dpt buat pembangunan !….

Sebab itulah jugalah….pihak yg menarik balik royaliti tersebut…..selalu aje menempelak kerajaan Trg ( lagi hebat terutama dekat menjelang Pilihanraya )…TIADA PEMBANGUNAN DI TRG SEMENJAK PAS MEMERINTAH.!!…..BGN PERPUSTAKAAN NEGERI YG BARU DIRASMI ITU PUN HENDAK DIJADIKAN ISU….KUNUNNYA IA DIBINA SEBELUM PAS MEMERINTAH…MALAH LEBIH PARAH LAGI SEOLAH2 IANYA DIBINA OLEH DUIT PARTI .DIA (UMNO) & PEKERJA YG MEMBINA SEMUANYA DARI AHLI UMNO (BN)….TIADA AHLI PAS……BGN PERPUSTAAAN NEGERI TELAH JADI MACAM HAK PARTI BN/UMNO…..PIHAK BN/UMNO TRG PATUT LETAK PAPAN TANDA DEPAN PINTU MASUK UTAMA KE PEPUSTAKAAN NEGERI….NYATAKAN DISITU….”UNTUK AHLI2 UMNO SAHAJA”…… KELAKAR SUNGGUH AUTA ENGKAU ORANG YA !…inilah akibat kalau tidak faham akan perkara sebenarnya. serta masih menyangka RAKYAT TERBANYAK TERLALU BODOH akan hakikat perkara ini !…ini adalah jelas !…..KALAU BEGITU MACAM MANA NAK ADA PEMBANGUNAN…DITRG..…. ENGKAU ORANG MAIN KOTOR DIBELAKANG TABIR……STOP ROYALITI….LAMBATKAN GRAN PEMBANGUNAN DGN CARA TAK IKUT JADUAL PEMBAYARAAN ( begitu juga dikelantan….sehingga kini (9/2001) kerajaan Kelantan hanya terima 19 juta ringgit daripada 120 juta yg diperuntukan dari kerajaan Persekutuan bagi tahun 2001yg akan tamat tahun kewangannya beberapa bulan lagi ! )….TAK ADA DUIT….NAK BUAT PEMBANGUNAN CAM MANA oii !!??……Boleh buat dgn air liur ke ???……KALAU BOLEH BUAT PUN AMAT SEDIKIT & TERHAD ( duit untuk pembangunan diberi sedikit2 !! )..…LEPAS TU HANG CANANG SELURUH NEGARA …”KERAJAAN PAS TRG TAK PANDAI BUAT PEMBANGUNAAN.!!…….MAKNANYA KAMI (UMNO/BN) SAJA YG BOLEH BUAT PEMBANGUNAN !!”…..kelakar betul taktik dan teknik engkau orang !! …hang ikat kakitangan + tutup mulut + tutup mata ( tarik royaliti + lambatkan serta persukarkan gran wajib peruntukan pembangunan ke negeri2 dibawah kekuasaan PAS ) hang pukul bertubi2 PAS Trg & Kelantan ( canang keseluruh alam PAS tak reti buat pembangunan )…mati laaa cam ni….hang kat pusat suka aje !…suka laaaa sepuas2 hati !!!!….ini lah akibatnya kalu kita mengamalkan dasar politik yg tidak islamik (secular) yg definasi politik secular sebenarnya ialah “ Satu seni tipu daya, putar belit bagi mendapatkan dan mengekalkan kuasa….masalah kebenaran /kejujuran/ keadilan / dosa pahala diketepikan tak ada dlm agenda politik secular ni sama sekali ” ( sebab itu jugalah ia nak pisahkan politik dari agama..dgn adanya dosa pahala dlm poltik ini, ianya amat “menyusahkan” ahli secular nak berpolitik !...tapi sebenarnya golongan ini tidak yakin ujudnya dosa & pahala...kalau ianya percaya & yakin perkara2 yg dinyatakan sebelum ini tidak akan berlaku ! )

Begitu juga dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan setelah kemenangan PAS menawan negeri tersebut…hakikatnya juga sama…untuk mengelakkan dari terbongkarnya dakwaan palsu bahawa “AKU AJE YG BOLEH BUAT PEMBANGUNAN !...... LAIN2 PARTI YG MEMERINTAH TAK BOLEH ! ”...dgn tertubuhnya JPP maka saluran peruntukan kewangan persekutuan untuk projek2 besar pembangunan tidak lagi terus kpd kerajaan negeri PAS…sebaliknya di”bypass” ke JPP bagi tujuan membuat pembangunan di negeri tesebut…dgn itu seolah2 nak memberitahu kepada rakyat kelate …bahawa pembangunan dinegeri tersebut hanya dibuat oleh kerajaan Persekutuan melalui “proxy”nya (JPP)…ini jelas terpapar melalui kenyataan dipapan tanda ditapak projek….seperti…” Sebuah lagi projek Kerajaan Persekutuan “ !, cuba anda semua renungkan sejenak…..andai kata semua peruntukan pembangunan dibuat terus kpd kerajaan negeri Kelantan , apa akan jadi….??...Nik Aziz & the geng akan menggunakan duit tersebut utuk membesarkan perut masing2 ker…tak reti betul Nik Aziz & the geng tu !...bukan begitu !….ANDA SENDIRI BOLEH JAWABKAN ?.....Nampak dgn jelas dimata rakyat Kelantan bahawa Kerajaan negeri akan membuat apa yg telah diamanahkan rakyat…Pembangunan akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan !......akan menangislah pembohong2 kerana terbongkar segala kepalsuan yg cuba disogokan selama ini !..silap2 gaya terus kojoi pasal apa ? kerana nyawa poltiknya terletak pada “POLITIK PEMBANGUNAN SEMATA2 “

Mari kita teliti pula kenyataan berikut,

“ Hanya yg diperlukan ialah bersyukur kepada tuhan. Nikmat yg kita dapati bukan dari org yg. menyampaikannya. Jika tidak org itu, org lain yg akan menyampaikan. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kpd nabi Muhammad saw, jika tidak Nabi Muhammad, org lain akan diutuskan utk menyampaikan agama islam. Oleh itu tak perlulah kita mengagung2kan nabi muhamad. Memadailah dgn bersyukur kpd Allah swt sahaja ! “

Kenyataan ini juga ada kaitan dgn isu pembangunan (nikmat) & anda boleh lihat betapa jahilnya ia berhubung dgn soal siapa kah yg sebenarnya yg membuat pembangunan dan kepada siapakah sebenarnya yg perlu kita beri penghargaan & ucapan terima kasih, disamping itu, ia juga mengambarkan perasaan hati, betapa tidak puas hatinya kpd org yang tak mahu berterima kasih kpdnya seolah2 hanya dia saja yg terlibat dalam membuat pembangunan negara sehingga tanpa menyedari telah membawa kiasan yg tersasar !. Mari kita selidiki kenyataan tersebut….spt yang saya jelaskan sebelum ini…..pihak parti yg memerintah kerajaan/Rakyat ( dlm kontek Malaysia, BN/UMNO…..menyediakan peruntukan keWANGAN ( duit ini sebenarnya duit rakyat dr pelbagai parti….IA BUKAN DUIT PARTI UMNO @ PAS @ MANA2 PARTI … INGAT !!…DIA…SEDIAKAN PERUNTUKAN TU BUKAN DIBUAT ATAS IHSAN DIA SPT YG SAYA JELASKAN SEBELUM INI, TAPI ATAS DASAR ARAHAN DARI RAKYAT KPD WAKIL RAKYAT(YG JADI MENTERI) YG MESTI BUAT PEMBANGUNAN KALAU DIA TAK SEDIAKAN PERUNTUKAN UTK BUAT PEMBANGUNAN, RAKYAT BOLEH “PECAT” IA DGN CARA TAK UNDI DIA.. ..maka akan jadilah ia Ex-Wakil rakyat yg melukut ditepi gantang tapi masih untung lagi ada pencen ! ( Pada bekas2 wakil kita apa kabar semua…??. dok buat apa skrg ni, berniaga ke ? maklumlah banyak contact kan ??)…tak ada kuasa ..kerana mengkhianati AMANAH RAKYAT SEBAB TAK BUAT KERJA YG DIARAHKAN …! )

Jadi ringkaskan cerita….parti yg memerintah sediakan wang utk buat pembangunan (sebenarnya atas dasar arahan rakyat kerana menggunakan duit Negara/rakyat bukan yuran ahli parti) ……seterusnya yg buat pembangunan adalah RAKYAT keseluruhannya !….Andaikata kalau ada peruntukan kewangan tetapi RAKYAT keseluruhan tak mahu bekerja tak jadi juga pembangunan !…yg paling banyak terlibat dalam pembangunan adalah rakyat terbanyak…bukan seorang dua pimpinan aje yg kononnya menyediakan peruntukan pembangunan !!!…..kemudian tu ,.apa pasal yang anda merapu sampai perli org & nak larang dr berterima kasih kpd nabi ni !….nabi tak ZALIM CAM KITA TU …DOUBLE STD. !!….SATU MUKA TUNJUK KESIAN SERTA MANIS…SAMPAI SANGGUP MERAYU DAN MENANGIS MINTA SIMPATI BILA BERDEPAN DGN RAKYAT …..SATU MUKA LAGI TAK ADA KESIAN BELAS & AMAT BENGIS PD YG MENENTANG @ TAK MENGIKUT KEHENDAKNYA.. !!

Untuk renungan semua supaya mudah difahami hakikat rantaian perlaksanaan Pembangunan……

“ Alkisah...seorang Ketua Wakil Rakyat (PiEm) keluar negeri…terpaku ia tertengok akan sebuah bangunan indah lagi tinggi….maka terfikir dlm mindahnya…Kami Pun Boleh…bina dinegara sendiri bagi dinikmati oleh rakyat negeri tapi sebenarnya untuk syok sendiri ….pulanglah ia kenegara sendiri mengarahlah ia akan anak negeri (Pegawai Kerajaan & rakyat negeri) akan kehendak diri bagi membina bangunan indah lagi tertinggi….berkerjalah siang dan malam buruh-rakyat-pegawai kerajaan negeri merancang merangka dan terus membangun membina sehingga siap megah tinggi berdiri, Akhir sekali datanglah ia bagi merasmi….. cukup2 senang..jenis manusia ini…mendakwa ia keserata negeri…AKU AJE YG BOLEH BUAT PEMBANGUNAN INI !!….AKU BOLEH !.. tapi sayang sebahagiannya kosong dan sepi... fikirlah dgn. halusi siapakah sebenarnya yang membuat Pembangunan ini ! “

…HARAP..FAHAM SEMUA ???!.....

cuba anda perhatikan & kiaskan juga untuk projek2 yg digahkan sangat tu..spt. LRT/KOMUTER/Monorel/ERL dsbnya…projek2 ini telah lama ujud dinegara Negara luar spt Paris/London/Singapura dsb..ianya cuma tunggu kita tiru aje idea tersebut oleh kita yg terpegun dgn projek tersebut utk dimplementasi dinegara kita oleh rakyat keseluruhannya ( firma2 perunding / pegawai kerajaan / kontraktor / buruh dsbnya )…” yg lain2 ” tu tunggu datang resmi aje !…...potong Riben !!!..........cuba ulangi sekali lagi !!.......keluarkan idea + sediakan peruntukan ….lepas tu datang potong riben !..... u all ni selalu buat kelakarlah !! )

2 ) ISU PARTI & KERAJAAN

Dua istilah ini juga tidak sunyi dari dikelirukan, sebenarnya istilah parti & kerajaan mempunyai pengertian yg berbeza secara yg paling mudah.….parti/party/kumpulan/harakah/jamaah dsbnya adalah istilah2 aje ! yg cuba diputar mainkan ia..adalah sebenarnya sekawan manusia yg berpadu atas satu nama utk mencapai sesuatu tujuan / menawarkan diri/group untuk mendapat sokongan/undi rakyat/kerajaan bagi mendpt kuasa memerintah manusia/rakyat/negara. Manakala istilah kerajaan adalah digunakan untuk RAKYAT keseluruhan dari semua golongan ….sebab itu lah timbulnya rangkaikata “PARTI YG MEMERINTAH KERAJAAN/RAKYAT”, “PEGAWAI KERAJAAN” ,“HAK KERAJAAN” dsbnya….apa erti semuanya ini ??…HAK KERAJAAN adalah HAK RAKYAT ….JELAS….SEKARANG!..kalau ada orang yg mengatakan HAK KERAJAAN itu adalah HAK SAYA @ HAK PARTI….apa anda akan kata pada orang tersebut…tentu anda akan kata dia itu sebenarnya adalah jahil / tiada ilmu…begitu jugak PEGAWAI KERAJAAN sudah tentu bukan PEGAWAI / AHLI PARTI… ..

Contoh ! …..JABATAN PENERANGAN..adalah sebuah jabatan kerajaan…ia bukan hak parti mana2 tapi apa yg. jelas berlaku…..disamping ia menjadi saluran penerangan /berita pembangunan yg dilaksanakan pegawai kerajaan/rakyat keseluruhannya (bukan parti yg buat.…rakyat yg laksana sebenarnya..!) ianya juga diguna dgn rakus untuk menyebarkan propaganda satu parti aje…berita lain2 golongan/parti yg tak sehaluan dilarang sama sekali kalu ada pun berita hanyalah yg memberi gambaran yg cukup2 negatif golongan berkenaan…. .seolah2 pegawai2 kerajaan di jabatan tersebut digaji oleh ahli parti berkenaan…..kita tak kesal..kalau ianya dibayar gaji oleh ahli parti berkenaan…gunalah dgn sepuas2nya….tapi dgn syarat…..gaji petugas di RTM/jabatan penerangan MESTI dibayar gaji oleh parti…bukan dr. pebendaharaan negara/hasil mahsul rakyat keseluruhan….ini lah akibat kalu tak faham beza antara hak kerajaan & hak parti…..parti hanya jalankan amanah kerajaan bukan tuan kpd kerajaan ….FAHAM + INGAT TU !

Ditegaskan lagi, setiap pegawai kerajaan/rakyat gajinya sudah tentu dibayar oleh wang rakyat..bukan yuran ahli parti politik sebagimana juga wakil rakyat…kerana masing2 bertanggungjawab pada rakyat…maka sudah sepatutnyalah rakyat membayar upah/gaji kerana melaksanakan tugas/amanah dari rakyat untuk membangun rakyat/negara….Pegawai2 Kerajaan ( Rakyat )lah yg sebenarnya melaksanakan polisi / segala jenis pembangunan dari peringkat perancangan awal sehinggalah sesuatu projek pembangunan itu siap sempurna manakala wakil 2 rakyat adalah mereka yg membuat dasar2 bagi tujuan membangun / menjaga kepentingan rakyat/negara..dan mengarahkan pegawai kerajaan/rakyat bagi melaksanakan dasar2 tersebut sehingga jaya

Contoh !, PEMBERIAN BIASISWA….kalau ada pihak tertentu…bercadang nak beri biasiswa pelajar hanya kpd golongan yg menyokong PARTI DIA SAHAJA !….. peruntukan biasiwa tersebut MESTI lah dari duit PARTI DIA..…BUKAN DARI PERUNTUKAN KERAJAAN@RAKYAT …..ADALAH SALAH SAMA SEKALI…DUIT HAK KERAJAAN/RAKYAT TELAH JADI MACAM DUIT PARTI @ HAK PARTI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK PARTI DIA AJE…ini jelas salah !….begitu juga dgn TAWARAN KERJA DIJABATAN KERAJAAN YG DIBAYAR GAJI MELALUI PERUNTUKAN KERAJAAN ( BUKAN SUMBER KEWANGAN PARTI ) ianya diiklan secara terbuka untuk seluruh warga negara dari semua golongan rakyat tanpa mengira parti…..pemilihannya dibuat secara Profesional…bukan berdasarkan sokongan pada mana2 parti..…..SEBABNYA MUDAH….GAJINYA DIBAYAR OLEH KERAJAAN/RAKYAT…KERANA IA BERTUGAS UNTUK KERAJAAN/RAKYAT BUKAN UNTUK PARTI !…..SEKALI LAGI JELAS KERAJAAN & PARTI ADALAH DUA ISTILAH YG BERBEZA MAKNANYA…!….MENENTANG PARTI YG ZALIM BUKAN BERERTI MENENTANG KERAJAAN…..BERKHIDMAT UNTUK KERAJAAN/RAKYAT TIDAK SAMA BERKHIDMAT UNTUK PARTI !......ahli parti/wakil rakyat tak layak untuk menyuruh pegawai kerajaan yg berkhidmat dgn jujur utk rakyat supaya meletak jawatan …kerana yg ditentang adalah kezaliman yg ditimbulkan parti yg memerintah kerajaan (rakyat) !.....kalau tak faham lagi asas ini.…tak tahulah….memang bengap betul !

3 ) ISU DEMOKRASI & HAK RAKYAT

Demokrasi yang bererti kuasa rakyat , dgn kuasa rakyatlah maka terlantiknya wakil wakil dr rakyat untuk mentadbir(memerintah) negara dgn bermatlamatkan membawa negara kearah kesejahteraan…dengan kuasa yg diberi rakyat ia dpt mentadbir & membangun jgn harap seorang itu dpt buat apa2 jika rakyat tak lantik/beri kuasa pd dia..maka tidak patut sama sekali setelah rakyat beri dia kuasa dia pulak bertindak seolah2 menjadi “Mahakuasa” terhadap rakyat…rakyat pulak seolah2 “Hamba” yg. boleh diperlakukan sesuka hati..dipermain2kan mindanya dgn memutar belit isu isu tertentu & bertindak memandu bagaimana rakyat harus berfikir dan bertindak…rakyat seolah2 terlalu bebal & bodoh sekali untuk berfikir sendiri…masyAllah !

Dalam sesebuah negara yg. mengaku mengamalkan demokrasi samada dgn dakwaan demokrasi ala timur @ ala barat @ ala utara @ ala selatan ..itu pun jika ada la ! ..ia tak boleh lari dari prinsip asas yg dijamin yg mesti ada iaitu….antaranya adalah…hak bersuara bagi mengemukakan pandangan/pendapatan , hak berhimpun secara bebas & aman, hak mendapatkan maklumat / mendengar pandangan kedua, hak mendapat perbicaraan yg adil dsb….kesemua hak2 ini adalah asas, tak dpt tidak mesti ada….dlm sesebuah negara yg ingin mendakwa ianya mengamalkan demokrasi.

Jelas jika dlm sesebuah negara yg mendakwa mengamalkan demokrasi tapi tidak membenarkan diadakan perhimpunan yg ingin dibuat secara aman dgn mengemukan pelbagai alasan yg sepintas lalu nampak “MASUK AKAL & LOGIK” …yg biasa kita dengar seperti….”untuk menjaga ketenteraman awam/menjaga keamanan negara”….. “jika ada perhimpunan akan berlaku huru hara” sekali dengar alasan tersebut…nampak OK aje..!..tapi sebenarnya ada yg tersirat ! …itu semua tidak benar… tidak ada perangkaan yg menunjukan begitu sama sekali….ini semua dapat kita lihat & buktikan dgn jelas berpandukan pengalaman dr dulu hingga sekarang…pihak keselamatan tentu setuju….berapa kalikah..selepas adanya perhimpunan/ceramah berlaku huru hara/kacau bilau...??..dimana, bila masanya….???..saya nak tahu !

Dalam stastistik pihak keselamatan TIDAK ADA yg ada ialah KACAU BILAU BERLAKU SETELAH ADA PROVOKASI pihak lain ( samada dr. org yg menyertai perhimpunan yg tidak faham @ org. luar ) terhadap perhimpunan AMAN…BUKAN DISEBABKAN PERHIMPUNAN TERSEBUT..TAPI DISEBABKAN PROVOKASI..yg menyebabkan orang naik marah & tak puas hati kerana tak dpt mendengar syarahan/ceramah secara aman…org akan bertindak..jadilah huru hara..!!…….sepatutnya pihak keselamatan..mengambil langkah2 menengok aje + dengar + awasi dari jauh + jgn cuba2 buat PROVOKASI..PAKSA & DESAK suruh bersurai…&..lepas tu DISEMBUR + .PUKUL ORG akibat tak mahu bersurai …tak ada sebab nak bersurai….dia dibuat secara AMAN + dibenar oleh perlembagaaan Negara…yg tak benar Cuma org politik yg buat2 alasan yg sedap didengar spt yg saya nyatakan sebelum ini, maka jadilah PERHIMPUAN AMAN YG “DIHARAM” !!

Perhatikan adakah berlaku selepas menyertai perhimpunan / mendengar ceramah/syarahan…orang2 akan mengamuk tidak tentu pasal ..…pd ketika itu barulah boleh bertindak !….itu pun jika ada berlaku…ternyata tidak ada !…. yg ada, adalah org akan mendapat kesedaran baru…inilah yg ditakuti….dan dikatakan menyebarkan FITNAH !! …maka ianya di HARAMKAN !!…telah berpuluhan tahun pihak dr golongan tertentu spt PAS membuat perhimpunan/ceramah….tak pernah ada org. yg lepas dengar ceramah terus naik berang dan mengamuk pukul org tak tentu pasal….TAK PERNAH ADA sejak dr dahulu lagi…..habis pasal apa kita buat2 alasan bila buat perhimpunan akan jadi huru hara…JELAS ALASAN TERSEBUT ADALAH BOHONG LAGI PENIPU !!

Setiap manusia suka kepada keamanan sebab itu permohonan untuk mengadakan perhimpunan AMAN..bagi menyatakan pendapat/pandangan kedua secara sah yg. dibenarkan dibawah perlembagaan Negara patut dibenarkan…..taklah jadi ia “PERHIMPUNAN HARAM”..kerja polis akan jadi senang… ia bertugas tengok2 + awasi perhimpunan, tak perlu PROVOK….DESAK SURUH BERSURAI… KEADAAN AKAN JADI TEGANG ini akan memulakan bibit2 awal nak jadi kacaubilau…!!..…macam mana tidak haram…minta cara baik ..nak buat cara AMAN & HALAL tak diberi !!!… takkan tak tahu….hak berhimpun SECARA AMAN di jamin dibawah perlembagaan negara …pasal apa tak benarkan ??!!…SEBENARNYA DGN TIDAK MEMBENAR @ MENGADAKAN PERHIMPUNAN SECARA AMAN BERERTI ANDA TELAH MENYALAHI PERLEMBAGAAN.& MENYANGGAH PRINSIP DEMOKRASI !!…

Andalah yg sepatutnya diHARAMkan dari tidak membenarkan perhimpunan AMAN dari diadakan …dgn itu selamatlah perhimpunan itu dari dinamakan “PERHIMPUNAN “HARAM”” !!....polis pun senang kerja..hanya memantau/tengok dari jauh aje TAK PERLU PROVOK DGN. CARA MENDESAK SUPAYA BERSURAI !!…tapi realiti yg berlaku terbalik pulak…dek kerana …anda yg jadi sakit telinga bila dengar hujah2 kebenaran dari penceramah + tak senang duduk dibuatnya…alih2 tak benarkan sebabnya akan menimbulkan huruhara !!………Apa.??.. anda ingat org yg. menganjurkan perhimpunan itu matlamatnya nak buat huru hara ker ?? anda ada buat kajian ker…@ anda ingat yg buat perhimpunan itu suka sangat pada huru hara ?…sebenarnya anda hanya REKA2 alasan yg sedap didengar bagi mengharamkan perhimpunan dari diadakan ..inilah relitinya… walau anda menafikan sekeras2nya sampai keluar air mata darah sekali pun, org yang berakal dinamis analitikal kritis dpt melihat dgn jelas sebab sebenarnya !!..

Hak mendapat perbicaraan adil juga nampaknya ada masalah, masalah ini timbul kerana ada peruntukan ganjil dalam undang2 negara yang dalam masa yg sama mendakwa mengamal prinsip asas demokrasi ( bertentangan antara satu sama lain ) peruntukan itu adalah “dakwa orang bersalah kemudian tahan tak boleh dibicara !!!..anda sedar ke betapa zalimnya peruntukan ini !! kita akan buktikan !“ ….peruntukan ini selalu disebut dgn ringkas sebagai ISA , iaitu usahkan untuk mendapatkan hak dibicara….org yg didakwa salah dibawah akta tersebut terus lesap tanpa kabar berita ditahan ditempat yg tak tahu dimana, anakbini sanaksaudara risau tidak terkira dek akta cukup berbisa !!…..alasannya..cukup logic lagi enak didengar..”BAGI MENJAMIN KESELAMATAN NEGARA”...KUNNUUUNYA !! (mohon kebenaran minta pinjam kejap ayat “reverse saikologi” ini boleh kan ?!)

Akta ini jelas menunjukan seolah2 pihak yg berkuasa tidak memberi kepercayaan kpd pihak kehakiman utk mebicarakan kes sekali gus menganggap seolah2 hakim tak reti nak membicara dan buat keputusan ….yg reti adalah pihak yg mendakwa salah pd mangsa yg didakwa….padanya ada segala kuasa …dia lah yg dakwa, dia lah yg tahan, dialah yg jatuhkan hukuman, dia yg mempenjarakan… bijak betul DIA.... dia pegang 4 jawatan dlm satu masa ! …Pendakwa, Polis, Hakim, Pegawai Penjara…… lepas tu pandai pulak tu berselindung di “belakang” polis kununnya polis yg tahan…KAMI TAK TAHU MENAHU.!!!… BUKAN KAMI !!!. …POLIS YG TAHAN ! …Polis tu bawah siapa ?, bawah KDN, KDN tu bawah siapa pulak ?, bawah Menteri, Menteri tu siapa ? pegawai kerajaan merangkap ahli politik UMNO/BN.! saling kait mengait pengaruh mengpengaruhi.!.....engkau orang kelakar betullah …..org kampung boleh laa…tapi kami anak org kampung akan balik bagi faham pd ayah kami yg juga org kampung ….amacam..!!…generasi lama dahulukala dgn fikiran lama yg keliru akan pupus INGAT TU !!

Mari kita renung sejenak…..skrg ANDA diamanahkan dgn kuasa oleh Allah melalui undi rakyat..dan anda lakukan tindakan tersebut dgn alasan yg anda sedia maklum…apa kata satu masa nanti Allah beri kuasa pada pihak yg anda zalimi …dan pihak yg anda zalimi tersebut melakukan perkara yg sama kpd ANDA…menangkap, mendakwa salah dgn alasan KERANA MENJEJASKAN KESELAMATAN NEGARA, terus tahan tak boleh bicara….apa perasaan anda ketika itu….. rasa2 sepjg. ingatan anda , anda tak pernah lakukan kesalahan tentu anda mendesak utk dibicarakan & dibuktikan dimahkamah tetapi malang, TIDAK BENARKAN DIBICARA oleh pihak berkuasa !!..agak2 puas hati ker….TAK USAH CAKAP BOHONG LAGI BERBELIT2 LA mengaku aje laaa….tentu tak puas hati…ujud perasaan yg amat marah…, sedih kecewa dan seribu dua macam lagi perasaan tak enak….sdra mara org ramai akan turut marah….ini lah bibit2 pencetus pd perasan tidak puas hati & kekacauan dlm masyarakat…bukan org suka sgt nak buat kacau …tapi sebabnya berpunca dari ANDA sendiri, gubal + laksanakan peruntukan Pelik ini !

Dalam amalan yg normal dan bertamaddun…setiap dakwaan bersalah perlu dibuktikan dalam mahkamah…..seseorang itu tidak dianggap bersalah kecualilah setelah DIBUKTIKAN bersalah oleh pihak mahkamah….ini tidak …DAKWA SALAH, BERSEKALI DGN. DAKWA ADA BUKTI TAPI TANPA PERLU KEMAHKAMAH & TERUS TAHAN FULLSTOP !!….. kan ZALIM tu… tak nampak ke…dah buta betul mata hati engkau org ni …ini semua pasal kuasa & harta …takut terlepas kan…maklum sajalah….dah tahu selok belok..guna kuasa tambah harta….jangan harap anda akan dpt harta yg bertimbun2 tu jika tak ada kuasa !.. kisah seorang khalifah Islam yg terkenal syaidina Ali kwj ketika mendakwa seorg yahudi yg telah mencuri baju besinya ,disebabkan bukti tak cukup ( sebenarnya Sy. Ali tahu yahudi tersebut memang benar mencuri hak nya tapi ia masih menyerahkan pd mahkamah utk memutuskannya berdasarkan keadilan hukum Islam…ia tak guna sewenang2 kuasanya sebagai Ketua negara ) maka yahudi dibebaskan…terpegun yahudi disebabkan keadilan hukum islam.. terus memeluk Islam !..INI LAH DIA KEADILAN ISLAM !…bukan macam HUKUM RIMBA U ALL TUU !?…tapi hairan bin takjud…masih ada hati nak mengaku MENGAMALKAN HUKUM ISLAM !!.. tak sedar diri betul !

4 ) ISU PERLEMBAGAAN, NEGARA & HUKUM ISLAM

Ada yg dakwa perlembagaan negara sama dengan piagam Madinah …begitu sekali keinginan utk menarik perhatian rakyat….betapa ia juga telah ikut melaksanakan apa yg dikehendaki Islam…dakwaan aje tak mencukupi….ia kena dibuktikan ! Kita semua telah maklum perlembagaan negara sebenarnya telah digubal oleh satu suruhanjaya dr pelbagai golongan yg bukan terdiri dr rakyat Malaysia… didalam nya terdapat pelbagai perkara/peruntukan undang2 & diantara peruntukan tersebut ada satu peruntukan yg cukup untuk membuktikan dengan jelas yg ianya TIDAK LAYAK UNTUK DISAMAKAN DGN PIAGAM MADINAH YG MELETAKAN ALQURAN SEBAGAI HUKUM TERTINGGINYA ! (walaupun tak dinyatakan !)….disebabkan peruntukan inilah maka rosak segala2nya dan ianya juga merupakan punca pertentangan hebat diantara dua parti politik melayu PAS & UMNO…..ini digambarkan dgn jelas melalui apa yg dinamakan sebagai “AMANAT HAJI HADI”….…

Amanat Hj. Hadi
"Saudara-saudara sekalian!"

"Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir."

"Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam."

"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku."

malah keujudan PAS tidak keterlaluan kalau saya katakan adalah untuk mengubah satu perkara/fasal yg celaka ini ! perkara2 lain yg tak selari menjadi kecil aje & secara automatik akan berubah secara perlahan2 bila fasal @ perkara asas dlm perlembagaan ini berjaya dipinda…!. ..Peruntukan/Perkara tersebut adalah berbunyi ….

” Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu “….

ini bermakna segala undang2 yg akan@telah dibuat akan terbatal dengan sendiri bila bertentangan dgn peruntukan ini dengan adanya peruntukan ini juga, MEMBUKTIKAN dgn jelas PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH HUKUM YG UTAMA @ TERTINGGI YG BOLEH MENENTUKAN SAH@BATALNYA SESUATU PERKARA DLM. NEGARA !!….BUKANNYA ALQURAN !

Kesan dari peruntukan tersebut, hukum yg telah jelas ditentukan Alquran akan terbatal dengan sendirinya bila hendak dilaksanakan kerana bertentangan dgn peruntukan ini….peruntukan inilah juga yg meng”KIV”kan hukum Hudud yg digubal oleh Kerajaan negeri Kelantan yg. sehingga skrg. tidak dapat dilaksanakan disamping adanya ugutan dari pimpinan UMNO sendiri…sila baca kenyataan pimpinan UMNO diPusat Bahasa Arab Nilam Puri pd. 3/3/94....ini semua fakta & bukti jelas menunjukan UMNO tidak mahu melaksanakan Hukum Islam..! ( Pihak UMNO mendakwa ianya “HUDUD PAS”…ini bukti jelas.. UMNO telah menuduh PAS membuat Hukum Hudud sendiri @ dgn kata lain PAS telah CIPTA HUKUM BARU yg bukan berdasarkan AlQuran !..sebab itu dia namakan “HUDUD PAS” BUKAN “HUDUD ISLAM”…ini adalah satu tuduhan yg amat berat….nampaknya PAS kena tukar nama ke Parti ISLAM barulah nampaknya dakwaan UMNO itu jadi sesuai dgn ….“HUDUD ISLAM” ! @ ia akan cari dakwaan lain utk. menunjukan PAS bukan bersungguh2 hendak mengamalkan Islam …bijak sungguh permainan pakar saikologi dr golongan ini ! ).

Sebenarnya banyak lagi perkara2 dalam perlembagaan Negara yg tidak selayaknya digubal walau dgn alasan apa sekalipun… tapi yg paling penting & pokok adalah tentang Perkara 4 (1) yg saya nyatakan tersebut kerana ianya merupakan ” Syahadah Negara” !!......asas Negara Islam ! yg lain2 spt…bina masjid, tubuh pusat islam, tubuh bank islam…anjur perujian (sebenarnya pertandingan !) Al Quran dll ….tak larat nak sebut…..!! @ lain2 yg bercorak Islam @ bernama Islam tu…semuanya pengisian pada Negara yg telah “mengucap” syahadahnya ….dgn cara “melaksanakan & meneyakini bahawa AlQuran adalah Hukum tertinggi”….ini samalah dgn seseorang yg bukan Islam yg nak masuk Islam ianya kena dimulai dgn mengucap dua kalimah syahadat barulah comfired Islam dan seterusnya selepas itu ia mesti melakukan semua tuntutan yg dituntut oleh syahadah yg telah diucapkan dgn cara melaksanakan segala perintah yg ditentukan Allah ! ( spt… bersolat, berpuasa dsbnya), kalau anda mengatakan apa perlu & penting nya mengubah perkara 4(1) perlembagaan Negara tersebut…ini samalah juga anda mengatakan apa perlunya kita mengucap untuk menjadi Islam !

Jelas bila sesebuah negara tidak menjadikan Al Quran sebagai hukum tertinggi @ asas dalam mengubal perlembagaannya maka dgn sendiri negara tersebut bukan Negara Islam ia cuma boleh dinamakan “ Negara Umat Islam yg sekular ” aje !….dakwaan sesetengah pihak bahawa negara ini adalah Negara islam berdasarkan kepada banyaknya masjid yang dibina, adanya jabatan Hal Ehwal Islam, adanya Mufti, Bank Islam dsbnya yg ada nama berunsur @ pengamalan Islam didalamnya tidak bermakna Negara ini adalah negara Islam….kerana apa ??…buktinya mudah….satu..cth aje … mufti & masjid juga ada di Kemboja & Thailand….tapi sanggupkah kita namakan Kemboja & Thailand tu negara Islam !..tentu tak sanggup !….sebenarnya terdapat ciri2 yg khusus bagi sesebuah negara itu baru boleh dinamakan NEGARA ISLAM…bukannya bila diperintah aje oleh org. Islam , ada masjid, ada jabatan Agama Islam dsbnya terus dilabelkan Negara Islam…cukup mudah !…. sedangkan ciri2 negara islam yg utama seperti.. perlembagaannya, tidak berdasarkan pd Al Quran…. maka sahlah dakwaan tersebut tersasar & terbatal !….

Mengapakah perlu kepada Perlembagaan yg didasari Al Quran disamping ciri2 lain baru boleh didakwa sebagai Negara Islam ???….Mengapa ???.. apakah rasionalnya ???….. mudah aje !…..bagi seseorang Islam yg. menyakini Alquran adalah sumber kebenaran yg. didalamnya merangkumi segala petunjuk, tidak ada padanya keraguan sedikit pun…untuk menjadikan nya sebagai panduan dalam mengatur urusan kehidupan bermasyarakat & bernegara supaya tidak terseleweng dari landasan yg benar !..mana mungkin seseorang itu mendakwa menyakininya tapi dalam masa yg sama tidak menjadikannya panduan dalam mengurus manusia !..cuba kita lihat dalam kita mengurus bidang social…..penuh dgn gaya bebas semuanya dianggap mudah, dosa pahala tak diambil peduli lagi !, dalam bidang hiburan…tak usah cakaplah…terbalik lingkup, dalam bidang politik…kita amalkan dasar matlamat menghalalkan cara….kita rempuh semacam aje asalkan tercapai matlamat…persoalan keadilan & kezaliman kita tolak tepi tiada dalam kamus minda kita !, lain2 bidang anda boleh lihat sendiri realitinya…jauh menyimpang ! …inilah akibatnya kalau dasar bagi mengurus manusia dibentuk tidak berpandukan kepada sumber rujukan yg benar & haq…..banyak yg menyeleweng dari yg benar dan ini sudah tentu akan menimbulkan banyak masalah !

Disebabkan oleh perlembagaan yg tidak menjadikan Al Quran sebagai dasarnyalah maka hukum yang dilaksanakan juga bukan dari AlQuran kalau ada pun yg telah diubahsuai mengikut keperluan, ini diperjelaskan lagi sebagaimana yg berlaku dalam kes Hukum Hudud yg saya telah dijelaskan sebelum ini.…TEGASNYA HUKUM YG. DILAKSANAKAN ADALAH BUKAN BERDASARKAN ALQURAN @ BUKAN HUKUM ISLAM ! ….ini memang diakui oleh kita semua..& kenyataan sesetengah pimpinan negara menguatkan lagi hujah saya ini bahawa perlaksanaan Hukum Islam tidak ada tempat dinegara ini, mari kita teliti kenyataan yg dimaksudkan :

Pasir Mas, 14 Ogos 1994

" Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam “

Temuramah Media Massa, 14 Julai 1992

" Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat islam, kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

Pusat Bahasa Arab Nilam Puri Kelantan, 3 Mac 1994

" Kita akan ambil tindakan jika Kelantan melaksanakan hudud. Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran islam. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apapun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang islam? Apakah dalam keadaan islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang islam mesti dilaksanakan ? "

…..HUKUM ISLAM DITUDUH BOLEH MELEMAHKAN & MENDATANGKAN MUDARAT...MasyaAllah …!!!!.....satu kenyataan yg cukup2 berat implikasinya…boleh membawa MURTAD…jika diucapkan dgn penuh sedar & yakin !...minta tarik balik !...tapi sehingga sekarang TIADA KENYATAAN TARIK BALIK DIDEPAN UMUM !….nampaknya dia nyatakan dgn sedar & yakin !

Kenyataan tersebut tidak akan ucapkan kalau ia benar2 yakin bahawa sesuatu daripada AlQuran adalah penyelesai kepada segala masalah manusia, tapi sayang seribu kali sayang org. yg. mengaku Islam tetapi tidak yakin dgn perkabaran dari AlQuran sendiri…cukup malang sekali …malah dia tentu yakin dgn kenyataannya itu ia masih lagi Islam….ini tidak lain.. dek kerana menyangka dia sudah terlalu bijak sehingga mampu menafsir sendiri segala perkara yg berkaitan dgn Islam …tanpa menyedari ucapan tersebut telah membatalkan syahadahnya ! ….mari kita buktikan ….bagimana silapnya kenyataan tersebut berdasar Logik…kerana orang semacam ini …akallah segala2 baginya.

Tahukah kita bahawa telah terbukti dgn melaksanakan semua sistem yg berpandukan kepada ajaran AlQuran (termasuk perlaksanaan hukum Islam) dalam suasana masyarakatnya yang berbilang kaum dan ugamalah (masyarakat majmuk), maka penghidupan masyarakat pada zaman nabi itu menjadi aman damai, segala jenayah telah dpt. dibendung berkat keyakinan kepada ajaran dari yg. Maha Pencipta, yg tidak hanya mencipta manusia sahaja tetapi lengkap dengan peraturan & panduan@pertunjuk (AlQuran) yg mesti diikuti bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia itu sendiri, adakah kita masih lagi tidak yakin.???...kalau begitu cuba anda nyatakan dgn jelas peraturan & undang/hukum apakah yg dilaksanakan pada zaman nabi yg telah mencipta kegemilangannya pd zaman tersebut…! ..beranikah anda menafikan AlQuran lah segala2nya !?

Dgn mendakwa bahawa undang2@hukum Islam hanya sesuai untuk orang islam saja secara tidak langsung kita sebenarnya telah menafikan kebijakansanan Allah, sebab apa ??..ini samalah seolah2 kita sedang berdialog dgnNYA(Allah)…seperti kita berkata kpd Allah…” Ya Allah! Katahuilah bahawa undang2 yg Engkau cipta ini tidak sesuai bagi orang2 yg bukan islam… namanya pun dah jelas…Islam…! sudah tentulah hanya untuk orang2 Islam sahaja …maka kami terpaksa cipta/gubal satu undang@sistem baru yg lebih baik yg sesuai diguna pakai dalam zaman moden dgn masyarakatnya yg berbilang bangsa & agama “…..dgn ini “confirm”lah kpd kita…betapa Allah yg Maha Bijaksana itu telah kita perbodohkanNYA….. yg cerdik adalah kita…Nauzubillah !!....dgn sebab itu jugalah secara yg tidak disedari oleh kita, ….. sebenarnya, Iman kita telah terbatal…(confirmed Murtad !)….anda tidak akan jadi Islam secara automatic dgn cara bersolat sebagaimana yg biasa difahami melalui nas2 yg disilap tafsir….anda terlebih dahulu MESTI MENARIK BALIK UCAPAN YG MEMBUAT ANDA TERKELUAR DARI ISLAM ……AKUI KESALAHAN YG ANDA UCAPKAN DAHULU !! lepas tu baru boleh mengucap !... baru confirmed anda kembali kpd Islam !

Begitu jugalah dgn dakwaan ... ramailah org islam akan kudung tangan jika dilaksanakan undang2 islam….sebenarnya hukum potong tangan adalah hukum yg sabit dgn jelas dari AlQuran..yg wajib dilaksanakan tanpa ragu2 kerana ianya dari yg Maha Bijaksana….ada pun akal & perasaan kita ini selalu saja dikelirukan ….dgn menyangka bahawa ianya seolah2 nampak kejam & zalim…..bagaimana tidak zalim….direjam dgn batu hingga mati kerana berzina & dipotong tangan kerana mencuri…..tidak zalim ke … kata perasaan & akal singkat kita !....sekali lagi kita dalam delima….Kita yg bijak @ Allah yg bijak ?.....cuba anda kiaskan sepertimana sebelum ini ??......sebenarnya…..akal yg kununnya bijak serta perasaan kita adalah suatu yg nisbi..bukan mutlak ianya boleh berubah2 dan bergantung kepada ilmu, petunjuk & hidayah …yg. mutlak hanyalah Allah...oleh itu akuilah ..Allahlah yg Mahabijaksana….tidak usahlah kita berbelit2 dgn pelbagai dakwaan yg tidak berasas, spt…” dgn melaksanakan undang2 Islam kita akan jadi Lemah “ dsbnya …..yg kita hukum bunuh org yg mengedar dadah tu ….tak rasa zalim pulak…..!?...alih2 apa yg diperintah Allah …kita kata ZALIM + TAK BERTAMADUN…...TAK KANLAH ZINA….DIHUKUM REJAM SAMPAI MATI….ZALIMMMMM !!…..APA ADA PADA ZINA…IA CUMA HUBUNGAN JENIS YG TAK SAH SAHAJA !!....SEHINGGA SAMPAI DIHUKUM DGN BEGITU TERUK & KEJAM SEKALI..OLEH YG MAHABIJAKSANA..!. kata hati kita…..dan apa pulak ada pd dadah yg kita jatuhkan hukum bunuh tu ???…..cuba anda cari sebab2nya, buat perbandingan & jelaskan ….wahai org2 yg rasa dirinya PINTAR dari yg MAHA PINTAR !....hakikatnya jelas !…..sungguh BODOHnya kita !

Dalam hal perlaksanaan hukum Islam bukannya boleh dibuat secara sebrono… bila mencuri sahaja terus dipotong tangan, .kalau macam inilah gayanya memang akan ramailah yg kudung tangan …bukan begitu cik abang ooooiii mudahnya bunyi….jangan disebabkan bodoh kita tu rosak orang lain yg jahil @ tak faham..…..sebelum sampai kepada peringkat menjatuh hukuman, banyak perkara yang mesti diteliti oleh pihak mahkamah…contoh yg paling jelas cuba anda lihat & teliti perlaksanaan dinegara Arab Saudi yg mengamalkan hukum islam dalam kes mencuri ini…..cuba anda pergi lihat sendiri (jgn dengar org cakap aje )…..banyak mana rakyatnya yg telah kudung tangannya ??..janganlah kita ditakuti & ditipu oleh perasaan serta akal kita yg keliru lagi korup itu !

5 ) ISU PENYALAHGUNAAN MASJID

Isu ini boleh dikatakan kerap dibicara oleh pihak2 tertentu…..tapi banyak pandangan2 yg diutarakan itu jauh dari kebenarannya. dgn isu ini, lagi sekali kita dihadapkan dgn permainan putar belit penggunaan ungkapan & istilah2…dan orang2 yg jahil lagi tak memahami pengertian sebenarnya disebalik ungkapan & istilah tersebut terus menyambung gunakan istilah ini untuk dihalakan kpd pihak lain….sebelum kita mengetahui dimana salah nya sesetengah pandangan tersebut, mari kita lihat apakah fungsi sebenar masjid…… supaya ianya tidak disalah gunakan !!!???

Cuba tanya diri anda sendiri….Adakah masjid digunakan hanya utk tempat solat aje… spt yg biasa difahami ?!….tentu tidak !…habis, untuk apa sebenarnya…?? ringkas aje…ia adalah….TEMPAT @ PUSAT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH PADA ALLAH .!…..”Tidak aku jadikan Jin & Manusia kecuali untuk beribadah kpd KU”…satu aje tugas manusia ….iaitu BERIBADAH !…tapi maksudnya masyaAllah cukup luas kalau kita ada ilmu utk memahaminya !...bekerja, melaksanakan solat, belajar, puasa, bertani dsbnya adalah ibadah kalau kena gaya & syarat2nya…sudah semestinyalah takkan nak bertani/berkerja dlm pelbagai bidang juga kena buat dimasjid !…apa yg dimaksudkan yg wajib & mesti dibuat adalah “roh masjid” dibawa ke setiap institusi @ semua bidang perkerjaan/kehidupan dimana2 saja, dgn “roh masjid” ianya dapat memadu kita supaya tidak terseleweng dari kehendak Rabb !...inilah dimaksudkan dgn masjidlah pusat @ tempat mula perlaksanaan amanah Allah sebaik2nya dimana saja kita berada.

Maka dr situ jelas masjidlah sepatutnya di jadikan pusat @ tempat mula segala kegiatan kemasyarakatan utk. beribadah kpd Allah….. tempat berkumpul bagi berbincang @ merancang serta melaksanakan segala aktiviti masyarakat dlm berbagai bidang kehidupan….sosial, ekonomi, syiasah @ politik dsbnya, amat salahlah kalau dalam masjid…..ada orang mengatakan..tidak boleh diperkatakan hal2 yg bersangkutan dgn ekonomi, salah juga kalau ada yg kata dalam masjid tak boleh berbicara tentang sosial, budaya, politik dsbnya…ucapan2 spt. “.dalam masjid tidak boleh bercakap pasal ekonomi “ @ “ dalam masjid tidak boleh bercakap pasal politik kepartian “ dsb…juga tidak sepatutnya diucapkan.…melainkan oleh orang2 yg jahil sahaja….yg mengamalkan fahaman “agaman/islam dipisahkan dalam urusan kehidupan”…. dalam bab ekonomi boleh dibenarkan diperbincangkan dlm masjid,…..alih2 masalah POLITIK DIHARAMKAN..dari diperkatakan dlm masjid …kan pelik tu namanya…semuanya adalah bidang @ aktiviti kehidupan manusia….sebab apa kita pandai2 melarangnya ??... takut disalah guna ke ?.....salah guna apanya ?...cuba nyatakan dimana salah gunanya ??..tentu anda tidak akan dapat menyatakan sama sekali …ternyata anda mati akal !....anda cuma mengulang2 ungkapan yg anda sendiri tak faham makna sebenarnya…asik2 dgn …“ SALAH GUNA MASJID ! “……sekali lagi saya ulangi…dimana & apa yg di salah gunanya ???....kan ekonomi, social, politik dsbnya adalah cabang2 kehidupan yg mesti kita ambil tahu sepanjang masa..tak salah untuk diperbincangan dimasjid !….kerana semuanya ada kaitan dgn kemaslahatan & kebajikan masyarakat ummah keseluruhan !

Begitu juga dgn dakwaan sesetengah orang, masjid digunakan untuk meyemai bibit2 kebencian dgn cara menyebar fitnah & mencaci maki pimpinan politik tertentu ( ingat !..bukan cacian kpd kerajaan @ Rakyat ) , perkara sebenarnya yg berlaku adalah…tok khatib hanyalah memberi nasihat secara umum melalui sindiran ( tidak disebut nama orang tertentu ! ) dan mengikut apa yg dibenarkan oleh Islam terhadap perkara yg telah dilakukan yg jelas bertentangan dgn Islam....tapi disebabkan terkena batang hidung sendiri…maka jadilah siapa yg makan cili dialah yg terasa pedasnya !...sepatutnya kita menerima nasihat dari tok khatib secara baik..dan berusaha mengubah perbuatan yg menyalahi syariat tersebut…tapi lain pulak yg jadinya…tok khatib pulak dituduh….MENYEBARKAN FITNAH @ MENCACI MAKI PEMIMPIN @ MENYEBARKAN FAHAMAN POLTIK PEMBANGKANG DSBNYA …..kan ke pelik + banggang namanya tu !....

Istilah yg digunakan cukup mengerunkan bagi yg tak faham spt….” Tok Katib menggunakan mimbar jumaat bagi MENCACI MAKI & menyebar fitnah !”….cuba anda renungkan… penggunaan ayat CACI MAKI ini ! …fikir baik2…..pernahkan anda dengar dimana2 masjid @ surau diMalaysia bumi bertuah ini tok katib menggunakan mimbar masjid bagi “MENCACI MAKI”…fahamkah anda erti CACI MAKI…..Pernahkan anda dengar dimana2 mimbar masjid ??? dimana ??? bila ??? cuba anda nyatakan ???…..jawapnya TIDAK PERNAH SAMASEKALI !......tapi istilah tersebutlah yg selalu diguna pakai….kerana secara saikologinya…ia adalah untuk mengujudkan satu suasana yg mampu melahirkan sikap membenci tok katib yg menyentuh isu politik dalam khutbahnya !...inilah matlamatnya !...ini jarang berlaku dlm isu2 lain spt ekonomi, social (tapi kalau tak kena caranya tak boleh juga spt… menyentuh dasarnya ! ) dsbnya …...sekali lagi percayalah inilah hakikatnya !

Contoh !....katakan ada program yg dianjurkan oleh pimpinan @ parti politik yg menguasai kerajaan (rakyat) yg jelas bercanggah dgn Islam spt. merayakan sambutan tahun baru dgn pelbagai acara yg menyalahi syariat.......tentu menjadi tanggungjawab Tok khatib memberi ingatan secara kiasan setakat yg dibenarkan islam melalui mimbar masjid….adakah kita akan menyalak menyatakan Tok khatib telah mencaci maki mana2 pemimpin parti politik @ telah menyebar fitnah !!???.....wahai umat melayu yg berugama islam bukakan mata minda anda !!! INSAFLAH……..

Kita akan berjumpa lagi …dgn isu2 semasa yg lain ……INSYALLAH !

BERSAMBUNG !

MRoslanMZ
25112001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com