Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Menentang Arahan Polis Haram Ceramah: PAS Hangat-Hangat Tahi Ayam

Negeri Perlis yang bersempadan dengan Thailand turut sunyi sepi di malam hari tidak seperti tiga-empat bulan lepas berikutan arahan tidak rasmi Kementerian Dalam Negeri melalui institusi polisnya supaya membekukan sebarang kegiatan ceramah politik demi mengendurkan apa yang didakwa ketegangan yang sering timbul akibat aktiviti ceramah tersebut.

Pada awalnya PAS kelihatan begitu gagah kerana tidak mengendahkan arahan tersebut dan terus menjalankan kegiatan ceramah seperti biasa walaupun banyak berhadapan dengan proses memberhentikan ceramah oleh pasukan gagah berani FRU.

Presiden PAS menegaskan bahawa arahan tersebut bersifat politik dan boleh memusnahkan proses pendemokrasian di Malaysia dan oleh sebab itu ia tidak perlu dipatuhi.

Negeri Johor mencatatkan jumlah serbuan dan tangkapan polis yang terbesar berikutan dengan tindakan nekad khususnya golongan pemuda PAS di sana untuk terus mengimarahkan malam hari dengan program-program penerangan alternatif demi mengimbangi sembilan puluh lima peratus ruang yang diberikan kepada ulasan-ulasan pro kerajaan di media arus perdana.

Rupa-rupanya keberanian itu hanyalah seperti hangat-hangat tahi ayam kerana sekarang seperti wujud arahan tidak rasmi pentadbir PAS supaya mengendurkan sedikit aktiviti ceramah yang menyaksikan bilangan ceramah turun mendadak bukan sahaja di Perlis bahkan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Malangnya ini berlaku di saat pembangkang berhadapan dengan pelbagai isu yang memerlukan penjelasan dengan kadar segera seperti isu pengisytiharan negara Islam ala BN, seruan jihad oleh PAS dalam isu serangan Amerika ke atas Afghanistan yang menjarakkan lagi parti itu dengan golongan bukan Islam dan moderat Melayu, ‘belanjawan pemurah’ kerajaan dan sebagainya.

Seorang aktivis PAS di kawasan Kangar yang tidak mahu disiarkan namanya ketika ditemui menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana di Perlis ini, pimpinan seperti kurang memberi galakan untuk mengadakan ceramah dan mengarahkan supaya menggantikannya dengan aktiviti kuliah Maghrib yang katanya tidak akan dikunjungi audien selain daripada aktivis-aktivis PAS sahaja. Tambahnya lagi, ini boleh menyebabkan masyarakat kebanyakan terus miskin dengan maklumat alternatif.

Manakala seorang EXCO Pemuda PAS Perlis menafikan bahawa kegiatan ceramah semakin berkurangan disebabkan seperti arahan-arahan tidak rasmi yang telah disebutkan sebaliknya beliau seperti berputus asa untuk mengadakan ceramah kerana katanya ceramah oleh penceramah hebat seumpama Haji Mohamad Sabu sendiripun baru-baru ini tidak mendapat sambutan seperti biasa.

Dalam keadaan gawat seperti sekarang PAS dan Barisan Alternatif memerlukan suntikan viagra supaya bangkit dari suasana yang membosankan ini sebelum golongan yang ketangihan ceramah di Perlis khususnya tidak mengambil sikap yang mendorong kepada kehilangan dos ketangihan ceramah.

ABU MUJAHED ABDULLAH AZZAM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com