Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sultan Salahuddin - Pembela Kampung Baru

Kemangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada hari Rabu lepas telah mendapat liputan meluas samada di media tempatan mahupun antarabangsa seperti CNN yang menyiarkan ulangan pengumuman perdana menteri tentang berita tersebut boleh dikatakan setiap empat puluh lima minit di sebelah petang Rabu.

Satu aspek yang kurang disentuh terutamanya oleh media tempatan tentang bagaimana kegigihan Almarhum untuk mempertahankan satu-satunya tanah orang Melayu yang masih wujud di Kuala Lumpur di kawasan Kampung Baru daripada jatuh ke tangan orang tengah yang hendak mengaut keuntungan segera dengan menggadaikannya kepada kapitalis kroni pemerintah yang bersifat majmuk dari segi struktur bangsanya.

Almarhum yang menyifatkan Kampung Baru sebagai tempat baginda bermain guli semasa di peringkat usia kanak-kanak amat meninggalkan kenangan yang mendalam baginya mungkin mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku di Pulau Pinang yang menyaksikan banyak tanah rizab Melayu tergadai ke tangan kapitalis atas alasan pembangunan yang akhirnya dengan sendirinya mengusir orang Melayu keluar dari situ.

Yang sedihnya, broker pembelian tanah itu bukanlah orang yang begitu asing bagi penduduk setempat, bahkan mereka adalah wakil-wakil rakyat yang berusaha untuk memenangi pilihanraya bukan bertujuan membela rakyat tetapi sebaliknya demi mengaut komisyen yang tinggi apabila berjaya memujuk tuan-tuan tanah agar bersetuju untuk menjualnya. Perkara yang sama di Pulau Pinang mungkin akan terjadi di Kampung Baru apabila seorang kenamaan telah beberapa kali cuba untuk memujuk penduduk di situ agar menggadaikan tanah mereka demi pembangunan tetapi setakat ini berjaya dihalang oleh Almarhum.

Khabarnya beliau amat gembira sekarang dan berharap impiannya akan tercapai dalam masa yang terdekat ini demi membolot hasil yang lumayan untuk bekalan masa hadapan kerana survival politiknya yang masih belum menyakinkan. Beliau bersama beberapa orang Ketua Cawangan telah bersiap sedia mengatur strategi terbaik agar pisang tidak berbuah dua kali sepertimana kegagalan dalam usaha sebelum ini.

Seorang penduduk Kampung Baru yang ditemui yang hanya mahu dikenali sebagai Johan berharap agar pengganti Almarhum merupakan pemimpin yang tetap akan bersama rakyat dalam membela kepentingan rakyat terbanyak kerana beliau amat bimbang dengan perkembangan yang semakin tidak menentu selepas kemangkatan Almarhum khususnya berkaitan nasib penduduk asal Kampung Baru.

Sebagai rakyat yang mengenang jasa baik Almarhum, wajarlah kita sama-sama berdoa agar roh Almarhum ditempatkan bersama orang soleh dan berharap agar penggantinya mampu menyamai tahap pengorbanannya terhadap rakyat.

Abu Mujahed Abdullah Azzam dan Nurul Aini Ariffin
mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com