Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Fitnah dalan Parti Keadilan

Assalammualaikum wrh,

Saya rasa amat berdukacita dengan pihak media melaga-lagakan kumpulam di dalam Parti Keadilan sehingga mereka yang mempunyai fikrah Islam seperti bekas ahli-ahli ABIM di tendang keluar kerana fitnah yang di mainkan oleh mereka daripada JIM dengan bekas ahli UMNO dengan menghasut ahli-ahli Keadilan untuk membenci mereka yang berlatar belakangkan ABIM kerana mereka ini bekas ahli ABIM dikatakan ingin membawa parti Keadilan kearah Islamic party. Didalam PAS terdapat ramai bekas ahli ABIM termasuk Dato Presiden dan Timbalan Tuan Guru yang berjaya mengorak parti PAS kearah lebih menghayati perjuangan Islam. JIM yang telah di tendang oleh PAS di tahun lapan puluhan di bawah IRC telah sanggup membunuh rakan sefikrah Islam semata-mata untuk mencapai matlamat sempit politik mereka. Malah Ikhwan Muslimoon pun tidak tergamak melakukan seperti yang di lakukan oleh JIM.

Saya amat bersetuju dengan 4 bekas ahli ABIM yang menolak perlantikan mereka kerana mereka di tolak kerana keperibadian Islam mereka. Sekiranya mereka bersetuju menerima tawaran tersebut amatlah hinanya Islam itu. Malah perkataan Islam di permain-mainkan oleh mereka yang menentang bekas ahli-ahli ABIM ini. Dato Presiden merestui penubuhan Parti Keadilan kerana terdapat sahabat-sahabat ABIM yang di harap dapat membawa bersama fikrah Islam bersama non-Muslim dengan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya. Sekiranya Parti Keadilan di biarkan berkeadaan begini maka ciri-ciri Islam sukar di dapati lagi maka bersiap sedialah PAS untuk berjuang bersendirian. Maka PAS perlulah membuka pintu kepada non-Muslim yang boleh menghayati akan kesyumulan Islam kerana tidak ada apalagi yang boleh di harapkan pada parti Keadilan.

Janganlah kita percayakan kepda akhbar-akhbar yang membelitkan ucapan ucapan kepimpinan gerakan Islam semata-mata ingin melaga-lagakan dengan contoh saudara Abu Jihad mengeluarkan perkataan barua. Semuga di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang di sedari atau tanpa di sedari.

Sekian. Wasssalam.

Hanya Wala' kepada Allah dan Rasul Nya serta Jemaah Islam yang Syumul.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com