Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PENDUDUK KG. BUKIT TEMBUSU TERIMA HAMPIR RM 15,000 DARI PEMAJU

Satu majlis kesyukuran telah diadakan pada 20 Oktober lalu di Kg. Cheras Baru sempena penerimaan pampasan oleh penduduk Kg. Bukit Tembusu.

Penduduk Kg. Bukit Tembusu di Kg. Cheras Baru telah terpaksa keluar dari kampung mereka tahun lepas apabila tanah mereka telah diambilalih oleh sebuah syarikat pemaju.

Walau bagaimanapun setelah diadakan satu rundingan di antara penduduk dan pemaju, pampasan benilai RM 14,800 telah dibayar oleh pemaju kepada setiap pemilik rumah.

Di dalam ucapan di majlis malam itu, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Haji Kusrin Rahmad berkata, walaupun pampasan ini sedikit berbanding dengan usaha penduduk meneroka kampung mereka sejak tahun 70’an namun ia merupakan satu kejayaan besar kerana ianya adalah hasil usaha penduduk tanpa bantuan dari pihak kerajaan atau mana-mana wakil rakyat kerajaan.

Penduduk telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak dan melantik peguam untuk mempertahankan hak-hak mereka.

Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Lajnah Peneroka Bandar Dan Perumahan PAS Pusat, yang juga hadir di majlis itu berharap agar semua peneroka bandar ( setinggan ) yang hendak ditempatkan semula mendapat bayaran pampasan seperti di Kg. Bukit Tembusu.

Menurut Iskandar, terdapat peneroka yang hanya dibayar RM 1000 hingga RM 2000 untuk berpindah.

Walaupun mereka ditawarkan untuk membeli rumah kos rendah namun hasil usaha mereka untuk meneroka tanah yang mungkin pada asalnya hutan atau bekas lombong perlu dihargai dengan pampasan yang sewajarnya, ujar beliau.

“Kalau setinggan yang berusaha sendiri tanpa bantuan kerajaan mendapat hampir RM 15,000 maka setinggan-setinggan yang dibantu oleh YB-YB BN sepatutnya mendapat lebih dari itu,” kata Iskandar yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Ampang Jaya.

Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Norman Toha, yang juga bersama-sama di majlis malam tersebut telah menyatakan harapan agar kesemua wang pampasan yang diperuntukkan oleh pemaju-pemaju untuk penduduk setinggan-setinggan di negeri Selangor dibayar kepada penduduk dan tidak dikaut oleh “orang tengah” atau mana-mana pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Seorang ahli jawatankuasa bertindak penduduk, Abu Hasan Said, telah mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang telah diberikan oleh PAS untuk menyelesaikan masaalah mereka.

Beliau berkata, penduduk kampung akan menggunakan sebahagian besar dari wang pampasan tersebut untuk membantu mereka membeli rumah kos rendah.

Abu Hassan juga menyatakan kekesalan kerana tidak ada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang menghulurkan bantuan atau memberi sokongan kepada penduduk Kg. Bukit Tembusu walaupun wakil-wakil rakyat dibayar gaji untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Walau bagaimanapun ADUN PAS dari Sg. Besar, YB Ustaz Sallehin Mukhyi, telah datang ke Kg. Cheras Baru dari Sabak Bernam untuk mengadakan rundingan dengan pihak polis ketika penduduk hendak berpindah keluar dari kampung mereka.

............................

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat PAS Kawasan Ampang Jaya, No. 47A, Jalan Dagang 8, Taman Dagang Jaya, 68000 Ampang. Tel / Fax : 03-42934371






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com