Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sultan yang prihatin

Setelah mendengar mendengar berita kemangkatan Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ingin saya berkongsi pengalaman kami, aktivis-aktivis peneroka bandar, bersama Al-Marhum.

Pada bulan Ramadhan tiga tahun yang lalu ( 1998 ) sebuah syarikat pemaju telah menggila merobohkan rumah-rumah peneroka bandar di Kg. Seri Murni, Ampang.

Memorandum demi memorandum telah dihantar kepada semua pihak memprotes perobohan yang tidak berperikemanusian itu. Bayangkan ketika umat Islam sedang berpuasa, rumah-rumah mereka dirobohkan tanpa belas kasihan.

Walau bagaimanapun kami tidak mendapat apa-apa jawapan sama ada dari Menteri Besar Selangor ( Datuk Abu Hassan Omar ) ataupun Kerajaan Negeri Selangor.

Hanya Al-Marhum Sultan Salahuddin yang ketika itu Sultan Selangor telah membuat kenyataan akhbar dengan menyatakan rasa sedih kerana tindakan meroboh rumah di bulan Ramadhan. Al-Marhum telah menasihatkan agar perobohan rumah di bulan Ramadhan ini diberhentikan sebagai menghormati umat Islam yang sedang berpuasa dan akan menyambut Hari Raya.

Rombongan kami ke Istana Alam Shah, Kelang telah juga tidak ditahan oleh pengawal-pengwal istana dan kami telah dilayan dengan penuh mesra oleh Setiausaha Sulit Al-Marhum.

Pihak kami pernah di dalam kes-kes peneroka bandar yang lain cuba menemui Menteri Besar di Bangunan SUK di Shah Alam tetapi nampaknya lebih senang hendak menyampaikan memorandum kepada Al-Marhum daripada kepada Menteri Besar.

Al-Fatihah.

Iskandar Abdul Samad
Timbalan Yang Di Pertua PAS
Kawasan Ampang Jaya
22 November 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com