Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KENYATAAN RASMI PSARAFHQ KEMANGKATAN DYMM AGUNG KE 11

TAKZIAH DARI WARGAKERJA PSARAFHQ

KAMI DARI PSARAFHQ DENGAN RASMINYA MENGUCAPKAN TAKZIAH DAN AL-FATIHAH KEPADA SELURUH KELUARGA DYMM YANG DI PERTUAN AGUNG KE 11, SULTAN SALAHUDDIN YANG TELAH MANGKAT PADA 21/11/2001 JAM 11.00 PAGI DI HOSPITAL GLENEAGLE INTAN JALAN AMPANG. SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT DAN DIBERIKAN TEMPAT YANG SEPATUTNYA BERSAMA PARA ANBIYA DI ALAM BAZRAH.

PEMERGIAN DYMM YANG DI PERTUAN AGUNG SULTAN SALAHUDDIN MERUPAKAN KEHILANGAN SEORANG RAJA YANG BERJIWA RAKYAT DAN KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR DIHARGAI OLEH RAKYAT JELATA.

JUSTERU DENGAN KEMANGKATAN SULTAN SALAHUDDIN, KAMI INGIN MERAKAMKAN RASA KECEWA SERTA MARAH KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA ( MAHAHAPRAK ) KERANA MASIH MASIH MAHU MENUNJUKKAN KUASANYA SEBAGAI RAJA DI MALAYSIA.

1. MAHAHAPRAK SANGGUP MENIPU RAKYAT JELATA DENGAN MENGATAKAN DYMM AGUNG TELAH MANGKAT PADA JAM 11.57 PAGI, JUSTERU SELEPAS KETIBAAN MAHAHAPRAK DI HOSPITAL GLENEAGLE LEBIH KURANG 11.45 PAGI, SEDANGKAN PIHAK KAMI TELAH BERADA DIHOSPITAL TERSEBUT SEJAK DARI AWAL PAGI DAN TELAH DIMAKLUMKAN OLEH ANAKANDA ALMARHUM BAHAWA DYMM AGUNG TELAH MANGKAT JAM 11.00 PAGI.

2. KAMI JUGA MERASA KECEWA, MAHAHAPRAK SANGGUP MENGHALANG SEBARANG KENYATAAN RASMI KEMANGKATAN DYMM AGUNG DI KELUARKAN OLEH PIHAK ISTANA NEGARA ATAU KAUM KELUARGA ALMARHUM, MAHAHAPRAK JUGA SANGGUP MENUNGGU SEHINGGA JAM 2.30 PETANG BARU KENYATAAN RASMI KEMANGKATAN AGUNG KE 11 DI ISTIHARKAN OLEH BELIAU SENDIRI.

3. MAHAHAPRAK JUGA TIDAK MENGHORMATI SERTA INGIN MENUNJUKKAN BELIAU ADALAH RAJA YANG SEBENARNYA DI MALAYSIA INI, DENGAN MENGUBAH TEMPUH BERKABUNG DARI 40 HARI KEPADA 7 HARI SEHAJA ( BIASANYA KEMANGKATAN SULTAN ADALAH 40 HARI TEMPUH BERKABUNG ).

4. PIHAK KAMI SEKALI LAGI MEMBANTAH SIKAP DAN PERBUATAN MAHAHAPRAK MENGHINA INSTITUTSI RAJA-RAJA MELAYU SEWAKTU RAKYAT SEDANG BERSEDIH DENGAN KEMANGKATAN DYMM AGUNG SULTAN SALAHUDDIN.

5. MAHAHAPRAK JUGA TELAH MERANCANG KONSPIRASI UNTUK MENGHALANG DYMM SULTAN MIZAN (TERENGGANU) MENJADI DYMM AGUNG KE 12 ( KINI MEMANGKU JAWATAN TERSEBUT ).

PSARAFHQ SEKALI LAGI MENGECAM PIHAK MAHAHAPRAK DAN KRONINYA AGAR JANGAN SEKALI-KALI MEMPOLITIKAN KEMANGKATAN DYMM SULTAN SALAHUDDIN SERTA MENGHALANG DYMM SULTAN MIZAN (TERENGGANU) MENJADI AGUNG KE 12.

PSARAFHQ 21/11/2001
AL-FATIHAH BUAT ROH DYMM SULTAN SALAHUDDIN ABD.AZIZ SHAH.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com