Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Siapa yang bertanggungjawab terhadap 800 lesen IPTS?

RAKYAT sepatutnya menyuarakan cadangan supaya satu siasatan dijalankan terhadap bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana mengeluarkan lebih 800 lesen IPTS.

Khabarnya tauke-tauke IPTS ini kaya raya sekarang, mengaut keuntungan dari pelajar-pelajar Melayu miskin dengan yuran yang cukup tinggi.

Sesetengah IPTS ini dibuat di atas bumbung dan rumah kedai yang "tidak lebih dari taraf setinggan".

Apakah orang seperti Najib ini layak untuk menjadi Menteri Kewangan seperti yang diheboh-hebohkan sekarang?

Jika BPR tidak berani menyiasat penyelewengan yang Najib lakukan, rakyat khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Pekan sepatutnya mengajar Najib dengan mengalahkannya dalam pilihan raya akan datang. Walaupun Najib sedang menambah pengundi baru dengan membawa Puteri Umno mendaftar di kawasannya, tetapi tidak mustahil dia masih boleh ditewaskan.

Cuba siasat siapa yang dapat kontrak di Kementerian Pertahanan sekarang? Jawapannya tentu kroni Najib. Di kalangan Menteri-Menteri Kabinet tiada siapa mampu menandingi kekayaan Najib dan tiada siapa mampu memiliki rumah sebesar dan semahal Najib. Mungkin alasan Najib kerana dia anak Perdana Menteri dan harta yang dia ada diwarisi dari aruah orang tuanya tetapi ada pula sumber yang memberitahu, Najib mempunyai "political fund" dari Kasino di Genting Highland.

Itulah sebabnya, Najib tidak pernah susah untuk menghadapi pertandingan dalam Umno. Duit kasino cukup banyak membiayainya. Dengan meluluskan 800 lesen IPTS dan kini menyambung "tugas" di Kementerian Pertahanan, Najib sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja.

Kes dia pernah ditangkap berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal boleh dipadamkan begitu sahaja kerana dia mempunyai wang dan kuasa, sekaligus digambarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

-ramlanjantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com